Rabu, 29 April 2020

TEKNIK MENARIK JIN KELUAR DARI BADAN

Teknik Menarik Jin
Oleh :perawatislam.com
Sepanjang pengalaman saya merawat, selepas selesai proses meruqyah, biasanya dibahagian-bahagian tubuh badan pesakit yang berasa seperti panas, sejuk, rasa kesemutan, dan terasa seperti ada benda-benda yang bergerak.

Dari apa yang saya perhatikan, tempat yang paing kerap akan mengalami rasa begitu ialah dibahagian pergelangan tangan, pergelangan kaki, tapak tangan dan juga kaki.

Sekiranya anda selalu mengamalkan terapi dengan teknik ruqyah mandiri, ataupun anda sendiri merawat pesakit, berhati-hati jika ada tanda-tanda sebegitu.Ini kerana, rasa sebegitu menunjukkan yang masih ada lagi saki-baki jin yang tinggal di dalam badan anda. Jadi, apa yang patut dilakukan?

Di sinilah anda perlu melakukan teknik menarik jin keluar yang akan saya kongsikan di bawah.
Tekniknya adalah:
  • Bacakan Surah al-Mukminun ayat 115.
  • Kemudian tiup pada tapak tangan anda. Boleh juga sambil membaca Surah al-Mukminun di atas, genggam tangan anda dan selepas baca tiupkan pada tangan yang digenggam itu.
  • Kemudian tarik keluar melalui hujung jari tangan atau kaki sambil membaca “La Haula walaa quwata illa billahil aliyhil adziim”.
Lakukan tiga langkah di atas berulang-ulang kali sehingga rasa sakit di tubuh badan anda hilang.
Untuk lebih faham, boSaya nasihatkan sekali lagi, jangan dipandang remeh sisa-sisa sakit pada tubuh badan anda kerana ianya menunjukkan masih ada jin dalam badan.

Walaupun tidak banyak, tetapi ianya boleh menjadi faktor gangguan kembali berulang. Kerana jin yang sedikit itu akan menjadi pintu masuknya lebih banyak jin ke dalam tubuh badan anda dengan mudah.

Selasa, 28 April 2020

TERKENA GATAL2 MISTERI

TERKENA GATAL2 MISTERI 
Ihsan Dari: En Azman. 

Sudah dua hari emak mertua en azman terkena gatal2. Sudah puas dia memberikan ubat krim dari farmasi ataupun ubat dari klinik.. Namun gatal2 yg dialaminya tidak juga sembuh malah makin menjadi jadi pula gatalnya. 

pada suatu tahap bila sudah tidak tahan gatal2 yg terdapat dicelah peha dia meletakkan minyak panas tetapi hilang sementara selepas itu gatal2 tersebut datang semula. 

Puncanya dia mandi pada paginya dibilik air rumah menantunya di Petaling jaya. Dia datang ke PJ hanya utk melawat menantu dan anak perempuannya disana sementara cuti penggal sekolah tahun 2020.Tetapi sudah terperangkap dibandar dan tidak boleh kembali lagi ke kampung akibat peraturan PKP perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan. 

Berbalik kepada emak mertua en azman. Selepas mandi ..dengan tiba2 peha kakinya terasa ada benda merayap dan mula timbul gatal. Pada anggapan hanya gatal biasa.. Kalau  disabu ubat boleh baik.. Tetapi bila dah diberi ubat sapu dari farmasi dan klinik tidak berkesan malah ia makin menjadi teruk..Gatal2 tersebut mulai mula merebak ke betis pula. 

Akhirnya bila sudah tidak tahan dgn keadaan itu.. Mak mertua azman menghubungi isteri en azman ingin meminta pertolongan dari en azman tentang masalah yang di hadapinya. Isteri en azman pun menyampaikan pesanan dari ibunya kepada encik azman. Setelah tahu punca terjadinya masalah tersebut en Azman pun melakukan apa yg patut. 

Keesokan harinya en azman sendiri datang kerumah adik iparnya di Tmn Medan kerana dari rumah en azman dari seri manja tidaklah jauh sangat. Sampai disana selepas memberi salam dia disambut oleh mertua dan adik iparnya. 
Mak mertuanya pun cerita perkara yg dialaminya. En azman mendengar dgn teliti. 

Sebelum pulang encik azman memberi sebotol air mineral dan garam untuk dicampur didlm baldi berisi air dibuat mandi. Sebotol lagi air mineral untuk diminum dan bedak sejuk utk disapukan pada tempat gatal sebelum tidur. 

Setelah tiga hari.. En azman pun menghubungi mak mertuanya bertanya khabar.. Katanya gatal2 sudah mulai hilang dan bekas akibat digaru juga mula mengering.. Alhamdulillah kata en azman. Pada hari ke6 mak mertua encik azman sembuh sepenuhnya kata isteri en azman semasa en azman baru balik dari bekerja.. Walaupun  PKP en azman tetap bekerja seperti biasa sbb dia bekerja dlm bidang logistics di shah alam selangor.