Ahad, 22 Mac 2020

KHADAM ORANG CUBA MENYERANG

KHADAM ORANG CUBA MENYERANG
oleh:En Azman

 Satu ketika dulu semasa en azman melawat jiran di kampungnya dia mengalami satu kisah yg agak menarik. 
Masa tu kebetulan en azman balik kampung rumah org tuanya. Kebetulan jiran dikampung itu ada seorang pakcik bernama jarok bukan nama sebenar hanya panggilan sahaja nama tersebut. 

  Pakcik itu sakit setelah balik dari Singapura.. Utk memupuk semangat kejiranan.. Jadi en azman melawat pakcik bernama jarok itu. Setelah melawat pakcik itu barulah en azman tahu cerita sebenar.. 

 Jarok sebenarnya gemar minum  air paip untuk menghilangkan dahaganya. katanya senang..  Masa tu dia tidak terfikir akan akibat perbuatan itu mungundang masalah dikemudian hari. Setelah tiga tahun barulah dia merasa kesannya.. Iaitu dia sakit dan disahkan kena penyakit batu karang.. 

Memandangkan kos rawatan Disingapura terlalu mahal maka dia balik kemalaysia dan berhenti kerja. Di Malaysia dia menyambung kembali rawatan di hospital selayang. Jarok dibedah untuk  mengeluarkan beberapa batu karang dari dlm perutnya.  Ia kemudian dibenarkan pulang oleh pihak hospital setelah beberapa hari dihospital.

Jarok meminta en azman membuat air doa mengurangkan sakit yg dideritanya walaupun pihak hospital memberikan ubat untuknya. Walaupun pada mulanya en azman keberatan tapi akhirnya akur sebab kasian pada pakcik tersebut. 

Encik azman menasihati jarok walaupun minum air doa tetapi kena juga mkn ubt. Sebab baginya itu hanyalah usaha yang menyembuhkan hanya Allah. Setelah dua hari.. Jarok dah berangsur sembuh dan boleh berjalan. En azman gembira dgn perkembangan pakcik itu. 

En azman pun pulang ke bandar iaitu dipetaling jaya.. Memandangkan dia akan berkerja keesokan harinya. Pada mlm yg ketiga dia bermimpi dihadiri seekor mahluk yg tubuh bdnnya kelihatan buruk tetapi mukanya Seolah en azman kenal akan rupanya. 

Mahluk tersebut seolah 2 marah pada en azman kerana mengangunya. En azman menafikan kata2 makhluk tersebut Dia tidak mengganggu mahluk itu.. Tetapi makhluk tersebut tetap dgn pendiriannya. 

En azman malas melayan karenah mahluk menyerupai rupa jiran yg dilawati sebelum ini dgn memalingkan bdn.. 
Tetapi dgn tiba2 dia terasa seperti ada angin kuat dari arah belakang.. Dgn sepontan dia menunduk.. Angin tersebut melintas diatas kepala en azman. 

Rupa-rupanya terpaan angin itu Adalah makhluk tadi yg cuba menyerang en azman dari arah belakang. En azman bangun dari duduk dan berdiri serta bersedia berhadapan dgn makhluk itu. 

Oleh kerana serangan pertama gagal.. Makhluk tersebut cuba menyerah kali kedua.. Dia cuba menerkam en azman dgn kukunya yg tajam tetapi kali ini
En azman telah bersedia.. Sebelum sampai serangannya en azman telah melancarkan satu jurusan tenaga dlmnya tepat mengenai dada mahluk tersebut.. 

Serangan mengejut oleh en azman menyebabkan mahluk itu terhumbang kebelakang dan jatuh terguling -guling diatas tanah.. Mahluk tersebut marah
Dan Kesakitan dgn memagang dadanya dan cuba ingin bangun tetapi en azman telah melancarkan jurus pasung bumi.. Menyebabkan mahluk tersebut terus  tidak dapat bergerak disitu.

Tidak berapa lama kemudian en azman tersedar dari mimpi. Keesokan harinya en azman menalifon ibunya dikampung. 
Dia ingin bertanya khabar tentang pakcik jarok yg dikunjunginya beberapa hari yg lalu.. Ibunya memberitahu.. Jarok telah sakit kembali dgn tiba2.. Tetapi bukan sakit batu karang.. Doktor beritahu dia sakit dibahagin dada dan mengalami demam.. En Azman Dlm hati berdoa moga pakcik jarok sembuh hendaknya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan