Isnin, 28 Oktober 2019

SUARA SIAPAKAH ITU

SUARA SIAPAKAH ITU
Oleh: En Azman

Pada tahun ini 2019 berhari raya ada kelainan sedikit..kerana raya tahun ini ada sedikit cerita mistik yang berlaku.

Sudah menjadi kebiasaan bila berhari raya di sebelah mertua di Tanjung Karang.. akan ada group baraan antara family( mak bibit) panggilan popular mak mertua Azman pada hari raya keempat.
Tahun ini raya keempat jatuh pada hari Sabtu 08.06.2019
  
Semua saudara mara belah mertua akan berkumpul dan mula menziarahi antara satu sama lain hingga akhir.Permulaan
Baraan akan berkumpul di Ijok dan baraan akan berakhir di hutan melintang Perak. 

Acara ini akan diadakan setiap tahun hari raya. Antara faedahnya berkumpul,dan memperkenalkan ahli keluarga masing-masing yang lama atau yang baru,mana yang dapat menantu dan cucu baru juga diperkenalkan kepada seluruh ahli group berkenaan.

Selama ini mana yang tak kenal.. boleh bersua kenal..selain itu ia juga dapat mengerat kan tali silaturrahim. Jadi meriah lah hari raya dengan gelak ketawa
Kanak-kanak,orang dewasa dan sesama saudara.Ketua Baraan orang sawah sempadan..dan tukang baca doa adalah Kamal menantu jirannya makbibit.
  
Fatin bersama suaminya Firdaus dan anak-anaknya seramai 4 orang itu juga tidak ketinggalan mengikuti baraan family. Dia adalah menantu kepada mak bibit. Fatin naik satu kereta dengan kakak iparnya bernama Saly.
  
Semasa berhari raya rumah yang kedua di Ijok..Ada org telah menalifon Fatin.. Orang itu telah bertanya padanya adakah dia tertinggal anak.. Fatin pun menjawab.. bahawa semua anaknya telah dibawa bersama. Jadi orang itu berasa pelik... kerana dia ada terdengar suara anaknya memanggil namanya.
   
Katanya lagi dia mendengar suara anaknya dalam rumah memanggil namanya.. mama..,!mama..!tunggu... !
Pada kiraannya orang itu.. mungkin Fatin ada tertinggal anaknya di dalam rumah.. 

Oleh sebab itulah dia menalifon Fatin untuk kepastian. Orang yang menalifon Fatin itu adalah jirannya sendiri.Rumah nya hanya beberapa meter Sahaja dari rumah Fatin.
 
 Kejadian tersebut telah diberitahu oleh mak bibit mak mertua Azman.. Azman hanya mendengar apa yang disampaikan kepadanya. Bagi Azman perkara itu tidak perlu diperbesarkan.. lagipun dia bukan menganggu manusia pun.    

Hanya satu yang bermain di fikiran Azman.. Persoalannya Jika Fatin membawa semua anaknya berhari raya.. Jadi..suara siapakah itu ... So..milik siapa kah suara yang didengari jirannya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan