Isnin, 28 Oktober 2019

BERTEMU BUKU DENGAN RUAS

BERTEMU BUKU DENGAN RUAS
Ikhsan Dari:En Azman

Azli telah berpindah ke tempat Kerja yg baru.Tempat kerjanya Yang lama di Subang jaya dirasakan tidak memberi masa depan yg cerah untuk jangka masa yg panjang bagi Keluarganya. Majikan ditempat Kerja lama tidak menjaga kebajikan pekerjanya sendiri..lebih perit lagi ada yg pilih kasih dari segi kenaikan gaji.Jadi keputusan berhenti dan bekerja ditempat baru lebih masuk akal daripada bertahan dan berkerja dgn keadaan yang tidak selesa.

Di Tempat kerja barunya di seksyen 16 adalah kilang minuman berjenama Yeo's.Disana kerjanya lebih terjamin dan gaji pendapat bulanan juga agak baik. Jarak dari rumahnya di Saujana putra ke Shah alam pun tidak berapa jauh.

Semasa bekerja di tempat baru itu ada satu perkara mistik yg berlaku.Ramai pekerja disitu diganggu oleh makhluk halus..terutamanya bila bekerja di sebelah mlm.Ada pekerja yg balik mlm dari habis bekerja ditumpangi,Ada juga yang ke tandas Waktu mlm.. sudah terpacak Mahluk itu didepan pintu tandas dan berbagai lagi gangguan diterima pekerja Yeo's.Namun itu semua tidak diendahkan oleh Azli.. Baginya dia hanya mencari rezeki yg halal utk keluarganya.

Namun pada suatu mlm.. apabila tiba gilirannya.. bekerja di sebelah mlm..masa tu dia berasa sakit perut dan ingin ke tandas yg letaknya agak jauh sedikit dari operasi kerjanya iaitu di kentin syarikat. Dibelakang kentin pula adalah tempat penyembelihan lembu.Dan bila mana.. hujan akan ada bau hanyir darah yg agak kuat.Oleh kerana ingin melepaskan hajat. nak tak nak.. walaupun seorang dia perlu juga gagahi kesana.

Sampai di tandas kentin.. dia pun masuk ketandas.Dlm tandas tiba-tiba Azli ter- dengar ada bunyi pintu tandas sebelah dibuka tutup berulang kali. Azli pun ber- suara dgn benda tu.."Kau jangan kacau la.". bunyi itu berhenti sebentar diganti pula.. bunyi tapak kaki berjalan dihadapan pintu tandas azli.Sekali lagi Azli berkata dgn Mahluk itu.."Lantak lah kau"Azli pun malas menghiraukan bunyi- bunyi itu lagi.

Setelah selesai.. Azli pun keluar dari tandas dan dengan tiba-tiba ada angin menerpa ke arahnya dari belakang. Serentak dgn itu Azli merasa dia seperti memikul sesuatu seperti benda yg berat dibelakang badannya. Bahunya terasa panas dan ada rasa cengkaman seperti kuku yang tajam. Namun demikian.. Azli bukan selemah yang disangka.. Ibarat bertemu buku dgn ruas.Dia tenangkan diri sambil menarik nafas.Bila sudah cukup nafas ditarik..dia menahan sebentar dan menghembus nafas dengan keras melalui hidung. Akibat dari tindakan Azli itu.. Mahluk tersebut melambung dan ter- terhumban. Beban berat dan cengkaman dibahu Azli pun dirasakan hilang serta merta.

Oleh kerana geram diserang curi oleh Mahluk itu.. Azli mencabar Mahluk itu agar berhadapan dgn nya. Tetapi Mahluk itu hanya muncul sebentar lalu menjauh sedikit demi sedikit.. lalu mengecil dan terus hilang. Selepas dari peristiwa itu.. Azli tidak pernah lagi diganggu Walaupun dia bersendirian ditempat kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan