TANGISAN SEPANJANG JALAN
Pada tahun 2014"Semasa Arwah mertua En Azman hidup lagi..Mahadi ( mertua Azman) telah mengajak Azman pergi ke Ipoh , PERAK.iaitu di kg Dato Ahmad Said tempat lama ayah mertua semasa dia bujang utk berhari raya dgn kawan-kawan lamanya disana.
Azman bersetuju dgn saranan bapa mertuanya memandang kan dia masih ada lagi cuti raya tiga hari lagi. Bertolaklah Azman bersama isteri dan bayinya yg masa itu berusia 9 bln serta ayah dan ibu mertuanya dlm satu kereta.Sampai di Ipoh di kg Dato Ahmad Said..
Azman melihat Jln ke kg itu berbukit bila mendaki memang tak nampak la.. kenderaan dihadapan dan turun pun curam.. Jika tidak berhati-hati boleh menyebabkan kemalangan.
Selepas berhari raya dgn kawan 2 lama ayah mertua dan saudaranya disana tibalah masa utk pulang iaitu di Tanjong karang, Selangor.
Azman bertolak agak lewat iaitu dlm pukul 3.30ptg.Dlm perjalanan pulang Azman mengunakan jln dlm bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas maklumlah kenderaan banyak Tengah mood raya katakan.
Dlm tengah perjalanan itu hari sudah
gelap lebih kurang pkl 8 mlm disebabkan hujan yang turun memperlambatkan lagi kelancaran Perjalanan.Tiba-tiba bayi di Azman menangis.. Isterinya memeriksa anaknya mungkin Lampin basah ternyata tidak,Diberikan susu dia tidak hendak.. hanya 😠menangis dgn mata terpejam.
Jadi semua org yg ada dlm kereta
Memujuk anak Azman agar berhenti menangis ternyata gagal. Sampai didengar kan Azan dan ayat kursi mengunakan Handphone pun tiada perubahan. Akhirnya sepanjang jln dia menangis dan hanya berhenti menangis bila dia tertidur.
Bila sampai di Tanjong karang Ayah mertuanya menyuruh Azman Pergi berubat dgn org yg pandai dlm hal2 gangguan sebegini. Jadi Azman tidak membantah dan tidak balik kerumah hanya terus menuju Kerumah org yg dimasudkan.
Sampai disana bayi si Azman Diubatkan dan anak mereka Pulih seperti biasa.Mengambil iktibar dari peristiwa itu.Azman bertekad untuk mempelajari ilmu rawatan Walaupun bukan utk jadi perawat tetapi boleh digunakan Jika ada keperluan kecemasan ataupun untuk keluarga sendiri tanpa perlu bergantung kepada org lain lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan