Rabu, 21 Julai 2021

KISAH DI PASAR BORANG

KISAH DI PASAR BORANG
Oleh:En Azman

Oleh kerana hari dah hampir gelap
Perjalanan balik ke rumah 🏠 pun masih jauh lagi..jadi saya mengambil keputusan mencari tempat utk bermlm.Cari punya cari jumpa lah rumah tumpangan dikawasan itu. Saya pun bertanya pada pekerja disitu.. adakah ada bilik kosong lagi.Dia beritahu kebetulan ada satu bilik kosong.. jadi saya menempah bilik tersebut.

Kami bertiga iaitu mak mertua,adik perempuan saya dan saya sendiri baru sahaja balik dari menghadiri majlis perkahwinan anak angkat mak mertua di selatan tanah air. Oleh kerana perjalanan balik masih jauh dan hari pun dah petang..Jadi saya memutuskan bermalam sahaja rumah tumpangan... boleh lah berehat menghilangkan lelah akibat penat memandu seharian.

Berbalik kisah dirumah tumpangan ..pekerja disitu pun memberi kunci bilik dan no bilik tersebut.Kami pun menuju seperti apa yg diberitahu.Sampai di bilik kami meletakkan bag masing-masing.. saya lihat bilik tersebut agak besar..ada ruang tamu ,ada satu lagi bilik tidur serta kemudahan tandas dan bilik air. 
Saya memutuskan utk tidur sahaja diruang tamu bila tidur nanti..biar adik perempuan saya dgn mak mertua tidur dibilik satu lagi.

Mak mertua saya berkata dia ingin keluar berjalan-jalan sebentar.Adik perempuan pula katanya hanya nak berehat dibilik sahaja. Manakala saya sendiri keluar bersembang dgn beberapa orang penginap di kawasan rumah penginapan tersebut.

Selepas saya kembali lagi di bilik rumah tumpangan.. saya dapati mak mertua tiada disitu..Jadi saya pun bertanya pada adik perempuan saya dimana mak..dia kata sejak dari tadi belum balik lagi.. jadi saya pun keluar mencarinya.. manakala adik perempuan..saya suruh dia tunggu sahaja dibilik...mana tahu dia balik.. boleh beritahu saya nanti.

Cari punya cari ..saya terjumpa satu pasar borong agak besar juga tidak berapa jauh dari rumah tumpangan yg kami sewa.Saya pun memasuki pasar terbabit ternampak mak mertua saya sedang mengangkat bakul buah disebuah gerai buah buahan.

Saya pun menghampiri mak mertua. Apa mak buat kat sini..Dia berkata dia disuruh dan dipaksa oleh tokey di gerai tersebut jika tak mahu di apa apakan..Saya pun menuju gerai buah itu dan bertanya mana tokey .. seorang pekerja tersebut beritahu boss keluar sekejap.Tidak berapa lama.. boss gerai buah itu pun datang. Saya pun beritahu padanya..agar tidak memperlakukan mak mertua saya sedemikian rupa.Saya cakap mentang- mentang makcik ini tua.. senang senang ko nak buli ya.. Saya pun marah pada tokey kedai buah tu..

Saya pun ingin bawa mak mertua keluar dari gerai buah-buahan itu ..baru beberapa langkah sahaja. tiba-tiba saya dihalang oleh beberapa orang disitu.Ada tiga orang semuanya.. seorang drpdnya berbadan besar dan tegap.

Ketuanya berkata.. ini kawasan mereka.. Jika nak keluar dari sini mesti menewaskan salah satu dari mereka..baru boleh keluar dari pasar borong ini. Baru saya sedar dlm hati.. rupanya saya berhadapan dgn abang kawasan.Baiklah.. saya berkata..tapi kamu semua jgn kacau Kami lagi kata saya. mereka pun berjanji akan melepaskan saya dan mak mertua jika permintaan mereka dipenuhi.

Ketua mereka berkepala botak berkata. Kau mesti kalahkan dia sambil menuding jari kearah org berbadan besar dan berotot.Kalau pada kiraan saya orang tersebut mesti ahli bina badan atau sekelas WWF.Org yg berbadan besar pun mara kehadapan dia pun berkata "
Aku bagi kau dulu pukul aku.. sbb lepas itu kau tak de peluang yg aku berikan selepas ini.. sambil ketawa di ikuti 2 rakannya yg lain..

Memandang kan lawan yg saya hadapi amat berat dan kuat. jika berlawanan dgn fizikal dan tenaga mesti dia yg menang.. dlm fikiran saya.. dgn senyap2 saya gunakan ilmu mengambil isi batin lawan dan menggunakan ilmu Bisa dan pemberat pukulan yg telah dialirkan tenaganya kedua tapak tangan.

Org yg berbadan besar pun berkata lagi.. marilah pukul aku jika berani..sambil ketawa.Tampa berlengah saya terus menumbuk di mukanya ...dia terundur 3 langkah kebelakangan sambil mengeluarkan berkata aduhhh..Tangannya memegang muka.. Hidungnya saya lihat berdarah.

Bangsat kau.. katanya dan menerpa kearah saya dgn menghayunkan penumbuknya πŸ‘Š..saya menunduk dan menyerang pula pada celah kangkang kemaluannya..Dia berteriak kesakitan.. sambil tangannya memegang kemaluannya..saya berginjak kebelakangan lalu menendang ponggongnya hingga dia jatuh tersungkur ke tanah . kesempatan itu saya ambil dgn berada diatas kepala nya dan menumbuk mukanya dgn bertubi-tubi.

Tiba-tiba dia menjerit.."cukup.. cukup.. cukup.. aku mengaku kalah.. jadi saya berhenti tidak memukul lagi.Terus saya bangun dan pergi ketuanya.. Ketuanya mukanya kelihatan pucat dan berkata sambil tergagap.. kau boleh pergi katanya.. Saya pun pergi dari situ bersama dgn mak mertua saya dgn selamat.

Khusyuk baca.. Sebenarnya cerita ini hanya terdapat di dalam mimpi 😴 sahaja..😁😁😁🀭🀭🀭Sekian.

Ahad, 4 Julai 2021

AYAT SERIBU DINAR - KUDIS BERAIR

KAKINYA KUDIS BERAIR
Oleh: Junied IT

Sudah jam 5.10 minit petang...apabila tiba-tiba seorang rakan sekerja lelaki masuk pejabat dan memberi salam...Sebaik saja ia duduk di kerusi depan..."entah kenapa ni kaki saya.." katanya sambil mengangkat kaki kanan naik atas meja dan diletak betul-betul dihadapan saya siap pakai sarung kaki perempuan...

" Saya pakai stokin perempuan...he..he..he.."katanya
segan-segan...tapi apabila ia membuka stokin tersebut lain pula 'pemandangannya'...Kakinya membengkak hingga ke buku lali...berpunca dari jari tengah kaki kanannya berkudis dan berair...sejak minggu lalu....Ia sudah ke hospital juga bomoh kampung...tapi kaki-nya semakin membengkak...

Kalau sudah masuk pejabat terus angkat kaki atas meja tu...rasanya rakan itu sudah terdesak mencari rawatan..Saya tak pernah merawatnya...ia biasanya lebih yakin kepada bomoh...tapi nampakny a kali ini...ia sudah terdesak...dan saya pun tak tanya nak minta rawat atau tidak...saya letak jari telunjuk pada hujung jarinya yang
berkudis air...Rakan itu beritahu...ia merasa laluan angin dari jari ters-
ebut ke bahagian lututnya...

Rakan itu menurunkan kakinya ke lantai...dan kali ini saya membaca Ayat Seribu Dinar...rakan itu beritahu ada gerakan semut-semut berkumpul atas belakang tumitnya...kemudian berpindah ke perut tapak kaki...Saya 'tarik cabut' melalui semua hujung jari kaki kanannya hingga semut-semut itu tak terasa lagi...
Saya beritahu rakan itu agar berpantang sementara pisang...telur ayam dan daging binatang 4 kaki...

Hari ketiga..rakan itu datang kerja dengan kasut hitambberkilatnya...nampaknya tak payah berselipar dan pakai stokin perempuan lagi..kudisnya sudah mula kering dengan izin Tuhan...

Biasanya bagi kudis berair...saya pasti gunakan Ayat Seribu Dinar...Kalau ia atas permukaan kulit...saya akan hadapkan ta-
pak tangan dan bacakan Ayat seribu Dinar...dan selalunya ia dirasa panas dan ada semut-semut bergerak...

Semut-semut itu adalah jin yang akan membebaskan angin beracunnya dan kulit menjadi berkudis dan berair.Kalau rawatan tak serasi.....ia mungkin bertahan berbu-
lan atau bertahun kemudian pada masa tertentu ia akan menjadi sangat gatal..dan apabila digaru..ia mungkin melarat...

Kadang-kadang pula ia akan kering dan hilang tapi akan muncul pula pada tempat lain...malah saya pernah berjumpa seorang nenek...badannya bengkak berair...keluar

SAKIT PINGGANG AKIBAT JIN KERIS

SAKIT PINGGANG AKIBAT JIN KERIS
Oleh: Junied imantherapy

Pernah jatuh bebarapa tahun lalu menyebabkan sedikit cedera pada tulang pinggangnya..namun A perasan...sejak ia menyimpan sebilah keris pemberian rakannya...bahagian pinggangnya itu mula terasa sakit.Keris itu telah ia kembalikan kepada rakan tersebut...namun pinggang nya terus sakit tiada perubahan.

Apabila A menutup mata dan menumpu kan perhatian...ternyata jelas padanya keris itu masih ada pada atas tapak tangan kanannya.Kerananya ia merasa tangan kanan hingga kesikunya terasa berat.Sebenarnya sakit pinggang A adalah dari sebab keberatan menangung berat jin keris yang menumpang tinggal dalam tangan kanannya.

Kalau batu anda rasa berat dan lenguh nya tangan menanggung...kalau jin anda tak rasa berat tapi anda anda akan merasa lenguhnya tangan sahaja.walau pun keris itu sudah dikembalikan...namun jin keris itu nampaknya lebih suka tinggal menumpang pada tubuh A.Maka keris yang dikembalikan itu sudah kosong dan pada pandangan mata jin...keris sebenar masih ada pada tapak tangan A.

Untuk 'scan' benda sihir atau tangkal azimat biasanya saya akan meminta rakan yang minta scan mengucapkan kata khususnya..." Ya Allah sekiranya ada tangkal azimat atau benda-benda sihir menumpang pada badan saya tidak kira dari mana juga asalnya...maka Ya Allah tunjuk-kanlah kepadaku......

maka saya akan membaca fatihah 3 kali sambil niatkan berserta tumpuan ke tapak tangan kanan dan kirinya...mudah-mudahanTuhan menampakkan sekiranya ada benda sihir atau tangkal azimat. Sekiranya ada dan di izinkan Tuhan. mula-nya ia akan merasa ada sesuatu atas tapak tangannya...samada berat atau rasa benda atau panas dan sebagainya...

kemudian ..kalau Tuhan izinkan lagi...ia akan nampak benda tersebut...dan kalau Tuhan izinkan lagi...ia akan nampak atau merasakan asal usul benda tersebut.. termasuk tuan asal-nya.Mungkin gangguan pada seseorang itu adalah dari sebab tangkal azimat atau benda sihir yang pernah dicarinya...samada masih dalam simpanan atau sudah hilang...atau ia sekadar anda pernah nampak tapi tak sedar jin benda itu datang kepada anda.

 atau ia mungkin azimat seseorang yang sudah meninggal dan jin benda itu men-cari tubuh manusia yang disukai nya. sedangkan anda tidak kenal atau ada kena mengena dengan orang tersebut. Dengan kata lain ia jadi jin saka tanpa anda sedari.

Untuk memusnahkan tangkal itu sekurang-kurangnya anda membaca Ta awwuz 3 kalidan tiup kuat benda itu dengan niat untuk menghancur jamnya. ulang tiupan kalau terasa masih ada.. atau baca fatihah...Ayat Kursi atau takbir tujuh kali sebelum meniupnya.Apabila tangkal itu musnah maka jika jin-nya ada dalam badan anda...maka biasa-nya ia juga akan hilang begitu saja...dan kesan sihirnya juga akan turut hilang dari badan anda.Ini kerana kekuatan jin dan sihirnya itu bergantung kepada tangkal atau benda sihir yang ada pada tapak tangan anda secara 'ghoib'.

Ini juga bahayanya memegang atau men-yentuh benda berjin atau sihir.. kerana boleh jadi pada saat itu juga jinnya tinggal atau masuk ke dalam tangan anda bersama bayangan benda itu di alamjin.

 ( contohnya keris alam manusia.. kembarnya adalah keris yang sama tapi di alam jin...maka keris alam jin itulah yang akan berpindah kepada anda. Namun nampak di sini bukanlah sesuatu kelebihan tapi tandanya ada angin bisajin tersebut pada anda...tapi ia sangat berguna untuk proses rawatan atau pe-misahan...

AYAT 1000 DINAR-CINCIN EMAS PEMANIS

 EMAS PEMANIS
oleh :Junied Imantherapy

.Apabila ibu itu menutup mata...saya bacakan fatihah 3 kali berserta pernafasan.Sudah hampir sebulan kulit muka ibu dirasanya sangat gatal sehingga ia menggaru-garu tak sedar semakin merosakkan kulit mukanya sendiri.Sebenarnya hampir setahun lalu ia membeli sebentuk cincin emas dari sebuah kedai Cina.Tak disedarinya ketika itu...ternyata cincin itu punya sihir pemanis...maka tak hairan kalau ramai lelaki yang meminati malah tergila-gila padanya walaupun setelah tahu ia sudah pun bersuami.

Apabila ia menumpukan perhatian ia dapat melihat ruang dalam bilik-nya di tingkat atas dengan jelas tapi tidak ada yang menarik perhatian.Namun apabila ia menumpukan perhatian...ia nampak satu lembaga berupa perempuan berpakaian putih mengintainya. Ia adalah jin yang selalu singgah pada sepohon kayu yang terletak berhampiran rumah ibu tersebut.

Ibu itu dapat merasakan jin tersebut terpesona melihat wajahnya...dan selalu mengintainya...terutama sekitar jam 2 pagi.Ketika itu lahsi ibu terasa mukanya sangat gatal dan menggaru-garu keras tak sedar mencederakan kulit mukanya sendiri.Puncanya kerana jin betina yang biasanya kita panggil pontianak itu mahu wajah si ibu sama seperti kulit mukanya yang hodoh menggerutu...dan semuanya berpunca dari daya tarikan aura cincin pemanis tersebut.

Belum sempat apa-apa...si ibu beritahu jin itu dah cabut lari terbangdan menghilang namun ia merasakan jin itu tidak lagi akan datang kepadanya.Si ibu mersakan mukanya panas tanda bisa jin itu masih ada...saya bacakan ayat Seribu Dinar berserta pernafasan memusnahkan saki baki angin bisa jin tersebut dengan izin Tuhan.

Si ibu segera menanggalkan cincin yang ketika itu sedang dipakainya.Setakat yang di 'scan' menunjukkan aura pemanis jin itu adalah dari lelaki Cina tuan punya kedai tersebut...ia mungkin dari amalan pelaris keluarga terdahulunya yang biasanya membakar colok dan meletak tulisan tertentu atau patung di kedai sebagai pelaris.

Sentuhan dari penjual itu sudah cukup memindahkan aura bisa jin sakanya kepada cincin berkenaan...dan anda kalau kebetulan membelinya...boleh dapat jin saka baru.
Wallohu a'lam

TA"AAWWUZ VS SAKA JIN TUA

SAKA JIN TUA
Oleh: Junied Imantherapy 

Apabila remaja perempuan itu L menutup mata dan menumpukan perhatian...tiba-tiba tubuhnya mengg-eletar ketakutan.Ia melihat neneknya  yang  sudah  lama meninggal dunia duduk di tangga depan rumah lama yang sebenarnya juga sudah lama dirobohkan.

Neneknya  itu   berbaju   kurung   dan  bertudung sedangkan masa hidupnya tak pernah berpakaian sedemikian kerana neneknya itu bukan Islam.Apabila L mengucapkan kata pemutus..bayangan nenek  juga  rumah  lama  itu  hilang tapi kemudian muncul semula...kali ini dgn  rambut putih mengerbang...bermata merah merenung L dengan cahaya kemarahan.

Kali ini neneknya itu muncul di tengah rumah lama di kampung...dan rumah itu masih ada.Biasanya tanda sedemikian menunjukkan nenek jelmaan jin saka itu akan menentang atau menyerang.Apabila L beritahu ada tongkat pada tangan makhluk itu...saya gunakan ayat "Afahasibtum "berserta pernafasan serta gerak peletup.Dengan izin Tuhan L mem beritahu tongkat itu ber-kecai...dan nenek itu juga hilang dengan kesan tubuhnya seperti berkecai sama

.Bagi saya ianya  satu ' kemalangan '...saya tidak sasarkan tubuh jin tua tersebut...hanya pada tongkat...tapi mungkin kekuatan sihirnya agak banyak bergantung pada tongkat tersebut men-yebabkan tubuhnya turut berkecai. 

.Saya berpendapat tongkat itu menyim pan kekuatan serta sokongan sihir hasil daripada pemujaan serta persembahan manusia kepadanya.Tapi secara teorinya kelebihan jin itu tubuhnya agak kebal kepada serangan rawatan atau Rukyah. 

kalau cedera pun cepat pulihnya kerana kekuatan-sihirnya yg sebenar tersimpan dalam tongkat itu.Maka untuk menjimat kan masa dan tenaga...anda cuma perlu musnahkan tongkatnya.

Cara lebih mudah untuk memusnahkan tongkat itu...minta pesakit yg melihatnya membaca "A uuzu billaahi minasshaitoo nirrojiim " 3 kali...kemudian tiup kuat dan cepat tongkat itu dengan niat untuk meng hancurkannya...InshaAllah..Wallohu a'lam