Oleh:En Azman
Oleh kerana hari dah hampir gelap
Perjalanan balik ke rumah π pun masih jauh lagi..jadi saya mengambil keputusan mencari tempat utk bermlm.Cari punya cari jumpa lah rumah tumpangan dikawasan itu. Saya pun bertanya pada pekerja disitu.. adakah ada bilik kosong lagi.Dia beritahu kebetulan ada satu bilik kosong.. jadi saya menempah bilik tersebut.
Kami bertiga iaitu mak mertua,adik perempuan saya dan saya sendiri baru sahaja balik dari menghadiri majlis perkahwinan anak angkat mak mertua di selatan tanah air. Oleh kerana perjalanan balik masih jauh dan hari pun dah petang..Jadi saya memutuskan bermalam sahaja rumah tumpangan... boleh lah berehat menghilangkan lelah akibat penat memandu seharian.
Berbalik kisah dirumah tumpangan ..pekerja disitu pun memberi kunci bilik dan no bilik tersebut.Kami pun menuju seperti apa yg diberitahu.Sampai di bilik kami meletakkan bag masing-masing.. saya lihat bilik tersebut agak besar..ada ruang tamu ,ada satu lagi bilik tidur serta kemudahan tandas dan bilik air.
Saya memutuskan utk tidur sahaja diruang tamu bila tidur nanti..biar adik perempuan saya dgn mak mertua tidur dibilik satu lagi.
Mak mertua saya berkata dia ingin keluar berjalan-jalan sebentar.Adik perempuan pula katanya hanya nak berehat dibilik sahaja. Manakala saya sendiri keluar bersembang dgn beberapa orang penginap di kawasan rumah penginapan tersebut.
Selepas saya kembali lagi di bilik rumah tumpangan.. saya dapati mak mertua tiada disitu..Jadi saya pun bertanya pada adik perempuan saya dimana mak..dia kata sejak dari tadi belum balik lagi.. jadi saya pun keluar mencarinya.. manakala adik perempuan..saya suruh dia tunggu sahaja dibilik...mana tahu dia balik.. boleh beritahu saya nanti.
Cari punya cari ..saya terjumpa satu pasar borong agak besar juga tidak berapa jauh dari rumah tumpangan yg kami sewa.Saya pun memasuki pasar terbabit ternampak mak mertua saya sedang mengangkat bakul buah disebuah gerai buah buahan.
Saya pun menghampiri mak mertua. Apa mak buat kat sini..Dia berkata dia disuruh dan dipaksa oleh tokey di gerai tersebut jika tak mahu di apa apakan..Saya pun menuju gerai buah itu dan bertanya mana tokey .. seorang pekerja tersebut beritahu boss keluar sekejap.Tidak berapa lama.. boss gerai buah itu pun datang. Saya pun beritahu padanya..agar tidak memperlakukan mak mertua saya sedemikian rupa.Saya cakap mentang- mentang makcik ini tua.. senang senang ko nak buli ya.. Saya pun marah pada tokey kedai buah tu..
Saya pun ingin bawa mak mertua keluar dari gerai buah-buahan itu ..baru beberapa langkah sahaja. tiba-tiba saya dihalang oleh beberapa orang disitu.Ada tiga orang semuanya.. seorang drpdnya berbadan besar dan tegap.
Ketuanya berkata.. ini kawasan mereka.. Jika nak keluar dari sini mesti menewaskan salah satu dari mereka..baru boleh keluar dari pasar borong ini. Baru saya sedar dlm hati.. rupanya saya berhadapan dgn abang kawasan.Baiklah.. saya berkata..tapi kamu semua jgn kacau Kami lagi kata saya. mereka pun berjanji akan melepaskan saya dan mak mertua jika permintaan mereka dipenuhi.
Ketua mereka berkepala botak berkata. Kau mesti kalahkan dia sambil menuding jari kearah org berbadan besar dan berotot.Kalau pada kiraan saya orang tersebut mesti ahli bina badan atau sekelas WWF.Org yg berbadan besar pun mara kehadapan dia pun berkata "
Aku bagi kau dulu pukul aku.. sbb lepas itu kau tak de peluang yg aku berikan selepas ini.. sambil ketawa di ikuti 2 rakannya yg lain..
Memandang kan lawan yg saya hadapi amat berat dan kuat. jika berlawanan dgn fizikal dan tenaga mesti dia yg menang.. dlm fikiran saya.. dgn senyap2 saya gunakan ilmu mengambil isi batin lawan dan menggunakan ilmu Bisa dan pemberat pukulan yg telah dialirkan tenaganya kedua tapak tangan.
Org yg berbadan besar pun berkata lagi.. marilah pukul aku jika berani..sambil ketawa.Tampa berlengah saya terus menumbuk di mukanya ...dia terundur 3 langkah kebelakangan sambil mengeluarkan berkata aduhhh..Tangannya memegang muka.. Hidungnya saya lihat berdarah.
Bangsat kau.. katanya dan menerpa kearah saya dgn menghayunkan penumbuknya π..saya menunduk dan menyerang pula pada celah kangkang kemaluannya..Dia berteriak kesakitan.. sambil tangannya memegang kemaluannya..saya berginjak kebelakangan lalu menendang ponggongnya hingga dia jatuh tersungkur ke tanah . kesempatan itu saya ambil dgn berada diatas kepala nya dan menumbuk mukanya dgn bertubi-tubi.
Tiba-tiba dia menjerit.."cukup.. cukup.. cukup.. aku mengaku kalah.. jadi saya berhenti tidak memukul lagi.Terus saya bangun dan pergi ketuanya.. Ketuanya mukanya kelihatan pucat dan berkata sambil tergagap.. kau boleh pergi katanya.. Saya pun pergi dari situ bersama dgn mak mertua saya dgn selamat.
Khusyuk baca.. Sebenarnya cerita ini hanya terdapat di dalam mimpi π΄ sahaja..ππππ€π€π€Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan