Rabu, 29 April 2020

TEKNIK MENARIK JIN KELUAR DARI BADAN

Teknik Menarik Jin
Oleh :perawatislam.com
Sepanjang pengalaman saya merawat, selepas selesai proses meruqyah, biasanya dibahagian-bahagian tubuh badan pesakit yang berasa seperti panas, sejuk, rasa kesemutan, dan terasa seperti ada benda-benda yang bergerak.

Dari apa yang saya perhatikan, tempat yang paing kerap akan mengalami rasa begitu ialah dibahagian pergelangan tangan, pergelangan kaki, tapak tangan dan juga kaki.

Sekiranya anda selalu mengamalkan terapi dengan teknik ruqyah mandiri, ataupun anda sendiri merawat pesakit, berhati-hati jika ada tanda-tanda sebegitu.Ini kerana, rasa sebegitu menunjukkan yang masih ada lagi saki-baki jin yang tinggal di dalam badan anda. Jadi, apa yang patut dilakukan?

Di sinilah anda perlu melakukan teknik menarik jin keluar yang akan saya kongsikan di bawah.
Tekniknya adalah:
  • Bacakan Surah al-Mukminun ayat 115.
  • Kemudian tiup pada tapak tangan anda. Boleh juga sambil membaca Surah al-Mukminun di atas, genggam tangan anda dan selepas baca tiupkan pada tangan yang digenggam itu.
  • Kemudian tarik keluar melalui hujung jari tangan atau kaki sambil membaca “La Haula walaa quwata illa billahil aliyhil adziim”.
Lakukan tiga langkah di atas berulang-ulang kali sehingga rasa sakit di tubuh badan anda hilang.
Untuk lebih faham, boSaya nasihatkan sekali lagi, jangan dipandang remeh sisa-sisa sakit pada tubuh badan anda kerana ianya menunjukkan masih ada jin dalam badan.

Walaupun tidak banyak, tetapi ianya boleh menjadi faktor gangguan kembali berulang. Kerana jin yang sedikit itu akan menjadi pintu masuknya lebih banyak jin ke dalam tubuh badan anda dengan mudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan