BUSUNG
Ikhsan Dari:En Azman
Dikampung Taliair 6 Sekinchan dahulu terdapat seorang wanita terkena busung.Wanita tersebut lebih dikenali sebagai kak Yung oleh orang kampung. Kak yung tidak bekerja hanya suri rumah tangga sepenuh masa.
Punca sebenar dia terkena busung tidak lah diketahui sebabnya.. tetapi ada juga orang kampung yang mengatakan ia akibat berebut tanah.Keluarga kak Yung telah berhabis wang, tenaga dan masa untuk mengubatinya.Asal dengar sahaja orang itu boleh berubat .. pasti akan dibawa menemui orang tersebut.
Sudah merata tempat kak Yung dibawa berubat..tetapi masih tiada perubahan kesembuhan.Adapun..jika baik sakitnya hanya seketika.. lepas itu jadi kembali.
Kak Yung juga telah dibawa ke hospital.. tetapi pihak hospital pun tidak dapat mencari puncanya.Bila discan oleh doktor yang merawat kak Yung. Katanya didalam perut kak Yung tiada apa-apa yang ditemui.Doktor pun bingung memikirkannya.Malah doktor sendiri menyarankan agar Keluarganya mem bawa kak Yung Berubat dengan cara kampong.
Namun begitu ..Keluarganya tidak lah berputus asa untuk mengubati anak perempuan nya. Bapa kak Yung telah berjumpa dengan Tutur iaitu emak En Azman.Dia telah menceritakan segalanya pada tutur tentang masalah kak Yung. Tutur berasa kasihan dan ingin memberi bantuan apa yang terdaya. Kebetulan anak lelakinya yang no3 Shah.. balik kampung dan ada disitu.
Tutur meminta Shah untuk dibuat kan air doa supaya diberikan kepada bapa kak Yung.Shah pun buat apa yang diminta oleh ibunya.sebelumMenyerahkan air doa tersebut ..Shah berpesan dia hanya berusaha yang menentukan Allah SWT. Moga air doa tersebut bila diminum yang tak nampak didalam diperut selama ini akan dinampakkan oleh Allah.
Benar!.. selepas kak Yung meminum air doa yang dibuat oleh shah dan keluarga nya kembali membawanya ke hospital Bila discan kembali oleh pihak hospital Baru lah..nampak apa yang ada didalam perut iaitu berupa kotoran dan cecair yang banyak.Doktor pun Membuat pembedahan dengan segera iaitu.. menyedut keluar cecair didalam perut .. lebih kurang 5 timba baldi penuh cecair didalam perut kak Yung dikeluarkan.
Selepas pembedahan itu..perut kak Yung yang selama ini membusung bak orang mengandung sembilan bulan kembali menjadi normal.Keluarga kak Yung lah..yang amat gembira sekali dengan keadaan itu.Kegembiraan tersebut nampaknya tidak berpanjangan..hanya bertahan lebih kurang sebulan.Kak Yung telah dijemput Ilahi tidak lama selepas itu.
En Azman hanya berjumpa sekali dengan kak Yung iaitu semasa dia berhari raya bersama keluarganya diparit 5 Sekinchan beberapa tahun yang lalu.Moga arwahnya kak Yung tenang disana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan