*AKU DIFITNAH*
Oleh:En Azman
Selasa 17.10.2023
------------------------------
Pada suatu hari selepas aku pulang dari kerja. Ibuku memanggilku. Ibuku berkata kepada ku.. ada seorang datang bertemu dgnnya. Dia memberitahu..Aku cuba melakukan perbuatan yg akan mengaipkan keluarga.
Aku menafikan berita itu.. tetapi Ibuku tidak percaya.. Dia telah terpedaya dgn berita itu. Dia terus menghalau aku keluar dari rumah.. Hari itu aku keluar dgn membawa apa yg patut.
Aku tak puas hati.. lalu mencari orang yg menfitnahku. berpandukan ciri2 yg ibuku sebutkan itu.Aku Jumpa! Dia tengah memandu bas dua tingkat.Aku meluru laju dan melompat menendang dgn kedua belah kaki ke arah bas tersebut.Bas tersebut jatuh ke longkang saluran air.
Orang tersebut keluar dari bas yg tumbang itu melalui pintu bas dgn susah payahnya.Dia marah lalu mengeluarkan sebilah pisau dari poket seluar.. lalu meluru ke arah ku.. menyerang ku dgn menikam dan melibas betubi-tubi dgn pisaunya.Aku mengelak serang tersebut.. tetapi ada juga serangan lelaki tersebut mengenaiku.Tangan ku luka2 sana sini.
Aku tidak menyerang balik penyerang tersebut kerana penyerang itu..aku kenal rupanya iaitu" sifu" yg selalu ku panggil.Jadi aku hanya elak ke kiri dan ke kanan untuk elakkan libasan dan tikaman pisau tersebut.
Entah macamana tiba2 aku tersedar dan melaungkan takbir... Allah Hu Akbar! Keluar dari mulut ku.
Serentak dgn itu..Penyerang tersebut tiba-tiba berhenti menyerang. Aku menarik nafas.. dan meniupkan ketapak tangan..lalu kusap ketempat luka2 ditangan ku.. ajaibnya semua luka ditangan ku sembuh.. hilang begitu sahaja.
Selepas itu.. aku berkata dgn nada agak kuat pada lelaki tersebut.Aku tak tahu siapa engkau.. apa niat engkau.. atau tujuan engkau.. Tapi tujuan engkau menfitnah aku tidak akan ku biarkan.. Habis aku cakap..terus aku pun meluru kearah lelaki tersebut menyerbu seperti harimau lapar menerkam mangsa... biarpun dia rupanya seperti sifuku..
Aku menyerangnya bertubi-tubi dgn pukulan.. tumbukan dan tendangan.. Dia tidak dapat menepis semua serangan ku kali ini.. biarpun ditangannya ada pisau untuk pertahankan dirinya.Aku mengambil kesempatan bila ada ruang kosong dgn menumbuk dimukanya lalu ku tendangan di perutnya.. serangan tersebut menyebabkan dia jatuh tersembam ke tanah.
Aku lihat mulutnya berdarah.. sambil tangan yg satu lagi memegang perut.. mungkin kesakitan kot.. tapi pisau ditangan sebelah lagi sudah tiada... mungkin tercampak semasa tersungkur tadi.Tiba2 wajahnya beransur-ansur bertukar..belum pun sempat aku melihat wajahnya yang sebenar ..aku dah terjaga.Lah!.. mimpi rupanya.