HAMPIR DI SANTAU
Ikhsan Dari:En Azman
Pernah satu ketika dulu.. semasa Ayah Azman muda dahulu dia bekerja diluar Selangor dengan beberapa rakan kerjanya iaitu di teluk Anson Perak.Mereka bekerja sebagai pemetik jagung.Pada waktu itu.. kerja sebegitu memang memerlukan pekerja yang ramai.
Selepas balik bekerja ..ayah Azman dgn beberapa rakannya.. singgah disebuah warung untuk mengalas perut.Dah tentulah mereka lapar..
maklumlah masa bekerja.. banyak menggunakan tenaga.mereka pun
memesan air dan makanan.
Makanan yang dipesan belum tiba. .tapi air dahulu yang sampai. Oleh kerana mereka merasa letih dan dahaga.. salah seorang dari mereka cuba mengambil gelas yang berisi air itu..dan tiba-tiba gelas itu meletup dan air dalam gelas tersebut tumpah dimeja.Semua orang yang berada didalam warung itu terkejut dan
memandang kearah ayah Azman dan rakan-rakannya.Bukan sahaja mereka bahkan Jamil ( ayah Azman) sendiri pun terkejut.. kerana ia berlaku didepan mata nya sendiri.
Orang yang cuba memegang gelas itu tidak lain dan tidak bukan.. adalah "Gibut"Panggilan nama popularnya dikalangan teman-teman.Gibut adalah adik kepada Ayah Azman.Dia sudah lama meninggal dunia akibat penyakit kencing manis.
Akibat terkejut dengan apa yang berlaku tadi.. Jamil dan rakan-rakannya pun sepakat membatalkan pesanan mknan Yang mereka pesan. Walaupun mereka lapar dan dahaga. Mereka tetap bersyukur sebab terlepas dari terkena santau.
Adik ipar Azman "Khairul"pun pernah men ceritakan yang dirinya.. hampir terkena santau.Padahal katanya.. warung makan itu selalu dikunjunginya.Entah mengapa masa itu..Air teh o suam yang berada digelas dengan tiba-tiba pecah .Pelangan yang berada diwarung itu.. semua melihat nya.Bad(Khairul) memesan kembali teh o Suam.. ternyata kejadian tadi kembali terjadi..iaitu gelas tersebut pecah. Jadinya dia tak jadi makan diwarung tu.Sebelum balik dia ingin membayar air yang dipesan tetapi taukeh warung. engan menerima Sebab bukan kesalahan Khairul dan dia pun belum meminum air tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan