Apa bila terkena kali kedua duacongkak sudah tahu apa penyakitnya dan biar dua hari baru pergi jumpa dukun yang sama untuk diubati. Akibat dari melengahkan waktu berubat maka duacongkak terpaksa menahan sakit demam serta bengkak kaki dengan panas yang tidak terperi dirasai. DENAH juga sudah merebak dengan mengelilingi bahagian kaki sebagaimana dalam gambar yang ditunjukkan.
Dari mana datangnya DENAH?
Sukar untuk dijawab sekiranya dipersoalkan dengan soalan tersebut tapi, dari apa yang duacongkak tahu atau ingat iaitu pada satu malam ketika membuat rondaan di sebuah kampung telah memasuki kawasan kebun kelapa sawit dimana tempat yang tidak pernah dimasuki sebelum ini. Bukan niat mahu mencuri buah sawit sebab harga sekarang cukup mahal, tapi mengikut tuan kebun yang mahu melawat kebunnya takut buah sawit dicuri orang. Mungkin disebabkan tempat tersebut tidak biasa dilawati dan kebetulan duacongkak ada menyusur parit sempadan kebun, kita sama sekali tidak tahu mungkin ada penempatan orang halus maka tersepak atau pun terlanggar dan akibatnya maka terkenalah DENAH pada keesukan malamnya.
Peringatan: Barang siapa yang terkena penyakit ini, jangan sekali kali diurut lebih lebih lagi menggunakan minyak kerana menurut kata orang yang lebih tahu, ianya adalah pantang paling besar dan selepas terkena minyak, penyakit ini amat sukar diubati. Disegi saintifik pula penyakit ini tidaklah duacongkak tahu sebab tidak pernah pergi hospital atau klinik untuk rawatan biar pun sudah dua kali terkena.
Kini sewaktu tulisan ini dibuat, penyakit pada bahagian kaki sudah pergi dan pulih sebagai mana biasa, Alhamdulillah… Serik nak masuk hutan lagi setelah dua kali terkena DENAH tapi apakan daya, entah bila masanya akan menyelinap lagi kedalam hutan.Apa pun tiap penyakit ada ubatnya.