Oleh: Junied Imantherapy
Nenek itu..sejak mudanya didampingi jin saka...tapi makhluk itu tak mengaku dirinya sebagai jin sebaliknya ia mengaku sebagai roh anak nenek tersebut yang telah meninggal dunia sejak kecil nya. Setelah anak itu meninggal dunia...roh anak itu terus hidup di alam ghaib...Ia terus membesar dan bersekolah hingga ke tahap'universiti'...dan kini setelah ia dewasa...roh anak lelakinya itu kembali semula ke dunia untuk mencari dan mendampingi ibunya...
Nenek itu yang pada mulanya sering menjual sayur di pasar...telah berhenti dan tinggal dalam rumah sahaja atas nasihat roh anaknya yang kasihan me-lihat ibunya berpenat lelah membuat kerja-kerja berat...Dan sebagai ganti nya. Roh anak lelakinya itu mendampingi ibunya serta membimbingnya menjadi
perawat kepada berbagai penyakit ganjil...Maka...hadiah daripada pesakit-pesakit juga sebagai wang jaminan keselamatan menjadi punca pendapa-patan baru nenek tersebut...
Suatu ketika..seorang jiran bukan ber agama Islam datang berjumpa dengan nenek itu...ia mengalami suatu penyakit yang tak sembuh oleh rawatan hospital. Walaupun roh anaknya melarang nenek itu merawat jiran tersebut dengan alasan tubuh non Islam tak bersih...namun kerana sifat nenek yang sangat mudah simpati itu...ia terus juga merawat nya.
Sebaik sahaja jiran itu pulang...nenek itu mengalami sakit seperti ditekan sesuatu pada bahu kanannya...Sakitnya sehingga nenek itu tak dapat mengangkat tangan kanannya dan terus menanggungnya tak kira siang atau pun malam...Hampir dua minggu...bahu nenek itu terus sakit tampa sebarang perubahan walaupun ia dah meminta air doa daripada perawat mentera...
Kebetulan atas sesuatu sebab...saya berjumpa dengan nenek tersebut...dan mungkin kerana terdesak nenek itu berterus terang meminta rawat bahunya. Saya langsung tak berpengalaman tentang sakit bahu tapi nak menolak begitu sahaja pun rasanya tak baik.
Maka saya meletakkan tapak tangan kanan atas bahu nenek tersebut dan membaca Bismillah Lima...Pada kali ketiga saya membacanya..roh anak nenek itu bercakap melalui lidahnya..."tak guna ibu minta rawat...sakit ini tidak akan hilang sebelum sampai 40 hari...sebagai pengajaran kerana melanggar pantang larang..."
Hati saya serba sedikit rasa tergugat dengan kejadian itu tapi terus membaca Bismillah Lima hingga tujuh kali.. kemudian meniup perlahan ke bahu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan