Isnin, 28 Oktober 2019

AKIBAT MENOLONG RAKAN

AKIBAT MENOLONG RAKAN
Ikhsan Dari:En Azman

Semasa berehat-rehat dirumah.Tiba-tiba Handphone berdering Emmm siapa pulak telefon.. Azman pun menjawab panggilan itu.. Rupanya seorang kenalannya di whatsapp.Dia ingin berjumpa pada mlm ini.. ada perkara penting katanya.Azman bersetuju dengan rakan kenalan dan dia  mintak berjumpa di hadapan mesjid Besar Taman Dato Harun.

Azman pun pergi Ketempat yang dijanjikan dan tidak lama kemudian rakan itu sampai.Fauzi yg berasal dari pandan indah,KL pun menceritakan apa yg terjadi terhadap dirinya.Dia berkata dia diper- kenalkan oleh seseorang untuk mempelajari tentang ilmu rawatan Islam.Kaedah rawatan tersebut hanya menguntungkan zikir sahaja dan tidak menggunakan bacaan ruqyah.Jadi dia tertarik dgn kaedah itu.. dan berjumpa dgn guru tersebut di Kajang, Selangor. Selepas itu dia cuba mengamalkan ilmu yg diajar kepadanya yang kononnya berasal dari salah satu ilmu wali sembilan 

Semasa cuba untuk mengamalkan ilmu itu.. tiba-tiba ada angin dtg di dlm bilik nya.. dan terdengar suara ghaib.Selepas itu dia tak boleh kawal diri kerana tubuh badan bergerak sendiri seperti bersilat. Perkara itu dialami selama 3 hari.. Bila dah tak tahan dengan gangguan itulah dia menghubungi Azman untuk Menolongnya. Azman menyarankan supaya Fauzi  segera berubat. Fauzi pun bersetuju dengan cadangan Azman.

Bila Azman tanya bila nak pergi.Dia  berkata mlm ini juga. Azman pun menaiki kereta Fauzi menuju ke Puchong untuk Berubat.Sampai disana Fauzi pun men- ceritakan apa yang Berlaku pada Perawat terbabit. Semasa dirawat.. Fauzi kerasukan.. dan ustaz itu dapat menanganinya.. serta ilmu dan jin yang mendapinginya  dapat dibuang. Selesai berubat Fauzi menghantar Azman pulang dan mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih pada Azman kerana sudi menolongnya.

Pada keesokan paginya.. Azman ingin pergi kerja dia merasakan ada sesuatu yang Tidak kena pada dirinya. Kepalanya dgn tiba-tiba sakit berdenyut, tengkoknya terasa panas dan dia merasakan sedang mengendong sesuatu yang berat dibahu. Untuk memastikannya.. Azman makan ubat tahan sakit Ternyata tidak mem bantu. Kemudian dia duduk bersila memohon pertolongan dari Allah dan Azman membaca surah Al-Fatihah dan ayat kursi dimana 2 ayat terakhir diulangi 7x.. Semasa bacaan tersebut Ada benda bergerak berlari- lari dibawah kulit.. tahulah Azman bahawa ada benda halus yang Menganggunya.

Azman menghubungi salah seorang kenalannya iaitu seorang perawat' yang membuka pusat rawatan Islam di medan maju tak jauh dari rumah Azman hanya lima minit perjalanan. Kawannya iaitu ustaz Haiqal setuju berjumpa Azman pada pagi esoknya.

Sesampai Azman dipusat rawatan ustaz Haiqal ..dia terkejut sbb syiling bumbung Dihadapan pintu masuk telah runtuh. Azman memberi salam dan dijawab oleh kawannya ustaz Haiqal. Azman bertanya bila berlaku runtuh tu.. dia berkata baru tadi sebelum Azman datang. Salam perkenalan kata Azman. Ustaz Haiqal mempelawa Azman ke bilik rawatan. Dia pun memulakan rawatan pada Azman.

" Innahu min Sulaiman nawain nahu Bismillahirrahmanirrahim"
Ustaz Haiqal menarik Mahluk yang menumpang di tengkuk dan dibahu Azman. Selepas itu dia Membaca ayat-ayat ruqyah sambil menepuk dibelakang badan dgn harapan menghancurkan sisa-sisa gangguan. Selesai rawatan ustaz Haiqal memberi sedikit nasihat. Dia berkata jika ingin menolong org yang ada masalah Gangguan tak kira kes saka atau pun sihir.. org yg membantu atau pun yg memperkenalkan pada Perawat juga berisiko kena ganggu.. jadi kena berhati-hati katanya.

Nasihat dari ustaz Haiqal diterima oleh Azman dengan lapang hati. Dan dia mengucapkan Terima kasih padanya kerana membantunya. Azman berkata dlm hati inilah risiko akibat menolong orang, kawan atau pun rakan jika kita tiada pendinding diri dan tidak berhati-hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan