Oleh: Junied Imantherapy
Apabila remaja perempuan itu L menutup mata dan menumpukan perhatian...tiba-tiba tubuhnya mengg-eletar ketakutan.Ia melihat neneknya yang sudah lama meninggal dunia duduk di tangga depan rumah lama yang sebenarnya juga sudah lama dirobohkan.
Neneknya itu berbaju kurung dan bertudung sedangkan masa hidupnya tak pernah berpakaian sedemikian kerana neneknya itu bukan Islam.Apabila L mengucapkan kata pemutus..bayangan nenek juga rumah lama itu hilang tapi kemudian muncul semula...kali ini dgn rambut putih mengerbang...bermata merah merenung L dengan cahaya kemarahan.
Kali ini neneknya itu muncul di tengah rumah lama di kampung...dan rumah itu masih ada.Biasanya tanda sedemikian menunjukkan nenek jelmaan jin saka itu akan menentang atau menyerang.Apabila L beritahu ada tongkat pada tangan makhluk itu...saya gunakan ayat "Afahasibtum "berserta pernafasan serta gerak peletup.Dengan izin Tuhan L mem beritahu tongkat itu ber-kecai...dan nenek itu juga hilang dengan kesan tubuhnya seperti berkecai sama
.Bagi saya ianya satu ' kemalangan '...saya tidak sasarkan tubuh jin tua tersebut...hanya pada tongkat...tapi mungkin kekuatan sihirnya agak banyak bergantung pada tongkat tersebut men-yebabkan tubuhnya turut berkecai.
.Saya berpendapat tongkat itu menyim pan kekuatan serta sokongan sihir hasil daripada pemujaan serta persembahan manusia kepadanya.Tapi secara teorinya kelebihan jin itu tubuhnya agak kebal kepada serangan rawatan atau Rukyah.
kalau cedera pun cepat pulihnya kerana kekuatan-sihirnya yg sebenar tersimpan dalam tongkat itu.Maka untuk menjimat kan masa dan tenaga...anda cuma perlu musnahkan tongkatnya.
Cara lebih mudah untuk memusnahkan tongkat itu...minta pesakit yg melihatnya membaca "A uuzu billaahi minasshaitoo nirrojiim " 3 kali...kemudian tiup kuat dan cepat tongkat itu dengan niat untuk meng hancurkannya...InshaAllah..Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan