Sabtu, 31 Oktober 2020

AL-FATIHAH UTK DIRI-SENDIRI

Al-FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI

Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri...? Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.

CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur...

1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali

3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan : 

" ALHAMDULILLAH "

4. Kemudian katakanlah :
 Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, 
 Aamiin Ya Allah. 

Lalu  baca surah" Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…

Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." 
(HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal'alamin

Kredit Ustaz Ebit Lew

Khamis, 8 Oktober 2020

CARA MENOLAK MIMPI BURUK

KAEDAH MENGAMBIL & MENOLAK TAFSIR DARI MIMPI BAIK & BURUK.

Mimpi ada dua..pertama BAIK, kedua BURUK.. Setiap tafsir daripada mimpi baik atau buruk, ia boleh diambil/dimakbulkan atau ditolak/dibatalkan.. Kaedah nak ambil dan nak menolak/membatalkan setiap tafsir mimpi itu adalah dengan menggunakan sedikit kaedah serta dgn menggunakan sedikit DO'A.

👉 Mimpi perkara BAIK :
Sekiranya kita bermimpi perkara yg kita rasa baik2, masa terjaga tu, terus tadah tangan dan berdoa kpd Allah swt, supaya perkara baik2 yg kita mimpikan tadi tu akan makbul/menjadi kenyataan..

👉 Mimpi perkara BURUK :
Sekiranya kita bermimpi perkara yg kita rasa kurang elok atau tak baik, rasa tidak sedap hati disebabkan mimpi tersebut, rasa ketakutan, apabila sudah terjaga, maka terus sahaja ucap 
Syahadah 1x, 
selawat lah keatas Nabi 3x, 
kemudian meludahlah(sekadar isyarat) disebelah kiri bahu 3x, 
dgn memasang NIAT menolak tafsir daripada mimpi buruk tersebut.. 
Inshaa Allah dgn cara ini, tafsir mimpi buruk itu dapat ditolak atau dibatalkan semasa itu juga.

Yg mana kerap sgt dalam tidur mimpi hantu2, atau seram2, takut2 didalam mimpinya, hati berasa tak sedap selepas terjaga dari mimpi, atau mengigau-ngigau disebabkan mimpi, boleh amalkan kaedah ini.. Inshaa Allah.