Rabu, 27 April 2016

BELAJAR TANPA GURU

  Oleh:En Azman

Kesah ini adalah sambungan dari tajuk mengikut guru.Selepas selesai guru membersihkan rumah mereka dari ganguan mahluk halus..Guru pun cuba untuk merawat ahli keluarga yang terkena ganguan antaranya ibu mangsa.lbu mangsa mengalami lemah2 badan dan guru pun merawatnya.

  Semasa guru tengah merawat saya lihat anak lelaki tuan rumahni..resah  gelisah je.Selesai sahaja rawatan terhadap ibu tersebut..anak lelakinya menemui guru.Katanya dia ada mengalami masalah.. iaitu tidurnya tergangu' emosi cepat nak naik angin dan badan terasa panas.

  Guru pun scan untuk mencari punca tersebut..hasilnya badannya dihuni seekor jin jantan.Guru mengarahkan orang kanannya untuk  membuang jin tersebut.Sebaik sahaja cuba untuk tarik keluar anak lelaki telah kerasukan dan suaranya dah bertukar kepada suara yang garang.

 Apalagi gurupun mengunci tubuh anak lelaki itu dengan ilmu lamjalajah agar tubuhnya tak boleh bergerak.Itulah sebabnya selalu yang kita dengar bila orang kerasukan tenaganya melebihi seorang lelaki walaupun dia seorang perempuan .Dengan ilmu ini kita boleh memasung bila seseorang mula kerasukan agar tidak bertindak agrasif.

  Guru menyuruh jin itu keluar dari tubuh pesakit.. tetapi jin itu engan dan mencabar guru.Saya yang melihat sikap angkoh jin tersebut mula hati panas.Rasa nak belasah je jin tersebut nasip baiklah ada orang kanan guru.

  Akhirnya dengan kekuatan tenaga dalam guru dan anak muridnya jin tersebut berjaya juga dikeluarkan dan dibuang.Selepas segalanya selesai..tubuh badan anak lelaki tuan rumah kelihatan lemah tak bermaya dan guru memulihkan tenaga dan juga semangatnya.

  Punca terjadi sebegitu adalah dia ada mengambil amalan zikir dari internet atau buku yang dibeli nya..tujuannya adalah untuk pendinding diri.Walaupun zikir itu adalah zikir sahih hanya nama Asmak Allah..Mengamalkan zikir tampa bimbingan guru yang nyata amatlah bahaya.

Mengamalkan ilmu tanpa guru nyata..gurunya adalah syaitan.Jadi sesiapa yang belajar atau mengambil dan mengamalkan amalan tampa guru dia adalah sebenarnya berguru dengan jin.Itulah kata2 yang keluar dari guru untuk peringatan kami semua.

Kepada anda semua diluar sana jika ingin mengambil sesuatu amalam dalam internet rujuklah kepada guru atau orang yang arif tentang hal tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan