Oleh:En Azman
Ada Dua orang sahabat karib.. agak rapat saling memahami antara satu dgn yang lain.Kita namakan saja sahabat A dan Sahabat B.
Pada satu hari sahabat A perlukan wang dan meminjam dari sahabat B.Dengan sanang hati sahabat B memberi pinjam apa yg dipinta oleh sahabat A tadi kerana dia berjanji ingin membayar balik.Tunggu punya tunggu sahabat A tadi tidak menunaikan janjinya.
Pada hari yang lain pula sahabat A tadi meminjam lagi wang dari sahabat B.Sahabat B hatinya baik .. walaupun dia tahu hutang yg lepas belum dibayar dia beri juga wang pada sahabat A sebab kali ini .. sahabat A bersungguh akan membayar balik semua hutang 2nya. Namun kata2 manis hanya manis dibibir.. sahabat A tidak juga menunaikan janji. Hampalah sahabat B.
Dihari lain pula sahabat B mengalami masalah kewangan.dia menghubungi sahabat A agar membayar balik hutangnya. Tapi sahabat A banyak memberi alasan dan liat membayar hutangnya. Hampalah sahabat B untuk mendapat balik wangnya.
Bila sudah lama hari berlalu..Tiba2 sahabat A ingin meminjam lagi wang pada sahabat B. Kali ini sahabat B tidak mengindahkan lagi permintaan sahabat A. Cukuplah selama ini dia terkena.Dia bertanggapan sahabatnya itu cuba mengambil kesempatan kebaikan keatas diri nya. Hanya tahu berhutang tapi tak tahu bayar hutang. Dia tidak ingin ditipu lagi.
Iktibar dari kisah diatas.. bila kita berhutang.. segera lah bayar balik hutang tersebut.. lebih 2 lagi hutang pada sahabat kita. Bila kita susah sahabat baik kita lah yang menolong kita dahulu berbanding orang lain. Jadi jagalah perhubungan persahabatan. Jangan rosakkan hanya kerana hutang.
Jika kita tidak mampu membayar penuh hutang kita. beri tahu sahabat kita.. bayar separuh dulu..itu penting untuk mendapat kembali kepercayaannya pada kita.
Jika kita buat tak endah dan melewatkan bayar hutang.. lama kelamaan sahabat baik kita sendiri...mula meragui keparcayaanya pada kita dan menjauh dari kita.. Lama kelamaan kita sendiri yang rugi.. dan lebih parah lagi kita akan kehilangan sahabat baik. Senang kata "Hutang-Bayar".