BAU BUSUK DALAM KERETA
Ikhsan Dari: En Azman.
Beberapa tahun yang lalu.. Azman ter- ingat kembali dimana dia dan isterinya Nur balik kampung sehari sebelum raya. Sudah menjadi kebiasaan Azman apabila ingin berjalan jauh.. dia akan memeriksa kenderaannya dalam keadaan sempurna sebelum bertolak.
Setelah berpuas hati yang keretanya dlm keadaan baik. Dia pun bertolak dari Seri Manja ke kampung mertuanya diTanjung Karang. Dalam perjalanan antara Meru hingga Dungai Buloh.. perjalanan yang mereka lalui berjalan lancar.. Bila mereka hampir menghala ke Kuala Selangor kenderaan sudah mula banyak dan ber- henti di Assam Jawa. Ah.. sudah!..dah jemm pulak".. Azman berkata pada isteri nya Nur. Pukul berapa ne.. nak sampai kalau macam ni..?
Jika dalam keadaan biasa selalunya dlm satu setengah jam dah sampai kampung tapi memandangkan hari itu adlh musim perayaan..ia memang tak boleh nak di - jangka waktunya.Setelah berbincang sebentar dengan isterinya Nur. Azman pun mengubah laluan mereka iaitu mengunakan jalan dalam.
Jalan dalam yang akan mereka lalui adalah dari Ijok, Batang Berjuntai dan terus ke Tanjung karang. Semasa melalui jalan dalam.. hari dah pun senja.. Kanan kiri adalah ladang kelapa sawit. Waktu itu hanya sebiji dua je.. kenderaan yg melalui jalan tersebut. Oleh kerana Azman berasa tidak sedap hati.. Azman menyuruh Nur isterinya untuk pasang CD ruqyah.. yang ada didlm kereta. Azman berharap moga Allah melindungi mereka agar perjalanan mereka selamat dari gangguan dan juga bahaya.
Sewaktu mereka melalui jalan raja Musa tiba-tiba CD ruqyah yg dipasang berhenti dengan sendirinya..dan dgn tiba-tiba ada bau busuk ditempat duduk belakang. Emmm.. ada juga yang nak cari pasal katanya dalam hati. Azman pun berkata pada Nur supaya bertenang dan Azman membuka tingkap kereta dengan harapan
Bau busuk itu hilang. Dia pun memberi amaran pada Mahluk halus yang berada dalam kereta. Azman pun berkata"Jangan kacau Kami.. lebih baik kau keluar..jika tidak," aku keluarkan engkau dgn paksa."
Sudah dua kali Azman berkata dan mem- beri amaran namun tidak dihiraukan oleh Mahluk itu. Amaran itu dapat didengari dgn jelas oleh Nur yg duduk disebelah. Akhirnya Azman hilang sabar.. dan dia melancarkan" jurus 4 pendat" pada Mahluk itu.. Apa yang terjadi pada Mahluk tersebut.. hanya Allah yang tahu samada ia cedera atau terbunuh.. yang pasti bau busuk dalam kereta Azman sudah tiada lagi..dan CD ruqyah yg tiba-tiba berhenti itu.. kembali semula terpasang. Azman pun meneruskan perjalanan dgn selamat tanpa ada apa-apa lagi gangguan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan