Ahad, 29 Mac 2020

KISAH SAKA WARISAN 1

KISAH SAKA WARISAN 
Bahagian 1
Oleh:Encik Azman

Encik A tidak pernah terfikir bahawa keluarganya mempunyai saka warisan. Selalunya dia hanya mendengar tentang kisah orang lain.. Kali ini dia sendiri yang mengalami nya. 

Kisahnya bermula begini.. Satu hari semasa dia berehat dirumah sambil berbaring menonton tv.. Tiba2 dia terasa ada benda seperti semut merayap dikaki..Bila dilihat tiada pun semut.. Tak lama kemudian benda tersebut bergerak ditangan kanan nya. Ternyatalah benda tersebut bergerak dibawah kulit tangan encik A. 

Mulanya encik A tak ambil kisah.. Tetapi lama kelamaan ia menganggu rutin kerja hariannya.Benda tersebut menganggunya tak kira masa kerja, lps solat ataupun masa hendak tidur. Jadi encik A mahu tahu apa punca nya.. Encik A pun mencari perawat. Semasa dia melayari Facebook miliknya dia terpandang Group Cerita Mistik GcM. Rupanya dlm group itu terdapat juga iklan mengenai perawat.. Ini memudahkan kerja encik A. 

Encik A meneliti senarai perawat dlm GcM dan tertarik dgn seorg perawat wanita dari Selangor itu.. Yg katanya boleh berubat dari jarak jauh. Encik A menghubungi perawat tersebut  dan menceritakan masalah yang dihadapi nya. Perawat wanita yang bernama N telah memberitahu bahawa encik A ada gangguan saka belah ibu kata nya. Sbb keturunan belah ibunya ada yang boleh mengurut. 

Oleh kerana encik A nak selesaikan masalah yg dihadapi dgn segera. Jadi dia bersetuju dgn perawat N. Esok mlmnya encik A dah siap dgn brg rawatan apa yg dipinta oleh perawat N. Rawatan pertama Selepas solat maghrib perawat N pun merukyah barang rawatan dgn jarak jauh. 

Rawatan kedua pula lepas solat Isyak.. Encik A disuruh menjulurkan kedua belah kaki manakala sebelah kanan kakinya terdapat sebotol kaca yang dibiarkan terbuka tutupnya. Perawat N telah menarik benda yg mengganggu encik A dari jarak jauh.. Semasa proses tarik itu encik A terasa benda tersebut bergerak dari peha terus ke betis dan kehujung kaki lalu ia menghilang.. 

Kemudian perawat N menghubungi encik A supaya botol kosong itu ditutup. Selepas melakukan apa yg disuruh encik A memfoto botol itu.. Dan memberi tahu perawat  N. Perawat wanita itu mengatakan dlm botol itu terperangkap seekor mahluk berupa ular yang mengembangkan mukanya. 

Encik A disuruh mandi dan minum barang yang telah dirukyah untuk membersihkan aura negatif dari badannya. Manakala botol yg berisi mahluk tersebut disuruh buang kesungai yang mengalir.

KISAH SAKA WARISAN

KISAH SAKA WARISAN 
Bahagian II
Oleh:Encik Azman

Selang beberapa hari.. Selepas  berubat jarak jauh dari perawat N.. Encik A merasa tenang.. Tetapi ketenangan itu tidak kekal lama. Pada satu mlm sebelum encik A melelapkan mata.. Terasa gangguan sebelum ini muncul  kembali. 
Oleh kerana mengantuk jadi encik A malas melayan gangguan tersebut. 

Siangnya encik A telah menghubungi beberapa perawat.. Ada yg menyarankan agar ibu encik A berubat kerana punca gangguan datang dari sana dan ada juga yang menyuruh semua ahli keluarga encik A berkumpul dan berubat.

Setelah berfikir seketika akhirnya encik A melihat kembali senarai perawat dlm GcM.. Kali ini matanya tertumpu pada perawat dari sg buluh iaitu perawat M. Tampa buang masa encik A menghubungi perawat M dan menceritakan segala  masalahnya yg dihadapinya. 

Kata perawat M.. Melalui pengalaman selama berkacimpung dlm bidang rawatan gangguan.. Kes saka tidak boleh diselesaikan hanya dgn membuang. Sbb jika dibuang pasti yang lain akan datang  mengisi kekosongan yg ditinggalkan itu. Itulah sebabnya bila kita berubat baik hanya sekejap.. Tak lama kemudian ter jadi kembali gangguan. Sebab itu kita dengar jenuh berubat merata tapi tak  sembuh2.Perlu diingat mereka juga berkeluarga seperti juga manusia.. Beranak pinak..Oleh itu kena ada caranya salah satunya pemutus janji. Antara pesakit dan juga jin saka tersebut. 

Katanya lagi.. Apa yang dibuang oleh perawat N itu memang telah tiada tetapi dihantar pula anak buah yang lain sesuai.. perjanjian keturunan terdahulu menjaga anak cucu cicit. Yang jadi mangsa adalah cucu cicit yg tak tahu apa2.. Diganggu oleh makhluk 2 ini. 

Perawat M memberi tahu syarat2nya. Salah satu syaratnya menyediakan jamuan. Encik A berkata pada Perawat M.Ini baru betul2 embah lapar..😋bila didengar apa yg diucapkan oleh encik A
Perawat M pun ketawa😂akhirnya dua-dua ketawa😄.Sebenarnya juadah itu adalah utk memancing semua saka2 yg terdapat pada emak dan juga adik beradik encik A. 

Bila dah ditentukan harinya maka bertolak lah encik A dan perawat M dari sg buluh itu kesuatu tempat. Mereka hanya berdua menaiki sebuah kereta kepunyaan encik A. Akhirnya mereka sampai disebuah taman tasik pada mlm tu.. Kerana proses pemutus janji dan membuang saka warisan lebih baik disebelah malam. Sbb bagi kita mlm tapi dialam mereka mlm itu siang. 

Sampai ditmn tasik masih terdapat beberapa org tgh bersiar2 ..utk mengelak agar tidak syak wasangka.. Orang  sekeliling.. Maka berubat dilakukan dlm kereta sahaja. Dimulai dgn Encik A menjadi sarung utk menarik semua saka2 yg terdapat pada ahli keluarga encik A. Semasa proses menarik saka oleh perawat M termasuk pada ibu encik A dari jarak jauh.. encik A merasakan kepalanya menjadi semakin berat seperti kepalanya diletakkan seketul batu besar diatas kepala. 

Bila selesai proses menarik saka ...baru Perawat M memanggil ketua saka warisan  terbabit Dgn perawat M mewakili encik A memutuskan perjanjian yg dibuat oleh makhluk tersebut pada keturunan dahulu dgn keluarga encik A. Perjanjian telah terbatal dan perawat M menyuruh ketua saka warisan memanggil semua anak buahnya yg berpuluh ekor itu keluar dari bdn encik A tampa tinggal seekor pun. 

Semua saka2 telah berkumpul ditepi tasik dan perawat M memberi tempat tinggal baru pada saka2 warisan didlm tasik. Setelah selesai maka mereka pun kembali kerumah perawat M. Kerana sudah ada pesakit lain dari luar menunggu utk mendapat rawatan dari Perawat M ..katanya kes sihir. 

Sebelum pulang.. Perawat M menyuruh encik A mandi limau 3 biji yg telah didoakan utk membersihkan diri dari anasir2 kotar.Encik A mengucapkan 
Ribuan terima kasih pada perawat M kerana telah  menolong menyelesaikan masalah saka warisan. Sejak berubat dgn perawat M sg buluh itu.. Encik A sudah tiada lagi masalah ganggu saka lagi..  Alhamdulillah..

Ahad, 22 Mac 2020

KHADAM ORANG CUBA MENYERANG

KHADAM ORANG CUBA MENYERANG
oleh:En Azman

 Satu ketika dulu semasa en azman melawat jiran di kampungnya dia mengalami satu kisah yg agak menarik. 
Masa tu kebetulan en azman balik kampung rumah org tuanya. Kebetulan jiran dikampung itu ada seorang pakcik bernama jarok bukan nama sebenar hanya panggilan sahaja nama tersebut. 

  Pakcik itu sakit setelah balik dari Singapura.. Utk memupuk semangat kejiranan.. Jadi en azman melawat pakcik bernama jarok itu. Setelah melawat pakcik itu barulah en azman tahu cerita sebenar.. 

 Jarok sebenarnya gemar minum  air paip untuk menghilangkan dahaganya. katanya senang..  Masa tu dia tidak terfikir akan akibat perbuatan itu mungundang masalah dikemudian hari. Setelah tiga tahun barulah dia merasa kesannya.. Iaitu dia sakit dan disahkan kena penyakit batu karang.. 

Memandangkan kos rawatan Disingapura terlalu mahal maka dia balik kemalaysia dan berhenti kerja. Di Malaysia dia menyambung kembali rawatan di hospital selayang. Jarok dibedah untuk  mengeluarkan beberapa batu karang dari dlm perutnya.  Ia kemudian dibenarkan pulang oleh pihak hospital setelah beberapa hari dihospital.

Jarok meminta en azman membuat air doa mengurangkan sakit yg dideritanya walaupun pihak hospital memberikan ubat untuknya. Walaupun pada mulanya en azman keberatan tapi akhirnya akur sebab kasian pada pakcik tersebut. 

Encik azman menasihati jarok walaupun minum air doa tetapi kena juga mkn ubt. Sebab baginya itu hanyalah usaha yang menyembuhkan hanya Allah. Setelah dua hari.. Jarok dah berangsur sembuh dan boleh berjalan. En azman gembira dgn perkembangan pakcik itu. 

En azman pun pulang ke bandar iaitu dipetaling jaya.. Memandangkan dia akan berkerja keesokan harinya. Pada mlm yg ketiga dia bermimpi dihadiri seekor mahluk yg tubuh bdnnya kelihatan buruk tetapi mukanya Seolah en azman kenal akan rupanya. 

Mahluk tersebut seolah 2 marah pada en azman kerana mengangunya. En azman menafikan kata2 makhluk tersebut Dia tidak mengganggu mahluk itu.. Tetapi makhluk tersebut tetap dgn pendiriannya. 

En azman malas melayan karenah mahluk menyerupai rupa jiran yg dilawati sebelum ini dgn memalingkan bdn.. 
Tetapi dgn tiba2 dia terasa seperti ada angin kuat dari arah belakang.. Dgn sepontan dia menunduk.. Angin tersebut melintas diatas kepala en azman. 

Rupa-rupanya terpaan angin itu Adalah makhluk tadi yg cuba menyerang en azman dari arah belakang. En azman bangun dari duduk dan berdiri serta bersedia berhadapan dgn makhluk itu. 

Oleh kerana serangan pertama gagal.. Makhluk tersebut cuba menyerah kali kedua.. Dia cuba menerkam en azman dgn kukunya yg tajam tetapi kali ini
En azman telah bersedia.. Sebelum sampai serangannya en azman telah melancarkan satu jurusan tenaga dlmnya tepat mengenai dada mahluk tersebut.. 

Serangan mengejut oleh en azman menyebabkan mahluk itu terhumbang kebelakang dan jatuh terguling -guling diatas tanah.. Mahluk tersebut marah
Dan Kesakitan dgn memagang dadanya dan cuba ingin bangun tetapi en azman telah melancarkan jurus pasung bumi.. Menyebabkan mahluk tersebut terus  tidak dapat bergerak disitu.

Tidak berapa lama kemudian en azman tersedar dari mimpi. Keesokan harinya en azman menalifon ibunya dikampung. 
Dia ingin bertanya khabar tentang pakcik jarok yg dikunjunginya beberapa hari yg lalu.. Ibunya memberitahu.. Jarok telah sakit kembali dgn tiba2.. Tetapi bukan sakit batu karang.. Doktor beritahu dia sakit dibahagin dada dan mengalami demam.. En Azman Dlm hati berdoa moga pakcik jarok sembuh hendaknya

Sabtu, 14 Mac 2020

KATA PEMUTUS JIN

Kata pemutus Jin 
caranya:-
Baca istighfar 3x...
Baca Al-Fatihah 
kemudian hadiahkan pahala fatihah ini kepada Rasulullah saw ,keluarga, ibu bapa dan kepada sekelian muslimin muslimat. 

Syahadah 3x
Bismillah 3x..
salawat 3x...
Niat.."Ya Allah lindungilah kami dari kejahatan setiap makhluk mu... hancurkanlah lenyapkan lah setiap gangguan juga sihir sekiranya ada pada kami...

kemudian ini memerlukan sedikit keberanian dan ketabahan...iaitu tutup mata dan lafaz...
ta awwuz 3x....
 Bismillah sekali...
"Dengan nama Allah saya mahu bercakap pada semua jin yang mengganggu saya dan keluarga saya...ulang 3x  

sambil bayangkan semua jin yang mengganggu samada dari dalam badan... atau dari luar...yang datang sendiri atau dikirim semuanya berkumpul didepan anda...
kalau Allah izinkan... maka kita akan rasa seram atau dapat merasakan kehadiran benda lain didepan atau sekeliling kita terutamanya kalau ada gangguan pada diri...

namun ini petanda baik bahawa makhluk makhluk jin itu dapat kita tarik datang untuk mendengar kata pemutus dari kita.

Sambil tu teruskan zikir Allah Allah dalam hati sebagai perisai..bila cukup bersedia maka lafaz dengan nada tegas niatkan kata pada semua jin yang hadir...

Baca Ta awwuz 1x...
Bismillah 1x...
takbir 3x sambung...
"Wahai sekelian bangsa jin...dengan nama Allah...mulai saat ini...saya putuskan semua hubungan saya"'keluarga saya" dari kamu seluruh-nya...."
"wahai sekelian bangsa jin...dengan nama Allah mulai sekarang...saya haramkan tubuh saya...keluarga saya... kediaman saya...daripada sentuhan dan gangguan kamu semua......

" wahai sekelian bangsa jin... dengan nama Allah saya perintahkan kamu balik ke alam kamu sendiri dan jangan lagi balik kepada saya.. keluarga saya atau kepada sesiapa juga manusia untuk selama-lamanya...
kalau kamu degil atau ingkar Allah akan hancurkan kamu semua sehancur-hancurnya...

"Wahai sekelian bangsa jin... dengan nama Allah mulai saat ini saya batalkan semua syarat... sumpah.. perjanjian atau apa juga benda sihir yang pernah diberi oleh sesiapa juga manusia pada kamu semua... 

"Ya Allah hancurkanlah dan hilangkanlah semua kekuatan sihir daripada fikiran..perasaan dari seluruh panca indera... daripada seluruh tubuh dan apa juga benda sihir dari sekelian jin ini... Lenyap selamanya. 

Kemudian baca fatihah 1x  
Dan takbir 3x
Shahadah sambil garis laksamana potong bayangkan hancur segala sihir dan benda sihir seluruh jin tersebut.

Khamis, 12 Mac 2020

MANDI DAN MINUM AIR DOA

HILANGKAN GANGGUAN 
Mandi & Minum Air Doa
Oleh :En Azman
*Untuk Mandi Bahannya:-
1Botol besar Air Mineral 
7 Biji Limau Nipis
1 Bungkus Garam

*Untuk Minum Hanya:-
2 botol besar Air Mineral

Kesemua Bahan utk mandi dan minum dirukyah. 
Cara Gunanya :-
*sebelum mandi/minum air .. baca alfatihah 1x, selawat 3x*

1 botol air untuk 3hari mandi:
*1/3 air+garam 5sudu+sebiji limau nipis di belah 4+sebaldi air*

untuk mandi, Perlu *mandi waktu yg sama 3hri berturut2* sama ada lepas asar/maghrib/isyak*
««««««««««««««««««««««««««««
*3biji limau buat bancuh air.. Tak kisah air teh sejuk/sirap sejuk + limau .. *buat 3 hari berturut2*.. *sambil kacau, pun baca alfatihah 7x*.. boleh minum *seisi keluarga* .. buat *sejug air*

*air yang lebih buat minum ulang2.