PERTANDINGAN TENAGA DALAM
Saya melihat satu pertandingan bela diri tenaga dalam.Dalam pertandingan itu setiap peserta tidak dibolehkan guna fizikal.. jika guna senjata seperti keris hanya boleh guna dgn jarak jauh.
Saya lihat banyak yang ambil bahagian ahli ahli tenaga dalam bomoh 2 pun ada.Dalam pertandingan..Saya lihat ramai yg tumbang bila terkena pukulan jarak jauh. Ada yg terpelanting yang mengelitik macam ayam kena sembelih pun ada.bila terkena pukulan jarak jauh lawan.
Memang menarik pertandingan itu.
Ada seorang tok guru tenaga dalam ini menang.. dia mempelawa jika ada orang lain ingin melawannya. saya sebagai penonton hanya menyaksikan dan melihat ditepi gelanggang.
Tiba-tiba ada satu penonton tertolak saya ke gelanggang.. saya terkejut bila dapati diri ada di tengah gelanggang pertandingan. Saya cakap dalam hati udah siapa pulak yg tolak aku tadi.Bila dah dlm gelanggang tok guru itu ingat saya ingin mencabarnya.jadi dia mempersilakan.. saya untuk melawannya.
Saya cakap padanya saya tak mahu lawan sbb tak pandai berlawan..Dia tak percaya terus dia melancar jurus jarak jauhnya..Dgn sepontan saya menapis jurus tersebut dgn jurus dari arwah ustaz Sanusi yg saya pelajari dahulu.Melihat itu tok guru itu merasa geram sbb jurus yg dilancarkan tidak berhasil.Dia terus menyerang dgn jurus 2 jarak jauhnya.
Semua jurus 2 yg menghala pada saya.. saya hadapi dgn tenang tanpa mengelak sikit pun.Kini giliran saya pula menyerang jurus tenaga dalam saya.Setiap jurusan yg saya lancarkan pada tok guru itu dia akan melangkah selangkah satu tapak kebelakangan menahan serangan yg saya lancarkan
Tiba-tiba dia kata cukup.. jadi saya berhenti dari menyerangnya.Tok guru itu menghampiri saya dan berkata..seumur hidupnya belum pernah ada orang atau lawan yang dapat menewaskan dia bahkan tiada yg mempu menahan serangan jurus tenaga dalam dia.Semua mereka yang melawannya akan tewas tetapi dgn anda adalah berbeza. Anda bukan sahaja tidak Mempan bahkan jurus serangan ada padu hampir saja menewaskan dia sebentar tadi.
Selepas tok guru itu habis berkata .. tiba-tiba saya tersedar..ah .. rupanya-rupanya saya bermimpi.