Selasa, 4 Ogos 2020

SOLAT SUNAT HADIAH

SOLAT SUNAT HADIAH
Guru saya pesan pada saya, apabila dia meninggal dunia nanti dia tidak mahu apa apa kecuali minta buatkan untuk dia solat sunat hadiah. Dia pesan mengikut riwayat hadith Nabi SAW, barangsiapa yang melakukan solat sunat hadiah ini, maka akan hadir, Allah akan utuskan 1000 malaikat untuk memberi hadiah berbentuk cahaya dalam dulang-dulang kepada si mati, inshaa Allah.

Cahaya atau Nur ini adalah sebagai satu rahmat Allah kepada si mati agar terhindar dari seksa kubur dan mendapat perlindungan di padang masyar. Inshaa Allah. Oleh yang demikian, kita yang sudah tahu ini, kita ajarkan kepada semua kenalan kita agar kita dapat membantu kenalan kita atau sesiapa sahaja apabila mereka meninggal dunia , kita bantu dengan melakukan solat sunat hadiah.

Zaman sekarang apabila kita dapat khabar berita yang ada orang meninggal kebiasaannya kita hanya copy paste ucapan takziah kita dengan menaip innalillah, alfatihah…yang kadangkala hanya copy paste semata mata. Sekarang kita sudah tahu apa sumbangan kita boleh berikan kepada si mati, iaitu membuat solat sunat hadiah.

Inshaa Allah apabila tiba masanya kita pula yang meninggal, orang lain juga lakukan solat sunat hadiah untuk kita. Inshaa Allah.

Waktu yang dilakukan adalah waktu selepas magrib pada hari kematian sehingga sebelum Isyak.

Ada banyak yang beri pendapat bahawa ini bidaah, ataupun ajaran syiah ataupun hadith palsu. Tetapi kita renungkan betul betul apa yang kita rugi jika kita melakukannya ? Kita ini hamba Allah yang kosong dan tidak ada apa-apa. Allah SWT nak berikan hadiah cahaya itu bergantung pada rahmatNya bukan bergantung pada hadith.

Yang menyatakan bahawa solat sunat hadiah ini tidak sah kerana tiada hadith yang sahih sedangkan mazhab Hanafi mengatakan harus. Jadi terpulang pada kita sama ada nak mengamalkannya atau tidak. Tidak ada paksaan. Sebab solat itu adalah Doa dan jika nak buat dipersilakan tak nak buat tak apa apa.

*Cara mengerjakan Solat Sunat Hadiah ini sama seperti solat sunat yang lain.

Pada rakaat yang pertama selepas Al-Fatihah dibaca ayat Kursi. (al-Baqarah ayat 255) sekali

Pada rakaat kedua pula selepas Al-Fatihah dibaca surah At-Takasur sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Lafaz niatnya ialah :
lafaz-niat-solat-hadiah

"Sengaja aku solat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala." 

Selepas salam berdoalah dengan doa bagi memohon kelapangan kubur dan kesenangan untuk si mati atau bacalah doa solat sunat hadiah ini : 
Doa sesudah sembahyang sunat hadiah:

اَللَّهُمَّ اِنِّيْ صَلَّيْتُ هَذِهِ الصَّلاَةَ وَاَنْتَ تَعْلَمُ مَا اُرِيْدُ .اَللَّهُمَّ ابْعَثْ ثَوَابَهَا اِلَى قَبْر
(sebut nama si mati)

Ertinya: Ya Allah! Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku kehendaki. Ya Allah! Kirimkan pahalanya kepada kubur si (sebut nama si mati).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan