Rabu, 5 Februari 2020

SURAH AL FATIHAH & HASIATNYA

Al-Fatihah  
adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’yang palingmustajab. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.
’(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)

Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatamAl-Quran. Rasulullah SAW bersabda:
“Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran
.”.Rasulullah SAW juga  bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa iadimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.

”Diriwayatkan dari Syeikh MuhyiddinIbnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:
“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”..

FADILAT DAN KHASIAT Surah Al-Fatihah adalah ibu segala doa dan penawar seluruh permasalahan.Di antara fadhilat dan khasiat lain Al-Fatihahialah:.
1.    Memperolehi Hikmah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak70 kalisetiap hari selama tujuh hari laludi tiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak...

2.     Hajat Tertunaia.  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kalidi antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama40 hari(tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya..b.  Sesiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullahia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh,berkat surah Al-Fatihah..

.3.     Keperluan Dipenuhia.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai solat fardhulima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan iaberwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya..b.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak125 kali selesai solat Subuh maka ia akan perolehi hajatnya dan menemui apa yang dicarinya. Sebaiknya ia diiringi dengan doa berikut:
Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”..

4.     Mudahkan Rezekia.  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktusahur(tengah malam) sebanyak41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa
:“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susahpayah; Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajati…..”.
b.  Membaca surahAl-Fatihah 7 kali,surahAl-Ikhlas 7 kali,surahAl-Falaq 7 kali dan surahAn-Nas 7 kali selepas SolatJumaat(sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya Allah diampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga...

5.    Keselamatan Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kalidi waktu hendak tidur,Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal....PENYEMBUHSurah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.

Rasullullah SAW bersabda:
“Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”.1.  Mengubati Segala Penyakita.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak40 kalipada sebaldi air, kemudian air itu disapukan merata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh..
b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh...

2.  Penawar Bisa & Racun Ambilsegelas airyang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh...

3.  Menghilangkan Sifat Lupa Tulislah surahAl-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas sepertipiring putihyang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya...

4.  Mengubati Sakit Gigi.Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jaripada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak7 kali:
Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”..
b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”...

5.  Penyembuh Penyakit Mataa.  Baca surah ini41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudianu sapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini..
b.  Sabda Nabi Muhammad SAW;“Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:*.Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awandan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.*.Apabila telah kelihatan, hendaklah iamenyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak10 kali .*.Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak7 kali:“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”*.Lalu mengucapkan“Yaa Rabbi”sebanyak5 kali.*.Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak1 kali:“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan