KISAH SAKA WARISAN
Bahagian 1
Oleh:Encik Azman
Encik A tidak pernah terfikir bahawa keluarganya mempunyai saka warisan. Selalunya dia hanya mendengar tentang kisah orang lain.. Kali ini dia sendiri yang mengalami nya.
Kisahnya bermula begini.. Satu hari semasa dia berehat dirumah sambil berbaring menonton tv.. Tiba2 dia terasa ada benda seperti semut merayap dikaki..Bila dilihat tiada pun semut.. Tak lama kemudian benda tersebut bergerak ditangan kanan nya. Ternyatalah benda tersebut bergerak dibawah kulit tangan encik A.
Mulanya encik A tak ambil kisah.. Tetapi lama kelamaan ia menganggu rutin kerja hariannya.Benda tersebut menganggunya tak kira masa kerja, lps solat ataupun masa hendak tidur. Jadi encik A mahu tahu apa punca nya.. Encik A pun mencari perawat. Semasa dia melayari Facebook miliknya dia terpandang Group Cerita Mistik GcM. Rupanya dlm group itu terdapat juga iklan mengenai perawat.. Ini memudahkan kerja encik A.
Encik A meneliti senarai perawat dlm GcM dan tertarik dgn seorg perawat wanita dari Selangor itu.. Yg katanya boleh berubat dari jarak jauh. Encik A menghubungi perawat tersebut dan menceritakan masalah yang dihadapi nya. Perawat wanita yang bernama N telah memberitahu bahawa encik A ada gangguan saka belah ibu kata nya. Sbb keturunan belah ibunya ada yang boleh mengurut.
Oleh kerana encik A nak selesaikan masalah yg dihadapi dgn segera. Jadi dia bersetuju dgn perawat N. Esok mlmnya encik A dah siap dgn brg rawatan apa yg dipinta oleh perawat N. Rawatan pertama Selepas solat maghrib perawat N pun merukyah barang rawatan dgn jarak jauh.
Rawatan kedua pula lepas solat Isyak.. Encik A disuruh menjulurkan kedua belah kaki manakala sebelah kanan kakinya terdapat sebotol kaca yang dibiarkan terbuka tutupnya. Perawat N telah menarik benda yg mengganggu encik A dari jarak jauh.. Semasa proses tarik itu encik A terasa benda tersebut bergerak dari peha terus ke betis dan kehujung kaki lalu ia menghilang..
Kemudian perawat N menghubungi encik A supaya botol kosong itu ditutup. Selepas melakukan apa yg disuruh encik A memfoto botol itu.. Dan memberi tahu perawat N. Perawat wanita itu mengatakan dlm botol itu terperangkap seekor mahluk berupa ular yang mengembangkan mukanya.
Encik A disuruh mandi dan minum barang yang telah dirukyah untuk membersihkan aura negatif dari badannya. Manakala botol yg berisi mahluk tersebut disuruh buang kesungai yang mengalir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan