Khamis, 13 Februari 2020

BUAT SENDIRI AIR DOA

BUAT SENDIRI AIR DOA
Oleh : En Azman

1)Baca Istighfar 3x...
2)Baca Al-Fatihah 1x...
Niatkan fatihah itu hadiah kepada Rasul-lullah SAW... keluarga dan sahabat beliau.... serta kepada ibubapa dan sekelian kaum muslimin.

Air dalam botol mineral 1.5 liter... buka tutupnya...Dekatkan muncung botol ke bibir agar apa-bila membaca suroh atau doa...nafas sampai pada air.

3)Syahadah 1x.. 
4)Salawat 3x...
5)Lafazkan niatnya....
" Ya Allah jadikan air ini ubat dan penawar kepada segala penyakit dalam badan saya..." Termasuk penawar kepada segala bisa-bisa dan racun-racun dalam badan saya samaada ia dari angin...air... makanan...atau dari mana juga asalnya."sebutkan semua sakit yang dirasa maka lebih baik.

"Ya Allah jadikan setiap titisan air ini.. racun dan duri2  tajam yang sangat bisa sehingga dapat membunuh dan menghancurkan segala jin yang ada dalam badan saya samada jin saka...jin sihir...jin tangkal... jin ilmu atau jin yang datang dari mana juga."

a) Baca fatihah 1x.. ...kalau dengan 7waqaf atau 7 kali berhenti lebih baik....dengan suara jelas dan sekurang -kurangnya dengar sendiri atau lebih kuat lebih baik.lepas baca terus tiup pada air. 
b) Ayat  Kursi 1x.. dan tiup
c) Al Ikhlas 3x..dan tiup
d) Al Falaq  1x...dan tiup
e) An Naas 1x.dan tiup padaair.

Air ini guna minum dan sapu muka.... campur air mandian dan pula boleh renjis 4 penjuru bilik.Insha Allah ia berkesan dengan izin Tuhan..

Keyakinan dan keikhlasan serta pengharapan kepada Tuhan akan membezakan kekuatan kesan antara seseorang dengan orang lain....walau ia guna petua yang sama.

Air doa ini untuk diri dan boleh pula untuk kanak-anak atau ahli keluarga lain....atau untuk sesiapa juga.. sebaiknya jadi minuman harian walau sekali dalam sehari namun secara berterusan.

Rabu, 12 Februari 2020

AMALAN AYAT KURSI

AYAT KURSI PAGAR DIRI..
.Iaitu amalan Ayat Kursi sebagai doa dan ikhtiar untuk pendinding diri... caranya...
1.Baca Selawat 3x.
2.Al fatihah 1 x.
3.baca Ayat Kursi 1 x.
Kaedah baca Ayat Kursi......ia dibaca seperti biasa...tapi bila sampai kepada ayat...Walaa ya uduhuu hifzuhumaa di baca 7 x... baru habiskan dengan sambungannya... wahuwalAliyyul Aziiim...
4.Tarik nafas melalui hidung sambil zikir Allah...Allah...hingga 7 x... 5.Tahan nafas...baca Ayat Kursi dalam hati 1 x......dan kalau mampu...ayat walaa ya uduhuuu hifzuhumaawahuwal Aliyyul Aziim dibaca 7x...
6.kemudian lepas nafas...dengan zikir allah...allah 7 xdalam hati... sama seperti semasa menarik nafas tadi...

Amalan ini sebaik-baiknya dibuat pagi petang...atausekurang-kurangnya setiap malam...Tujuannya untuk ikhtiar pendinding diri... keluarga danharta benda...

Nota :1.Kalau anda tak mampu baca Ayat Kursi dalam hati semasa menahan nafas...ia boleh digantikan dengan zikir Allah...7x.
Wallohu a'lam
Dicatat oleh junied Imantheraphy

KISAR HANCUR JIN DLM BDN

(KISAR ) Petua Hancurkan Jin dalam badan...Iaitu cara menghancurkan jin dalam badan sendiri...
1. Dekatkan tapak tangan kanan ke mulut.
2. Baca Bismillaahirrohmaanirrohiim tiga kalidengan nada suara yang jelas ( bukan berbisiksemata-mata )3. Tiup kuat tapak tangan tadi...
.4. Lekap tapak tangan atas tempat yang sakit.
5. Berdoa....Ya Allah hancur kanlah dan hilang-kanlah penyakit ini hingga tak bersisa......Ya Allah seandainya ada gangguan jin...( ia-itu ada jin dan penempatan jin..atau anginbisa jin pada tempat sakit ) maka hancurkan-lah sehancur-hancurnya jin ini dan segala anginbisanya.
6. Baca Ayat Kursi....
dan serentak itu apa-bila mula saja baca Ayat Kursi....sapu tempat yang sakit itu dengan sapuan secara bulatan.Niatkan dalam hati untuk menhancurkan segala penyakit..jin dan angin bisanya.

Habis baca Ayat Kursi....baca takbir ( Allohuakbar ) tujuh kali....tapi kali ini niatkan dalam hati untuk memungut semua hancuran pen-yakit juga jin serta angin bisanyaPada takbir ke tujuh terus buat gerakanpusaran tapi tekankan sedikit tapak tangan kemudian genggam niat menggegam hancurandan sisa-sisa penyakit...jin dan angin bisa sentap dan tarik buang ke sisi.Boleh di dua kali lagi jadi tiga kali kesemua-nya pada tempat-tempat sakit.Buat pagi petang atau sekali sehari atau bilabila masa mengikut pilihan sendiri.
7. Jika ianya dibuat lebih dari sekali padasatu masa untuk kali kedua hingga seterusnyacuma perlu mula dari ayat kursi ( sambil'mengisar ' ) .

#Nota1. Jika sakit kepala maka tempat 'pusaran' adalahatas ubun-ubun kemudian tepat pada tempat yangsakit...
2. Kalau  selalu  mimpi  aneh  atau  buruk...makatempat pusarannya pada ubun-ubun dan bahagian belakang kepala.
3. Kalau nak 'sapu habis' kepala maka kisar padaubun-ubun...atau ubun-ubun...dahi.... belakangkepala... tepi kanan kepala dan juga tepi kiri.
4. Kisar maksudnya umpama sebiji buah jatuhke dalam mesin pengisar maka hancur berkecaibuahnya...iaitu buah tersebut umpama jin...angin bisa... penyakit dan sebagainya.Dan hancuran itulah yang perlu dibuang dengan takbir kerana jika dibiarkan terus dalam badan boleh menyebabkan 'keracunan'.
5. Kalau jin pada jantung...iaitu sakit atau selaluberdebar...sesak nafas...dan sebagainya...makakisar bertentangan jantung.
6. Kalau 'serangan kuman' pada paru-paru...atau berair dan sebagainya... maka kisar atas dadakanan dan dada kiri.
7. Kalau gastrik...maka pada uluhati.... jika sakititu tembus sampai ke belakang pun...cukup daridepan tapi niat hancurkan jin atau penyakit... dari depan hingga ke belakang.
8. Kalau perut atau rahim...maka atas perut ataurahim........atau kalau ketumbuhan...atau panas sakitber-pindah dalam perut maka kisar pada semuatempat berpundahnya juga atau bahagianbengkak atau luka dalam.
9. Kalau sakit seperti kena pukul maka tempatsakit.......kalau lutut maka atas kepala lutut....dan se-bagainya.
10. Rawatan diri ini sebaiknya dibuat setiaphari walau hilang sakitnya kerana mungkinada sisa bisa dan racun malah jin yang ber-diam diri pada tempat tersebut.Iaitu tidak ada masa tertentu...sekurang-kurangnya anda rasa puas hati bahawa sakititu tidak berulang lagi.
11. Petua di atas adalah minima dan tidakada sebarang halangan kalau anda mahutambah bilangannya atau tambah ayat sertasuroh lain.
12. Boleh pula baca Bismillah dan tiga Qultiup pada tapak tangan sebelum meletak-kan tapak tangan itu atas tempat sakit.Kalau mampu buat tiga set baca 3 Qul ituserta sapuan atau kisaran pada tempat sakit....iaitu baca tiga Qul sekali sekalidan kisar kemudian ulang baca tiga Quldan kisar begitulah hingga tiga kali.padasetiap tempat sakit.Rawatan ini adalah untuk apa juga jenisjin dalam badan...Wallohu a'lam
Dicatat olehjunied Imantheraphy

Khamis, 6 Februari 2020

AYAT-AYAT RUKYAH KHUSUD

Ayat Rukyah  Khusus  Al Quran
1. Ayat ruqyah “Sapu Jagad “ dasar/umum/standar (ayat ini harus ada dalam setiap ruqyah baik untuk penyakit medis maupun non medis/ghoib juga pelengkap disemua tehnik ruqyah)
• Al-fatihah, Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al Falaq, An-NasAyat-ayat lainnya adalah :
” Surat Al Baqarah: 1-5, 102-103, 284-286.
 Al-Imran ayat (18-19),
 Al-A'Araf (ayat 54-56 ),(ayat 117-122)
Yunus (ayat 81-82 ), 
Taha (ayat 69 ), 
Al-Mukminin (ayat 115-118 ),
As-Shaffat (ayat 1-10 ), 
Al-Ahqaf (ayat 29-32), 
Ar-Rahman (: ayat 33-36 ),
 Al-Hasyr ( ayat 21-24 ), 
Al-Jin (ayat 1-9)

2. Ayat Untuk Azab ( menyiksa, membakar, menghancurkan , membunuh jin)
• Surat An Nisa’ : 56• Al-Ankabuut :57
Ayat lainnya adalah : 
Al-Baqarah (ayat 206 )
An-Nisa' (ayat 166-169 ), 
Al-Maidah (ayat 33-37 ), 
Al-Anfal (ayat 9-14 ), 
Al-Hijr (ayat 16-18 ), 
Al-Isra' (ayat 110-111 ), 
Al-Anbiya' (ayat 70 ), 
As-Saffat (ayat 1-10 ), 
Ad-Dukhan (ayat 43-50 ), 
Al-Jathiya (ayat 7-11 ),
 Al-Ahqaf (ayat 29-34 ), 
Ar-Rahman (ayat 32-44 ), 
Al-Haqqah (ayat 25-37 ), 
Al-Buruj (ayat 1-22), 
Al-A'la (ayat 1-19 ), 
Az-Zalzalah (ayat 1-8 ),
An-Nasr (ayat 1-3 )

3. Ayat Untuk Pembatal sihir, ( danmenawarkan kekuatan sihir)• Surat Yunus : 81 – 82
Ayat lainnya adalah : 
Surat Al A’raf : 117-122, 
Surat Thaha : 69-70
,Al-Furqan (ayat 32 ), 
Anbiya' (ayat 70 ),
 An-Nur (ayat 39 ),
 Al-Isra' (ayat 81 ), 
Fussilatayat 42 ), 
Fatir ayat 10 ), 
Anbiya' (ayat 18 ), 
Al-A'raf (ayat 18 ),
 Kahfi (: ayat 98 ),

4. Ayat Untuk Asy syifa, (khusus penyembuhan dan pemulihan)• Surat Al Isra’ ayat 82• Fushshilat ayat 44Ayat lainnya :
 At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 , Yunus ( surah 10 : ayat 57 ), 
An-Nahl ( surah 16 : ayat 67-69, 
Ash-Syu'ara ( surah 26 : ayat 75-80 )

5. Ayat dan doa ruqyah khusus ( untuk berbagai keperluan/tehnik khusus)a.

 Ayat Untuk Pelempar (untuk membuang penyakit atau menargetkan energi ruqyah kesasaran tertentu)• Al-anfaal ayat 17• Alfatihah ayat 6

b. Ayat Untuk Penghancur (membuka shied,menghancurkan kekuatan penyakit)• Al-Hasyr 21Ayat lainnya adalah :
 Al-waqiyah 56,
 fathir ayat 10, 
kahfi 98

Ayat Untuk Penarik (penyakit, dan benda sihir, jin dll)• Almu’minuun 115• Al-Baqarah 148:

d. Ayat Untuk Pendinding (membentengi lokasi yang sudah disembuhkan, melindungi tubuh dll)• Surat Yasin ayat 9 Ayat lainnya :
al-isra’ 45,
al kahfi 94-95, 
al mu’minuun 100,
al-furqaan 53,
al- fushilat 5, 
al hadid 13

e. Ayat Penakluk
• An-Naml ayat 30-31f. 

Ayat Untuk Pukulan (digunakan ketika menepuk/ memukul tubuh pasien)• Al-Nahl 126 :• As-Syuara 130• Al-Anfaal 50

Doa-Doa Tuntunan Rasulullah SAW1. Doa meminta pertolongan dan kekuatan
حَسْبُنَااللهُ وَنِعْمَ الْوَ كِيْلُ،نِعْمَ الْمَوُلَىوَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Hasbunallah wani’mal wakiyl, nikmal maula wani’mannasiyr“
Cukuplah Allah bagi kami dan dia sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik pelindung, sebaik penolong.

”بِسْمِ اللهِ الَّذِ يْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْ ءٌ فِي ْالأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَا ءِ وَهُوَالسَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ
Bismillahilladziy la yadhurru ma’asmihi syai’un fil’ardhi walaa fissama’i wahuwassamiy’ul ‘aliym“
Dengan nama Allah Yang karena tidak ada sesuatu apapun dilangit atau di bumi mampu mendatangkan bahaya, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

”نَعُوْذُ بِكَلِمَا تِ اللهِ التَّا مَّا تِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Na’uwdzu bikalimaatillahit tammaati min syarrimaa kholaqo
Kami berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan”.

2. Doa syifa (untuk penyakit fisik, psikis, gangguan jin dan sihir)
نَسْأَلُ اللهَ اْلعَظِيْمَ رَبَّ اْلعَرْ شِ اْلعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكُمْ 
Nas’alullahal ‘adziyma robbal ‘arsyil ‘adziymi ‘an yasyfiyakum
“Kami memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik singgasana yang agung, semoga Dia menyembuhkan kamu sekalian

.”اَللَّهُمَّ أَذْهِبِ اْلبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ، اِشْفِ وَ أَنْتَ ا لشَّا فِيْ لاَ شِفَاءَ إِلاَّشِفَا ؤُكَ شِفَاءًلاَ يُغَادِرُسَقَمًا
Allahumaa ‘adzhibil ba’sa robbannas, isyfi wa ‘antasyafiy laa syifaa’a ‘illa syifaa ‘uka syifaa’anlaa yughoodiru saqomaa
Ya Allah, hilangkan penyakit ini, wahai Penguasa seluruh manusia, sembuhkanlah ! Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, sembuhkanlah dengan kesembuhan sempurna tanpa meninggalkan rasa sakit.

”بِسْمِ اللهِ، بِسْمِ اللهِ، بِسْمِ اللهِ،نَعُوْذُ بِعِزَّةِاللهِ وَ قُدْ رَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا نَجِدُوَنُحَاذِرُ
Bismillahi (3x), na’uwdzu bi’izzatillahi waqudrotihi min syarrimaa najidu wa nuhaadziru
“Dengan nama Allah, dengan Nama Allah, dengan nama Allah, kami berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan yang kau hadapi dan kami hindari”.

3. Doa Penyiksa
Allahumma Inna Naj’aluka Fi Nuhurihim, WaNa’udzubika min Syururihim
“Ya Allah, sesungguhnya aku menjadikan Engkau di leher mereka (agar kekuatan mereka tidak berdaya) dan aku berlindung dari keburukan mereka.“

SURAH AL-IKHLAS DAN KHASIAT

Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT..Surah Al-Ikhlaṣterdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti‘Kesucian’atau‘Penulenan’yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, sepertipaganisme,animismedankemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri..Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, diaberulang kali mengatakan“Ahad! Ahad!”(Tunggal, merujuk kepada Allah SWT)....

B.  Sebab DiturunkanTerdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW:صف لنا ربك–‘Shif lanaa rabbaka’(Cuba jelaskan kepada kamiapa macamnya Tuhanmu itu,emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?)..Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin meminta kepada Nabi SAWsupaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu.Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.

1.Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah surahAl-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskina.

Khatam Al-Quran
Orang yang membacasurah Al-Ikhlassatu kali sama ganjarannya dengan memperolehganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadijika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:“Siapakah antarakamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?”Tiada seorangdari sahabatnya yang menjawab.emudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membacasurah Al-Ikhlassekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.Sabda Rasullullah SAW:“Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda :“Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”

Rasulullah SAW lagi :“Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya‘Qul Huwallahu Ahad’itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S.,‘Allahus Somad’itu tertulis di sayap Mikail A.S.,‘Lam Yalid Walam Yuulad’tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S.‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’tertulis pada sayap Israfil A.S.”

Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. ”Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby)

Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya:“Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”Jawab si anak:“Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).”(HR: Ibnu Majah r.a.)

Mengurangkan Rasa Lapar danDahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atauditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.


Rabu, 5 Februari 2020

BUAT SENDIRI KESAN JIN DLM BADAN

BUAT SENDIRI...MENGESAN JIN DALAM BADAN...
Di bawah ini merupakan satu petua semata-mata yang bolehdi buat sendiri oleh sesiapa juga tak kira umur atau 'masa cuti' (...niat sebagai doa ) dan pada bila-bila masa saja...
01.Ayat yang di gunakan cuma... BISMILLAAHIR ROH MAANIRROHIIM... 
dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagiMaha Penyayang...

02.Caranya...a.Tadahkan tangan seperti berdoa dengan kedua-dua tepitapak tangan di rapatkan... sehinggakan seandainya air dituang...anda dapat menakung air... b.Rapatkan bibir pada ke tapak tangan...danpastikan bahawa kalau anda membaca sesuatu...nafas anda 'jatuh bertakung'atas tapak tangan... c.Baca BISMILLAH....seperti di atas sebanyak 7 kali...d.Muncungkan bibir...dan sedut nafas anda yang 'berisi'dengan BISMILLAH....7 kali tadi dengan hujung bibir. 

Cara sedutan yang lebih berkesan...
1.Tutup mata semasa menyedut...
2.Tumpukan perasaan pada gerakan nafas yang masuk...
3.Sedutan lebih panjang lebih berkesan...tumpukan per-hatian kepada nafas yang masuk ke dalam tubuh...
4.Sedutan lebih senyap kurang bunyi nafas sedutan lebih berkesan... Tanpa wuduk pun boleh dibuat..tapi kalau dalam keadaan ada wuduk... ada kelebihan dan kehebatannya yang tersendiri...

5.Apabila sedutan dah penuh...tahan nafas...telan liur...baru lepaskan nafas melalui hidung perlahan-lahan sambil terus tumpukan perhatian ke dalam seluruh jasad anda sendiri bermula dari kepala...turun ke leher...kedada...ke perut dan ke hujung jari-jari kaki.

SANGAT PENTING ketika anda menyedut...sambil tum-pukan perhatian kepada serbuan nafas ke dalam...anda terus berzikir dalam hati...Allah...Allah...sepanjang masa..tak perlu kira berapa kali...
03.DAN anda ingat satu formula asasnya...KALAU ADA SEBARANG TINDAKBALAS DALAMAN..BERERTI ADAJIN ATAU ADA ANGIN JIN...seperti :-
-pening...
-berdebar...
-rasa semut-semut...
-sejuk atau panas...
-takut...
-marah...
-ada suara berbisik 
-dan sebagainya..

iaitu bergantung apayang ada dalam jasad anda...dan semuanyaitu adalah ta-nda-tanda ada gangguan jin dalam badan...

04.Untuk lebih berkesan lagi...semua langkah di atas tadi di buat 3 kali... iaitu baca Bismillah...7x...sedut dan telan...bacakan lagi Bismillah...7x... sedut dan telan...dan bacakanlagi Bismillah...7x...sedut dan telan.

Kalau anda nak lebih berkesan lagi... Bismillah...pertamadi baca 33x... kedua 33x dan untuk yang akhir itu 34x...jadi semuanya 100 kali.Wallohu a'lam.

NOTA .1.Dari mana asal usul kaedah di atas ? iaitu para Ustaz...para perawat...para bomoh dan sebagainya... yang memba-cakan ayat-ayat Qur'an...doa-doa...mentera-mentera dan sebagainya...kemudian ditiup pada air...maka dengan izin Allah iadi air penawar untuk diminum... mandi...atau dipercik di penjuru -penjuru bilik jadi pagar...... maka kalau nafas itu tak ada 'apa-apa'...masakan air yang ditiup itu menjadi 'air hikmat'...untuk pelbagai guna.Ayat Kursi dibaca dan tiup pada jin...kalau nafas itu tak ada apa-apa...masakan jinnya terbakar atau kepanasan...atau ditiup pada anak-anak...atau orang lain...maka jadi pagar atau rawatan...

Maka apabila anda membaca sesuatu... dan disambut atau di-takung pada tapak tangan anda boleh menyedut 'hikmatnya'tanpa perlu alat ketiga seperti air dan sebagainya... dania akan memberi kesan 'lebih secara langsung'... Kerana itu...anda akan merasa kesannya apabila anda men-yedutnya kedalam diri.

SURAH AL FATIHAH & HASIATNYA

Al-Fatihah  
adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’yang palingmustajab. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.
’(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)

Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatamAl-Quran. Rasulullah SAW bersabda:
“Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran
.”.Rasulullah SAW juga  bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa iadimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.

”Diriwayatkan dari Syeikh MuhyiddinIbnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”..

FADILAT DAN KHASIAT Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahan.Di antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihahialah:.
1.    Memperolehi Hikmah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak70 kalisetiap hari selama tujuh hari laludi tiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak...

2.     Hajat Tertunaia.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kalidi antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama40 hari(tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya..b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullahia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh,berkat surah Al-Fatihah..

.3.     Keperluan Dipenuhia.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhulima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan iaberwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya..b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:
Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”..

4.     Mudahkan Rezekia.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktusahur(tengah malam) sebanyak41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa
:“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susahpayah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”.
b.  Membaca surahAl-Fatihah 7 kali,surahAl-Ikhlas 7 kali,surahAl-Falaq 7 kali dan surahAn-Nas 7 kali selepas SolatJumaat(sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga...

5.    Keselamatan Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kalidi waktu hendak tidur,Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal....PENYEMBUHSurah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.

Rasullullah SAW bersabda:
“Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”.1.  Mengubati Segala Penyakita.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak40 kalipada sebaldi air, kemudian air itu disapukan merata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh..
b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh...

2.  Penawar Bisa & Racun Ambilsegelas airyang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh...

3.  Menghilangkan Sifat Lupa Tulislah surahAl-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas sepertipiring putihyang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya...

4.  Mengubati Sakit Gigi.Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jaripada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak7 kali:
Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”..
b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”...

5.  Penyembuh Penyakit Mataa.  Baca surah ini41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudianu sapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini..
b.  Sabda Nabi Muhammad SAW;“Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:*.Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awandan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.*.Apabila telah kelihatan, hendaklah iamenyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak10 kali .*.Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak7 kali:“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”*.Lalu mengucapkan“Yaa Rabbi”sebanyak5 kali.*.Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak1 kali:“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.

Isnin, 3 Februari 2020

ASAL USUL AYAT MANZIL

AYAT MANZIL...Asal Usulnya...Ubai Ibnu Kaab RA meriwayatkan... sewaktu bersama Rasulullah SAW...seorang Badwi datang dan berkata kepada baginda..
."Wahai Rasulullah...saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa sejenis penyakit gila..."Rasulullah menyuruh orang itu membawa saudaranya...kemudian baginda membacakan kepadanya beberapa ayat...iaitu...
1.Suroh Al Fatihah 1-7
2.5 Ayat permulaan Suroh Al baqoroh...1-5
3.Ayat 163 Suroh Al Baqoroh ( Ayat...Wa ilaahukum...)
4.Ayat 255 Suroh Al Baqoroh ( Ayat Kursi )
5.Ayat 256 dan 257 Suroh Al Baqoroh (iaitu 2 ayat sesudah Ayat Kursi )dari...Laa ikrooha fiddiin...hingga...fii haa khooliduun.
6.3 ayat penutup Suroh Al Baqoroh...dari...lillaahi maafissmaawaati...hingga...alal qoumil kaafiriin.
7.Ayat 18 Suroh Ali Imran...dari... shahidalloohu...hingga...Aziimul Hakiim.
8.Ayat 26 dan 27 Suroh Ali Imran... dari...Qulillaahumma...hingga...bighoiri hisaab.
9.Ayat 54 , 55 dan 56 Suroh Al A'rof... dari...Inna robbakumulloohu... hingga...minalmuhsiniin.
10.Ayat 110 dan 111 Suroh Al Isro'...dari...Qulid ulloohu...hingga... wakabbirhu takbiiro.
11.ayat 115 , 116 , 117 dan 118 Suroh Al Mukminun.dari... afahasibtum...hingga...wa anta khoirurroohimiin.
12.Ayat 1 hingga 11 Suroh As Soffat.
13.Ayat 33 hingga ayat 40 Suroh ArRahman...dari...yaa ma'sharol jinni...hingga...tukazzibaan.
14.Ayat 21 hingga ayat 24 Suroh Al Haysr.dari...lau anzalnaa...hingga... wahuwal Aziizul Hakiim.(...juga di kenali sebagai Ayat Lau anzalna. 15.Ayat 1 , 2 , 3 dan 4 Suroh Al Jin.
16.Suroh Al Kaafirun.
17.Suroh Al Ikhlas.
18.Suroh Al Falaq.
19.Suroh Annaas....

selepas itu orang itu sedar dan pergi dari situ seolah-olahtak ada sesuatu yang berlaku..

AYAT PELETUP JIN (Assofat 1-10)

ASSOFFAT...AYAT PELETUP TUBUH JIN...Iaitu Ayat 1 hingga 1o Suroh As Soffat...
1.Ia adalah ayat panas yang boleh mem-bakar jin kafir juga jin Islam denganizin Allah.
2.Dibaca sekurang-kurangnya sekali pagidan petang...jadi doa pembenteng diri...
3.Dikatakan...sekiranya ia dibaca 3 kalimaka pembacanya tak akan dapat dimudarat-kan oleh oleh sesiapa (Insya Allah).
4.Bacakan pada Air...Salawat...3x Fatihah 1x Ayat 1 - 10 As Soffat 1 x...tapi Ayat9 dan 10 ulang 7x......atau Ayat 1-10 itu dibaca 3 kali...Dan dipercik pada empat penjuru bilikInsya Allah...akan kepanasan atau ter-bakar jin di dalamnya...
5.Untuk membakar atau meletupkan jin dalam badan...maka baca 1 atau 3x...dengan Ayat 9 dan 10 diulang 7...11...17 kali atau lebih.
Bacakan pada telinga...jika untuk orang lain..atau lekap tapak tangan kanan dibelakangnya...
Rahsianya... Ayat 9 dan 10 adalah ayatnya peletup tubuh jin...DAN SEBAGAINYA..

.Nota...Kita cuma berusaha dan berikhtiar...soalhidup mati...atau meletup itu...urusanAllah...Setiap sesuatu itu terjadi hanya atas izinAllah semata-mata...Wallohu a'lam.