Khamis, 6 Februari 2020

SURAH AL-IKHLAS DAN KHASIAT

Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT..Surah Al-Ikhlaṣterdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti‘Kesucian’atau‘Penulenan’yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, sepertipaganisme,animismedankemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri..Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, diaberulang kali mengatakan“Ahad! Ahad!”(Tunggal, merujuk kepada Allah SWT)....

B.  Sebab DiturunkanTerdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW:صف لنا ربك–‘Shif lanaa rabbaka’(Cuba jelaskan kepada kamiapa macamnya Tuhanmu itu,emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?)..Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin meminta kepada Nabi SAWsupaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu.Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.

1.Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah surahAl-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskina.

Khatam Al-Quran
Orang yang membacasurah Al-Ikhlassatu kali sama ganjarannya dengan memperolehganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadijika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:“Siapakah antarakamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?”Tiada seorangdari sahabatnya yang menjawab.emudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membacasurah Al-Ikhlassekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.Sabda Rasullullah SAW:“Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda :“Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”

Rasulullah SAW lagi :“Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya‘Qul Huwallahu Ahad’itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S.,‘Allahus Somad’itu tertulis di sayap Mikail A.S.,‘Lam Yalid Walam Yuulad’tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S.‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’tertulis pada sayap Israfil A.S.”

Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. ”Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby)

Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya:“Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”Jawab si anak:“Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).”(HR: Ibnu Majah r.a.)

Mengurangkan Rasa Lapar danDahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atauditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan