Rabu, 22 Januari 2020

MERAWAT DIRI

Petua Fatihah 11 DAN 3 Qul Pernafasan. ( Rawatan Diri )
Baca...1. Istighfar...3x
2. Bismillah...3x
3. Shahadat...3x
4. Salawat...3x

Angkat tangan seperti berdoa...dan dekatkanke mulut sehingga anda dapat merasa nafassampai pada tapak tangan semasa membaca-nya.

5. Baca fatihah 11 kali...dengan bersuara...bukan berbisik...sekurang-kurangnya andadengar suara anda sendiri.
6. Tiup perlahan-lahan ke tapak tangananda sambil berdoa dalam hati..."ya Allah sembuhkanlah dan hilangkanlah penyakit saya...Ya Allah...musnahkanlah dan hilangkanlah segala gangguan dalam tubuh saya.......

sebelum nafas habis di tiup...tutup muka anda rapat-rapat...kemudian tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dan dalam-dalam.
7. Setelah habis  nafasditarik....tahan nafas anda....dengan mata dipejam agar anda dapat menumpukan perhatian ke dalam tubuh anda sendiri.
8. sapu kedua tangan ke atas kepala...turun ke belakang kepala... ke tengkukkemudian sapu badan anda di mana sajadapat di capai hingga ke hujung dua kaki.
9. Duduk tenang semula... kemudian lepaskan nafas melalu hidung perlahan-lahan.

Sebarang tindakbalas menunjukkan anda ada gangguan... ada yang merasa badannyahangat... atau panas...jantung berdebar lebih kuat...dan sebagainya...dan ada pulayang merasa tubuhnya lebih sihat dan ringan...atau sebagainya. Kalau jantung berdebar atau ada tempat tiba-tiba sakit maka rawat dengan petua menghancurkan jin dalam badan ( kisar )yang ada dalam blog ini untuk mengeluar-kannya. Berdebar itu kerana ada jin dalam jantungatau tempat sakit.
10.Ulang langkah-langkah di atas tapi dengan3 Qul dibaca tiga-tiga kali kemudian tiup tapak sapu muka dan seterusnya seperti tadi.
11.Penutupnya baca La haula walaa Quwwataillaa billaah...3 atau 11 kali pada tapak tangan dan tiup serta sapu seperti tadi juga.

Kalau anda tahu baca Ayat Kursi maka bacadan sapu sebelum penutup... baca sekali saja tapi ayat akhirnya mula walaa...baca 11 kali.Ia di amal pagi petang untuk amalan pen-dinding juga merawat diri sendiri...

bagi wanita cuti bulan amalkan terus denganniatkan baca doa semua suroh-suroh tadi.Boleh juga dibaca pada mana-mana masayang anda pilih sebagai tambahan ataurawatan. 
Pantang sementara makan buah pisang...telur ayam dan daging binatang berkaki4...kerana ia boleh mengaktifkan gangguan atau menguatkan jin yang sakit lemah darisebab rawatan atau amalan pendinding.

Buat juga air doa sendiri...boleh guna semua ayat dan suroh di atas dengan merapatkan bibir ke muncung botol semasa membaca-nya....atau ikut sekadar seperti pada tajukcara buat air doa sendiri sebagai minuman harian secara berterusan...Insha Allah...Wallohu a'lam

Khamis, 31 Oktober 2019

SAKIT MATA

Mata adalah salah satu anugerah terbesar yang diberikan oleh Allah SWT kepada semua hamba-Nya. Dengan mata kita bisa melihat indahnya dunia, bisa melihat mana hal-hal yang baik dan mana hal yang buruk. Maka bersyukurlah kita semua hinggasampai saat ini masih diberi anugerah yang luar biasa, kenikmatan yang begitu nikmat yakni kesehatan mata.

Ketika kita dicoba dengan cobaan sakit mata, tentu ini sangat mengganggu penghilahatan kita, kita tidak bisa menikmati indahnya alam semesta dengan sempurna, tidak seperti biasanya saat mata kita sehat. Maka bersyukurlah bagi kita semua yang masih diberi kesehatan. Namun jika ada teman-teman yang kebetulan sedang sakit mata, jangan lupa berusaha untuk menyembuhkannya. Selain itu juga jangan lupa untuk berdoa agar supaya penyakit yang mengganggu penglihatan kita ini cepat di angkat oleh Allah SWT. Bolehkah?

Doa Mengobati Sakit mata lengkap dalam bahasa arab, tulisan latin dan terjemahannya
.شِفَاءُ كُلِّ دَاءٍ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

SYIFAA-U KULLI DAA-IN BIROHMATIKA YAA ARHAMAR ROOHIMIINA
Artinya :Obat dari segala penyakit. Dengan ramah-Mu Wahai Dzat Yang Paling Penyayang dari semua yang penyayang.
*Boleh juga baca doa seperti dibawah ini.⬇️

Itulah bacaan doa ketika sakit matayang bisa kita amalkan. Semoga dengan usaha serta doa kita untuk mengobati penyakit yang ada pada diri kita, Allah SWT segera mengangkat penyakit-penyakitnya. Amin, dan selalu diberi kesehatan oleh-Nya baik kesehatan jasmani dan rohani. Semoga bermanfaat. Amin.

Isnin, 28 Oktober 2019

HAMPIR DI SANTAU

HAMPIR DI SANTAU
Ikhsan Dari:En Azman

Pernah satu ketika dulu.. semasa Ayah Azman muda dahulu dia bekerja diluar Selangor dengan beberapa rakan kerjanya iaitu di teluk Anson Perak.Mereka bekerja sebagai pemetik jagung.Pada waktu itu.. kerja sebegitu memang memerlukan pekerja yang ramai.

Selepas balik bekerja ..ayah Azman dgn beberapa rakannya.. singgah disebuah warung untuk mengalas perut.Dah tentulah mereka lapar..
maklumlah masa bekerja.. banyak menggunakan tenaga.mereka pun
memesan air dan makanan.

Makanan yang dipesan belum tiba. .tapi air dahulu yang sampai. Oleh kerana mereka merasa letih dan dahaga.. salah seorang dari mereka cuba mengambil gelas yang berisi air itu..dan tiba-tiba gelas itu meletup dan air dalam gelas tersebut tumpah dimeja.Semua orang yang berada didalam warung itu terkejut dan
memandang kearah ayah Azman dan rakan-rakannya.Bukan sahaja mereka bahkan Jamil ( ayah Azman) sendiri pun terkejut.. kerana ia berlaku didepan mata nya sendiri.

Orang yang cuba memegang gelas itu tidak lain dan tidak bukan.. adalah "Gibut"Panggilan nama popularnya dikalangan teman-teman.Gibut adalah adik kepada Ayah Azman.Dia sudah lama meninggal dunia akibat penyakit kencing manis.

Akibat terkejut dengan apa yang berlaku tadi.. Jamil dan rakan-rakannya pun sepakat membatalkan pesanan mknan Yang mereka pesan. Walaupun mereka lapar dan dahaga. Mereka tetap bersyukur sebab terlepas dari terkena santau.

Adik ipar Azman "Khairul"pun pernah men ceritakan yang dirinya.. hampir terkena santau.Padahal katanya.. warung makan itu selalu dikunjunginya.Entah mengapa masa itu..Air teh o suam yang berada digelas dengan tiba-tiba pecah .Pelangan yang berada diwarung itu.. semua melihat nya.Bad(Khairul) memesan kembali teh o Suam.. ternyata kejadian tadi kembali terjadi..iaitu gelas tersebut pecah. Jadinya dia tak jadi makan diwarung tu.Sebelum balik dia ingin membayar air yang dipesan tetapi taukeh warung. engan menerima Sebab bukan kesalahan Khairul dan dia pun belum meminum air tersebut.

BERTEMU BUKU DENGAN RUAS

BERTEMU BUKU DENGAN RUAS
Ikhsan Dari:En Azman

Azli telah berpindah ke tempat Kerja yg baru.Tempat kerjanya Yang lama di Subang jaya dirasakan tidak memberi masa depan yg cerah untuk jangka masa yg panjang bagi Keluarganya. Majikan ditempat Kerja lama tidak menjaga kebajikan pekerjanya sendiri..lebih perit lagi ada yg pilih kasih dari segi kenaikan gaji.Jadi keputusan berhenti dan bekerja ditempat baru lebih masuk akal daripada bertahan dan berkerja dgn keadaan yang tidak selesa.

Di Tempat kerja barunya di seksyen 16 adalah kilang minuman berjenama Yeo's.Disana kerjanya lebih terjamin dan gaji pendapat bulanan juga agak baik. Jarak dari rumahnya di Saujana putra ke Shah alam pun tidak berapa jauh.

Semasa bekerja di tempat baru itu ada satu perkara mistik yg berlaku.Ramai pekerja disitu diganggu oleh makhluk halus..terutamanya bila bekerja di sebelah mlm.Ada pekerja yg balik mlm dari habis bekerja ditumpangi,Ada juga yang ke tandas Waktu mlm.. sudah terpacak Mahluk itu didepan pintu tandas dan berbagai lagi gangguan diterima pekerja Yeo's.Namun itu semua tidak diendahkan oleh Azli.. Baginya dia hanya mencari rezeki yg halal utk keluarganya.

Namun pada suatu mlm.. apabila tiba gilirannya.. bekerja di sebelah mlm..masa tu dia berasa sakit perut dan ingin ke tandas yg letaknya agak jauh sedikit dari operasi kerjanya iaitu di kentin syarikat. Dibelakang kentin pula adalah tempat penyembelihan lembu.Dan bila mana.. hujan akan ada bau hanyir darah yg agak kuat.Oleh kerana ingin melepaskan hajat. nak tak nak.. walaupun seorang dia perlu juga gagahi kesana.

Sampai di tandas kentin.. dia pun masuk ketandas.Dlm tandas tiba-tiba Azli ter- dengar ada bunyi pintu tandas sebelah dibuka tutup berulang kali. Azli pun ber- suara dgn benda tu.."Kau jangan kacau la.". bunyi itu berhenti sebentar diganti pula.. bunyi tapak kaki berjalan dihadapan pintu tandas azli.Sekali lagi Azli berkata dgn Mahluk itu.."Lantak lah kau"Azli pun malas menghiraukan bunyi- bunyi itu lagi.

Setelah selesai.. Azli pun keluar dari tandas dan dengan tiba-tiba ada angin menerpa ke arahnya dari belakang. Serentak dgn itu Azli merasa dia seperti memikul sesuatu seperti benda yg berat dibelakang badannya. Bahunya terasa panas dan ada rasa cengkaman seperti kuku yang tajam. Namun demikian.. Azli bukan selemah yang disangka.. Ibarat bertemu buku dgn ruas.Dia tenangkan diri sambil menarik nafas.Bila sudah cukup nafas ditarik..dia menahan sebentar dan menghembus nafas dengan keras melalui hidung. Akibat dari tindakan Azli itu.. Mahluk tersebut melambung dan ter- terhumban. Beban berat dan cengkaman dibahu Azli pun dirasakan hilang serta merta.

Oleh kerana geram diserang curi oleh Mahluk itu.. Azli mencabar Mahluk itu agar berhadapan dgn nya. Tetapi Mahluk itu hanya muncul sebentar lalu menjauh sedikit demi sedikit.. lalu mengecil dan terus hilang. Selepas dari peristiwa itu.. Azli tidak pernah lagi diganggu Walaupun dia bersendirian ditempat kerja.

TANGISAN SEPANJANG JALAN

TANGISAN SEPANJANG JALAN
Ihsan Dari: En Azman

Pada tahun 2014"Semasa Arwah mertua En Azman hidup lagi..Mahadi ( mertua Azman) telah mengajak Azman pergi ke Ipoh , PERAK.iaitu di kg Dato Ahmad Said tempat lama ayah mertua semasa dia bujang utk berhari raya dgn kawan-kawan lamanya disana.

 Azman bersetuju dgn saranan bapa mertuanya memandang kan dia masih  ada lagi cuti raya tiga hari lagi. Bertolaklah Azman bersama isteri dan  bayinya yg masa itu berusia 9 bln serta ayah dan ibu mertuanya dlm satu kereta.Sampai di Ipoh di kg Dato Ahmad Said..

 Azman melihat Jln ke kg itu berbukit bila mendaki memang tak nampak la.. kenderaan dihadapan dan turun pun curam.. Jika tidak berhati-hati boleh menyebabkan kemalangan.
 Selepas berhari raya dgn kawan 2 lama ayah mertua dan saudaranya disana tibalah masa utk pulang iaitu di Tanjong karang, Selangor.

 Azman bertolak agak lewat iaitu dlm pukul 3.30ptg.Dlm perjalanan pulang Azman mengunakan jln dlm bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas maklumlah kenderaan banyak Tengah mood raya katakan.

 Dlm tengah perjalanan itu hari sudah
 gelap lebih kurang pkl 8 mlm disebabkan hujan yang turun memperlambatkan lagi kelancaran Perjalanan.Tiba-tiba bayi di Azman menangis.. Isterinya memeriksa anaknya mungkin Lampin basah ternyata tidak,Diberikan susu dia tidak  hendak.. hanya 😭 menangis dgn mata terpejam.
 
Jadi semua org yg ada dlm kereta
Memujuk anak Azman agar berhenti menangis ternyata gagal. Sampai didengar kan Azan dan ayat kursi mengunakan Handphone pun tiada perubahan. Akhirnya sepanjang jln dia menangis dan hanya berhenti menangis bila dia tertidur.

 Bila sampai di Tanjong karang Ayah mertuanya menyuruh Azman Pergi berubat dgn org yg pandai dlm hal2 gangguan sebegini. Jadi Azman tidak membantah dan tidak balik kerumah hanya terus menuju Kerumah org yg dimasudkan.

Sampai disana bayi si Azman Diubatkan dan anak mereka Pulih seperti biasa.Mengambil iktibar dari peristiwa itu.Azman bertekad untuk mempelajari ilmu rawatan Walaupun bukan utk jadi perawat tetapi boleh digunakan Jika ada keperluan kecemasan ataupun untuk keluarga sendiri tanpa perlu bergantung  kepada org lain lagi.

MINYAK BIDARA

Pada 28.10.2019 Mazlan telah datang ketempt Azman di Seri Manja, petaling jaya.Sebetulnya
sehari sebelumnya dia hendak datang.. tetapi oleh kerana hujan ditempat Mazlan.. manakala
Hujan yang turun pun lama.jadi
Dia membatalkan hasrat tersebut.

Sesampainya Mazlan di seri manja.. Azman membawa Mazlan di kedai makan tidak berapa jauh dari kediaman Azman.Dikedai itu seperti biasa Mazlan hanya minum sahaja. Pada anggapan Azman sahabatnya
itu ingin menjaga dirinya dari termkn
benda kotor.. maklumlah dia boleh nampak apa yang kita tidak nampak. Bagi kita yang tidak mampu melihat Makhluk halus ini semuanya kita bedal.

Itulah kelebihan yang dikurniakan
Tuhan pada si Mazlan.Tapi ada
Kelemahan juga.. kita boleh makan apa yang kita hendak..Tampa ada rasa was-was berbanding Mazlan.
Disisi lain..Jika kedai makan tersebut
guna pelaris.. kita yang tidak nampak
akan kena dulu berbanding dia. Jadi
ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Azman dan Mazlan pun berbual
Berbagai topik termasuk cerita
Mengenai Minyak Dagu yang
Pernah Mazlan ubati pada seorang pesakit wanita. Katanya kes terkena
minyak dagu adalah kes tergolong ketegori berat..mahar rawatan juga agak tinggi sebab ia melibatkan sihir.
Katanya lagi minyak tersebut di
perbuat dari minyak dagu mayat anak dara yang telah meninggal dunia dan kebanyakan minyak dagu ini diperolehi di selatan Siam. Minyak
Ini memang ampuh untuk memikat.

Semasa bercerita Azman perhatian.. Mazlan agak tidak sihat.Bila ditanya kepadanya..dia mengatakan ada sakit kepala, selsema dan bila batuk
Ada mengeluarkan darah. Tampa berlengah Azman mengeluarkan sebotol minyak kecil dari bang milik
Azman. Azman menyuruh Mazlan mencuba minyak itu. 

Selepas Mazlan mencuba guna 
Minyak di dalam botol kecil itu di
Kepala dan beberapa tempat lain.
Selang beberapa minit...Mazlan berkata pada Azman dia dah rasa kurang sakit. Rasa bisa-bisa dan sakit kepala berkurangan.. kepala pun dah rasa ringan dan lega.

Azman ucapan "Alhamdulillah"
Semua dengan izin Allah.
Memandangkan cuaca tidak begitu mengizinkan.. pada petang itu. 
Kerana Langit diawan kelihatan berwarna hitam mungkin itu tanda
hujan akan turun.. Mazlan meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang Dia mengucapkan terima kasih kepada Azman sebab dapat meng gunakan minyak bidara kepunyaan Azman .

HOBI YANG BERISIKO

HOBI YANG BERISIKO
Ikhsan Dari:En Azman

Satu hari mak mertua Azman di tanjung  karang menalifonnya. Dia meminta Azman melihat-lihat suaminya lepas balik dari memancing. tiba-tiba ibu jari kaki kanan bengkak dan sakit pinggang. katanya lagi ubat klinik dan sapu dah diberi.. tetapi hanya dapat memberi kesan sementara sahaja.Bila habis kesan ubat itu..ia..akan jadi kembali sakit.

Azman cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh mak mertua yang popular dipanggil "bibit "oleh orang kampung. Azman berkata pada mak mertua jangan bimbang. .Dia akan cuba membantu apa yang boleh.oleh kerana waktu itu pertengahan bulan.. dan jarak dari Seri manja ke Tanjung karang mengambil masa 1 setengah jam.. belum lagi diambil kira kos minyak dan tol.Jadi Azman mengambil keputusan merawat dari jarak jauh sahaja.

Selepas solat Isyak.. Azman pun mula merawat ayah mertuanya iaitu "Mahadi" berpandukan foto terbaru yg dikirim oleh mak mertuanya. Setelah di scan ada Mahluk halus mengikutinya pulang dari memancing masuk melalui ibu jari kaki dan tinggal di pinggang. Azman mem- baca "lahaulawala quwataillabilla".azman menarik Mahluk tersebut dan dibuang. Manakala laluan masuk dari hujung kaki ke pinggang dimusnahkan.

Pada keesokan pagi.. sebelum pergi kerja.. Azman didatangi oleh Azli adik Azman yg kedua.Dia dibilik sebelah.masa itu adik lelakinya itu belum berkahwin .. duduk sementara Sehingga dia dpt rumah sewa.Dia ada beritahu yang mlm tadi Dia bermimpi ada 2 Mahluk halus yg cuba masuk kerumah tetapi tidak dpt masuk seperti ada pagar menghalangi mereka. Azli nampak Mahluk itu di dalam mimpi dan memberi amaran pada kedua Mahluk itu. Selepas itu Mahluk tersebut menghilang.

Azman pun berterus terang apa yang berlaku mlm itu.. dan Azli pun faham penjelasan Azman.Sebenarnya Azli itu mempunyai ilmu yg sama dgn Azman. Cuma bezanya Azli terlebih dahulu mempelajari ilmu Tris berbanding Azman yang lambat sedikit.

Hobi memancing ini, adalah hobi yg berisiko.. masakan tidak.. Mereka yg mempunyai Hobi ini tidak peduli bahaya yg Datang sama ada bahaya nyata atau pun yang tidak nyata. kadang-kadang ada yang sanggup mengabaikan keluarga.. demi keinginan mereka utk memancing tercapai.