Ihsan Dari: Encik Azman
Beberapa bulan yg lepas.. Keluarga Azman bersama keluarga abg ipar dan keluarga adik iparnya telah membuat Family Days dijanda baik...pahang. Mereka telah menyewa khemah⛺ 3 hari dua malam disana.
Pada mlm pertama tiada apa-apa berlaku dan pada mlm kedua mereka membuat BBQ.. Ada acara istimewa iaitu meraikan hari lahir ibu mertua yg ke 63 tahun.
Kek🎂 dibeli oleh kakak ipar,dan sebelum acara belah kek ..🍰 En Azman disuruh untuk membaca doa selamat.
Ada satu kejadian dimana semasa tegah makan2 adik ipar Azman dihinggapi seekor belalang pelesit..Bila Azman nampak je.. dia berkata pada Hafiz adik iparnya jangan bergerak.. Hafiz mematuhi kata-katanya. Belalang tu hinggap di lengan tangan kanan bersebelahan dengan Azman duduk.
Lalu dijentiknya belalang tersebut oleh Azman dan belalang itu jatuh ke tanah.. yang peliknya belalang itu terus mati dengan satu jentikan. Jadi Azman beranggapan itu belalang liar .. maklumlah tapak khemah Azman bersebelahan dengan sungai air terjun.
Malam tu.. Azman terbangun pukul 3 pagi kerana terasa ingin buang air kecil.Dia keluar khemahnya dan terkejut bila dilihat semua khemah dikerumuni banyak belalang pelesit jenis itu.. Nak balas dendam kot .. dlm hati En Azman berkata-kata. kawannya mati..😀
Oleh kerana Azman je yang bangun waktu itu dan tak nak menganggu yang lain sedang tidur.. jadi"dia je menghalau semua belalang itu.. Bila dah pastikan dah tak ada lagi.. baru Azman mula memagar semua kawasan khemah mereka dengan pagar gaip(Ayat kursi+Ayat Yasin)..
En Azman menunggu dalam beberapa minit.. utk pastikan belalang tersebut tidak dtg kembali..manalah tahu..kot2 belalang tu .. datang lagi.. Nampak nya tiada.. Alhamdulillah. Azman berkata dlm hati. Jadi Azman pergi ke tandas yg tidak jauh dari khemah dan kembali menyambung tidur 😴
Tiada ulasan:
Catat Ulasan