Rabu, 27 April 2016

BELAJAR TANPA GURU

  Oleh:En Azman

Kesah ini adalah sambungan dari tajuk mengikut guru.Selepas selesai guru membersihkan rumah mereka dari ganguan mahluk halus..Guru pun cuba untuk merawat ahli keluarga yang terkena ganguan antaranya ibu mangsa.lbu mangsa mengalami lemah2 badan dan guru pun merawatnya.

  Semasa guru tengah merawat saya lihat anak lelaki tuan rumahni..resah  gelisah je.Selesai sahaja rawatan terhadap ibu tersebut..anak lelakinya menemui guru.Katanya dia ada mengalami masalah.. iaitu tidurnya tergangu' emosi cepat nak naik angin dan badan terasa panas.

  Guru pun scan untuk mencari punca tersebut..hasilnya badannya dihuni seekor jin jantan.Guru mengarahkan orang kanannya untuk  membuang jin tersebut.Sebaik sahaja cuba untuk tarik keluar anak lelaki telah kerasukan dan suaranya dah bertukar kepada suara yang garang.

 Apalagi gurupun mengunci tubuh anak lelaki itu dengan ilmu lamjalajah agar tubuhnya tak boleh bergerak.Itulah sebabnya selalu yang kita dengar bila orang kerasukan tenaganya melebihi seorang lelaki walaupun dia seorang perempuan .Dengan ilmu ini kita boleh memasung bila seseorang mula kerasukan agar tidak bertindak agrasif.

  Guru menyuruh jin itu keluar dari tubuh pesakit.. tetapi jin itu engan dan mencabar guru.Saya yang melihat sikap angkoh jin tersebut mula hati panas.Rasa nak belasah je jin tersebut nasip baiklah ada orang kanan guru.

  Akhirnya dengan kekuatan tenaga dalam guru dan anak muridnya jin tersebut berjaya juga dikeluarkan dan dibuang.Selepas segalanya selesai..tubuh badan anak lelaki tuan rumah kelihatan lemah tak bermaya dan guru memulihkan tenaga dan juga semangatnya.

  Punca terjadi sebegitu adalah dia ada mengambil amalan zikir dari internet atau buku yang dibeli nya..tujuannya adalah untuk pendinding diri.Walaupun zikir itu adalah zikir sahih hanya nama Asmak Allah..Mengamalkan zikir tampa bimbingan guru yang nyata amatlah bahaya.

Mengamalkan ilmu tanpa guru nyata..gurunya adalah syaitan.Jadi sesiapa yang belajar atau mengambil dan mengamalkan amalan tampa guru dia adalah sebenarnya berguru dengan jin.Itulah kata2 yang keluar dari guru untuk peringatan kami semua.

Kepada anda semua diluar sana jika ingin mengambil sesuatu amalam dalam internet rujuklah kepada guru atau orang yang arif tentang hal tersebut.

Selasa, 26 April 2016

Mengikut guru

   Kesah ini terjadi di tahun 2014.Masa tu saya pergi mengikut guru dan beberapa anak muridnya membersihkan rumah di sungai buluh.Kata tuan rumah.Pemilik asal rumah itu adalah keluarga india.
  Dia membeli rumah tersebut tampa mengetahui pemilik sebelumnya adalah seorang berbangsa india.Faham2 jelah kalau orang india tentulah ada tempat penyembahannya.Sebenarnya telah ramai perawat membantu memulihkan rumahnya tapi tak bertahan lame..
  Guru dan orang kanannya pun mulakan tugasnya memindahkan semua mahluk halus yang mendiami rumah tersebut ketempat lain dan diakhiri dengan memagar kawasan rumah.Saya pada masa tu adalah sebagai pemerhati je..Maklumlah dah ada yang otai biarlah mereka yang uruskan.
  Pesan guru kepada sesiapa yang ingin membeli rumah haruslah diselidiki dulu pemilik asalnya sebab nanti bila sudah terbeli akan mendatangkan masalah pada masa akan datang.

Jumaat, 22 April 2016

MANZIL PAGAR RUMAH

Oleh:En Azman

Sekarang banyak surah ayat alquran dijual dipasar malam termasuklah ayat2 manzil.Tahukah anda manzil yang terkandung didalamnya surah2 terpilih yang disusun rapi sebegitu rupa oleh orang terdahulu mempunyai banyak manfaat pada Sipembaca.

  Antaranya boleh terhindar dari kena serangan sihir,pembersih aura negetif dalam badan dan banyak lagi kegunaannya.Saya ada mengunakan manzil dalam memagar rumah jiran sebelah rumah mak mertua saya ditanjung karang tak lama dahulu.

  Jiran tu meminta bantuan saya kerana tak tahan dengan ganguan didalam rumah sama ada siang ataupun malam.Bila saya tanya adakah pernah meminta bantuan perawat Islam untuk menyelesaikan masalahnya..dia kate pernah tapi tak dapat bertahan lame paling kurang seminggu ..lepas itu datang balik ganguan.Perawat yang membantu adalah seorang ustaz.

  Saya katakan padanya saya hanya berihtiar selebihnya allah yang menentukan dan jiran itu faham maksud saya.Saya meminta sebotol air mineral besar lalu saya bacakan manzil , habis baca saya tarik nafas tahan sebentar dan hembus didalam botol tadi.

  Saya berikan botol air mineral yang telah didoakan tadi supaya direnjis disemua sudut dalam rumah.Setelah sebulan semasa saya balik kampung rumah mertua ..Jiran tadi menemui saya kembali..dia menyucapkan terima kasih sebab ganguan mahluk halus sudah tiada lagi dirumahnya hinggalah sekarang.

  Kebanyakan Perawat islam banyak mengunkan surah2 dari ayat manzil dalam rukyah mereka untuk merawat pesakit gangguan jin. Untuk pendinding diri manzil boleh dibaca selepas solat paling kurang sehari sekali tak kira siang ataupun malam.

Rabu, 20 April 2016

GARAM

 Garam banyak digunakan dalam kegunaan seharian kita.Tampa garam sesuatu hidangan akan rasa tawar.Didalam perubatan islam garam digunakan untik memagar rumah oleh perawat selapas dirukyah.Saya ada pengalaman dengan garam ini.
  Beberapa minggu yang lepas semasa saya balik kampung..Hari tu hari minggu semasa tengah bersiap nak balik ke KL ada suatu perkara yang terjadi..Anak buah saya yang berumur 4tahun telah digigit serangga tetapi tak pasti la pula serangga apa..yang pasti ia kena di bahagian betis.Masa tu yang memberi rawatan adalah adik lelaki kedua saya.Memandangkan ilmunya lebih banyak dari saya..Maka saya biarkan dia merawat dengan caranya.
  Apa yang saya lihat ia menguna ilmu bisanya yang dipelajarinya iaitu menarik bisa tempat yang sakit dan diberi minum air yang telah didoakannya.Namun apa yang terjadi anak itu masih menangis dan menahan sakit hingga mengigil kakinya.Saya kasihan melihatnya maklumlah saya ni lembut hati...Lalu saya memangil ayahnya untuk menenangkan dia maka tiba pula giliran saya untuk merawat budak ini.Apa yang saya lakukan hanya mengambil sedikit garam kasar dan letak sedikit air pada garam tersebut.
  Kemudian dengan mengunakan ilmu usul khalifah saya ambil garam tadi letak ditempat yang digigit..nampaknya tempat tersebut sudah membengkak.Lalu saya sedut segala bisa tersebut kegaram dengan beberapa kali.Hasilnya bengkak di betisnya mula surut dan mengecil.Bila nampak apa yang saya lalukan mula berhasil maka saya baca doa penghilang kesakitan 7x dan alirkan aura dari bacaan tadi ketempat sakit dari tapak tangan.
  Bila saya lakukan 3x cara tersebut budak tadi sudah tak menagis dan bila ditanya dia kata dah tak sakit lagi.Sukur pada allah yang memudahkan segala urusan..alhamdulillah.Bigitulah kisahnya..garam juga boleh ubati sakit gestrik bila perlu dengan mencampurkan sedikit garam kedalam air mineral yang terlebih dahulu dibacakan bismillah 5.

Garam

Bismillah 5