Rabu, 23 Jun 2021

DONGENG DISUBUH HARI

DONGENG DISUBUH HARI
Ehsan Dari:En Azman 240621

Semasa saya tengah berjalan-jalan
Saya ternampak dua orang keluar dari sebuah kedai dgn tergesa-gesa berlari disusuli seorang lagi keluar dari kedai yang sama.

Kerana sifat ingin tahu..Saya pun mengikut mereka dar arahi belakang dari jarak yg agak jauh.Semasa tiba suatu tempat yang agak lapang.. tiba2 mereka bertiga bertengkar.. saya mendekati mereka dgn jarak agak dekat tanpa mereka bertiga sedari untuk memastikan siapakah mereka semua.

Terlihat jelas salah satu dari mereka bertiga.. salah seorang daripadanya saya amat kenali iaitu sifu saya.Daripada Pertengkaran mereka adalah disebabkan dua orang tersebut telah mencuri barang dari kedai tersebut.

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berdua menyerang sifu saya..dan mereka bertiga pun bergaduh. Saya hanya melihat kejadian tersebut tidak berapa jauh dari situ .. kerana beranggapan sifu saya tentulah dapat menaganinya sendiri tanpa bantuan orang lain.

Ternyata anggapan saya silap.. sifu saya teruk dipukul ditumbuk dan ditendang.Saya pun berlari kearah mereka dan menjerit supaya mereka berhenti.Tiba tiba salah seorang daripada mereka mendekati saya dan ingin memukul saya.Mungkin Disebabkan rasa tak puas hati sbb menganggu mereka.

Saya pun mempertahankan diri dgn mengelak dan menepis segala pukulan, tumbukan dan tendangan yg dilancarkan org tersebut.Melihat segala pukulannya tidak mengenai sasaran.Dia menjadi berang dan mengambil sesuatu dari poket seluarnya. Rupanya dia mengeluarkan sebilah pisau.

Dia pun menggunakan pisau 🗡️ tersebut keatas saya dgn menikam bertubi-tubi..namun semua tikaman tersebut dapat dielak oleh saya..Kali ini saya ingin membuat serang balas.ye lah..tak kan nak elak je. Tiba tiba saya terdengar dan tersedar..rupa2nya tengah azan subuh..ah!.. rupanya saya bermimpi.. jom solat 😄

Tiada ulasan:

Catat Ulasan