Oleh:En Azman
Sekarang banyak surah ayat alquran dijual dipasar malam termasuklah ayat2 manzil.Tahukah anda manzil yang terkandung didalamnya surah2 terpilih yang disusun rapi sebegitu rupa oleh orang terdahulu mempunyai banyak manfaat pada Sipembaca.
Antaranya boleh terhindar dari kena serangan sihir,pembersih aura negetif dalam badan dan banyak lagi kegunaannya.Saya ada mengunakan manzil dalam memagar rumah jiran sebelah rumah mak mertua saya ditanjung karang tak lama dahulu.
Jiran tu meminta bantuan saya kerana tak tahan dengan ganguan didalam rumah sama ada siang ataupun malam.Bila saya tanya adakah pernah meminta bantuan perawat Islam untuk menyelesaikan masalahnya..dia kate pernah tapi tak dapat bertahan lame paling kurang seminggu ..lepas itu datang balik ganguan.Perawat yang membantu adalah seorang ustaz.
Saya katakan padanya saya hanya berihtiar selebihnya allah yang menentukan dan jiran itu faham maksud saya.Saya meminta sebotol air mineral besar lalu saya bacakan manzil , habis baca saya tarik nafas tahan sebentar dan hembus didalam botol tadi.
Saya berikan botol air mineral yang telah didoakan tadi supaya direnjis disemua sudut dalam rumah.Setelah sebulan semasa saya balik kampung rumah mertua ..Jiran tadi menemui saya kembali..dia menyucapkan terima kasih sebab ganguan mahluk halus sudah tiada lagi dirumahnya hinggalah sekarang.
Kebanyakan Perawat islam banyak mengunkan surah2 dari ayat manzil dalam rukyah mereka untuk merawat pesakit gangguan jin. Untuk pendinding diri manzil boleh dibaca selepas solat paling kurang sehari sekali tak kira siang ataupun malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan