Isnin, 28 Disember 2020

TAWARKAN BISA ULAR

PENAWAR DIPATUK ULAR
(ASAM KEPING DAN GARAM)

Pernah berlaku dihadapan mata saya di kampung dahulu.Dua pupu sama² cari ikan, dia seluk lubang tiada air, lubang menaik keatas, kena patuk, berlari balik 3 4 kali jatuh, rumah dalam 400 meter dari parit yang kami cari ikan tu.

Apabila sampai ditangga dia terduduk kerana kepenatan, mukanya dah biru dan tangannya kebas mak dia suruh cari jiran sekampung kerjanya tukang urut dari Siam, dah dapat petuanya terus berlari balik dan beritahu petuanya.

Asam keping segenggam dengan garam segenggam campur sebati dalam besen berisi air suam yang agak panas
kemudiannya celupkan tangan yang digigit ular (sangkaan kami), tak lama lepas tu bisa pun keluar sedikit demi sedikit, sampai habis, alhamdulillah sihat sampai sekarang, setiap kali semasa celup tangan tu baca selawat.

Kes kedua 
berlaku pada anak jiran di Kuala Lumpur, mak mengadu pada isteri kaki anaknya bengkak kerana bisa ular tedung dan doktor beritahu kakinya terpaksa dipotong.
isteri pun bagitahu cara-caranya kepada jiranku alhamdulillah anaknya sembuh dah kahwin ada anak dah sekarang.

 *INGAT: Asam Keping dan Garam sentiasa Ada dirumah.*

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan