Khamis, 31 Oktober 2019

SAKIT MATA

Mata adalah salah satu anugerah terbesar yang diberikan oleh Allah SWT kepada semua hamba-Nya. Dengan mata kita bisa melihat indahnya dunia, bisa melihat mana hal-hal yang baik dan mana hal yang buruk. Maka bersyukurlah kita semua hinggasampai saat ini masih diberi anugerah yang luar biasa, kenikmatan yang begitu nikmat yakni kesehatan mata.

Ketika kita dicoba dengan cobaan sakit mata, tentu ini sangat mengganggu penghilahatan kita, kita tidak bisa menikmati indahnya alam semesta dengan sempurna, tidak seperti biasanya saat mata kita sehat. Maka bersyukurlah bagi kita semua yang masih diberi kesehatan. Namun jika ada teman-teman yang kebetulan sedang sakit mata, jangan lupa berusaha untuk menyembuhkannya. Selain itu juga jangan lupa untuk berdoa agar supaya penyakit yang mengganggu penglihatan kita ini cepat di angkat oleh Allah SWT. Bolehkah?

Doa Mengobati Sakit mata lengkap dalam bahasa arab, tulisan latin dan terjemahannya
.شِفَاءُ كُلِّ دَاءٍ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

SYIFAA-U KULLI DAA-IN BIROHMATIKA YAA ARHAMAR ROOHIMIINA
Artinya :Obat dari segala penyakit. Dengan ramah-Mu Wahai Dzat Yang Paling Penyayang dari semua yang penyayang.
*Boleh juga baca doa seperti dibawah ini.⬇️

Itulah bacaan doa ketika sakit matayang bisa kita amalkan. Semoga dengan usaha serta doa kita untuk mengobati penyakit yang ada pada diri kita, Allah SWT segera mengangkat penyakit-penyakitnya. Amin, dan selalu diberi kesehatan oleh-Nya baik kesehatan jasmani dan rohani. Semoga bermanfaat. Amin.

Isnin, 28 Oktober 2019

HAMPIR DI SANTAU

HAMPIR DI SANTAU
Ikhsan Dari:En Azman

Pernah satu ketika dulu.. semasa Ayah Azman muda dahulu dia bekerja diluar Selangor dengan beberapa rakan kerjanya iaitu di teluk Anson Perak.Mereka bekerja sebagai pemetik jagung.Pada waktu itu.. kerja sebegitu memang memerlukan pekerja yang ramai.

Selepas balik bekerja ..ayah Azman dgn beberapa rakannya.. singgah disebuah warung untuk mengalas perut.Dah tentulah mereka lapar..
maklumlah masa bekerja.. banyak menggunakan tenaga.mereka pun
memesan air dan makanan.

Makanan yang dipesan belum tiba. .tapi air dahulu yang sampai. Oleh kerana mereka merasa letih dan dahaga.. salah seorang dari mereka cuba mengambil gelas yang berisi air itu..dan tiba-tiba gelas itu meletup dan air dalam gelas tersebut tumpah dimeja.Semua orang yang berada didalam warung itu terkejut dan
memandang kearah ayah Azman dan rakan-rakannya.Bukan sahaja mereka bahkan Jamil ( ayah Azman) sendiri pun terkejut.. kerana ia berlaku didepan mata nya sendiri.

Orang yang cuba memegang gelas itu tidak lain dan tidak bukan.. adalah "Gibut"Panggilan nama popularnya dikalangan teman-teman.Gibut adalah adik kepada Ayah Azman.Dia sudah lama meninggal dunia akibat penyakit kencing manis.

Akibat terkejut dengan apa yang berlaku tadi.. Jamil dan rakan-rakannya pun sepakat membatalkan pesanan mknan Yang mereka pesan. Walaupun mereka lapar dan dahaga. Mereka tetap bersyukur sebab terlepas dari terkena santau.

Adik ipar Azman "Khairul"pun pernah men ceritakan yang dirinya.. hampir terkena santau.Padahal katanya.. warung makan itu selalu dikunjunginya.Entah mengapa masa itu..Air teh o suam yang berada digelas dengan tiba-tiba pecah .Pelangan yang berada diwarung itu.. semua melihat nya.Bad(Khairul) memesan kembali teh o Suam.. ternyata kejadian tadi kembali terjadi..iaitu gelas tersebut pecah. Jadinya dia tak jadi makan diwarung tu.Sebelum balik dia ingin membayar air yang dipesan tetapi taukeh warung. engan menerima Sebab bukan kesalahan Khairul dan dia pun belum meminum air tersebut.

BERTEMU BUKU DENGAN RUAS

BERTEMU BUKU DENGAN RUAS
Ikhsan Dari:En Azman

Azli telah berpindah ke tempat Kerja yg baru.Tempat kerjanya Yang lama di Subang jaya dirasakan tidak memberi masa depan yg cerah untuk jangka masa yg panjang bagi Keluarganya. Majikan ditempat Kerja lama tidak menjaga kebajikan pekerjanya sendiri..lebih perit lagi ada yg pilih kasih dari segi kenaikan gaji.Jadi keputusan berhenti dan bekerja ditempat baru lebih masuk akal daripada bertahan dan berkerja dgn keadaan yang tidak selesa.

Di Tempat kerja barunya di seksyen 16 adalah kilang minuman berjenama Yeo's.Disana kerjanya lebih terjamin dan gaji pendapat bulanan juga agak baik. Jarak dari rumahnya di Saujana putra ke Shah alam pun tidak berapa jauh.

Semasa bekerja di tempat baru itu ada satu perkara mistik yg berlaku.Ramai pekerja disitu diganggu oleh makhluk halus..terutamanya bila bekerja di sebelah mlm.Ada pekerja yg balik mlm dari habis bekerja ditumpangi,Ada juga yang ke tandas Waktu mlm.. sudah terpacak Mahluk itu didepan pintu tandas dan berbagai lagi gangguan diterima pekerja Yeo's.Namun itu semua tidak diendahkan oleh Azli.. Baginya dia hanya mencari rezeki yg halal utk keluarganya.

Namun pada suatu mlm.. apabila tiba gilirannya.. bekerja di sebelah mlm..masa tu dia berasa sakit perut dan ingin ke tandas yg letaknya agak jauh sedikit dari operasi kerjanya iaitu di kentin syarikat. Dibelakang kentin pula adalah tempat penyembelihan lembu.Dan bila mana.. hujan akan ada bau hanyir darah yg agak kuat.Oleh kerana ingin melepaskan hajat. nak tak nak.. walaupun seorang dia perlu juga gagahi kesana.

Sampai di tandas kentin.. dia pun masuk ketandas.Dlm tandas tiba-tiba Azli ter- dengar ada bunyi pintu tandas sebelah dibuka tutup berulang kali. Azli pun ber- suara dgn benda tu.."Kau jangan kacau la.". bunyi itu berhenti sebentar diganti pula.. bunyi tapak kaki berjalan dihadapan pintu tandas azli.Sekali lagi Azli berkata dgn Mahluk itu.."Lantak lah kau"Azli pun malas menghiraukan bunyi- bunyi itu lagi.

Setelah selesai.. Azli pun keluar dari tandas dan dengan tiba-tiba ada angin menerpa ke arahnya dari belakang. Serentak dgn itu Azli merasa dia seperti memikul sesuatu seperti benda yg berat dibelakang badannya. Bahunya terasa panas dan ada rasa cengkaman seperti kuku yang tajam. Namun demikian.. Azli bukan selemah yang disangka.. Ibarat bertemu buku dgn ruas.Dia tenangkan diri sambil menarik nafas.Bila sudah cukup nafas ditarik..dia menahan sebentar dan menghembus nafas dengan keras melalui hidung. Akibat dari tindakan Azli itu.. Mahluk tersebut melambung dan ter- terhumban. Beban berat dan cengkaman dibahu Azli pun dirasakan hilang serta merta.

Oleh kerana geram diserang curi oleh Mahluk itu.. Azli mencabar Mahluk itu agar berhadapan dgn nya. Tetapi Mahluk itu hanya muncul sebentar lalu menjauh sedikit demi sedikit.. lalu mengecil dan terus hilang. Selepas dari peristiwa itu.. Azli tidak pernah lagi diganggu Walaupun dia bersendirian ditempat kerja.

TANGISAN SEPANJANG JALAN

TANGISAN SEPANJANG JALAN
Ihsan Dari: En Azman

Pada tahun 2014"Semasa Arwah mertua En Azman hidup lagi..Mahadi ( mertua Azman) telah mengajak Azman pergi ke Ipoh , PERAK.iaitu di kg Dato Ahmad Said tempat lama ayah mertua semasa dia bujang utk berhari raya dgn kawan-kawan lamanya disana.

 Azman bersetuju dgn saranan bapa mertuanya memandang kan dia masih  ada lagi cuti raya tiga hari lagi. Bertolaklah Azman bersama isteri dan  bayinya yg masa itu berusia 9 bln serta ayah dan ibu mertuanya dlm satu kereta.Sampai di Ipoh di kg Dato Ahmad Said..

 Azman melihat Jln ke kg itu berbukit bila mendaki memang tak nampak la.. kenderaan dihadapan dan turun pun curam.. Jika tidak berhati-hati boleh menyebabkan kemalangan.
 Selepas berhari raya dgn kawan 2 lama ayah mertua dan saudaranya disana tibalah masa utk pulang iaitu di Tanjong karang, Selangor.

 Azman bertolak agak lewat iaitu dlm pukul 3.30ptg.Dlm perjalanan pulang Azman mengunakan jln dlm bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas maklumlah kenderaan banyak Tengah mood raya katakan.

 Dlm tengah perjalanan itu hari sudah
 gelap lebih kurang pkl 8 mlm disebabkan hujan yang turun memperlambatkan lagi kelancaran Perjalanan.Tiba-tiba bayi di Azman menangis.. Isterinya memeriksa anaknya mungkin Lampin basah ternyata tidak,Diberikan susu dia tidak  hendak.. hanya 😭 menangis dgn mata terpejam.
 
Jadi semua org yg ada dlm kereta
Memujuk anak Azman agar berhenti menangis ternyata gagal. Sampai didengar kan Azan dan ayat kursi mengunakan Handphone pun tiada perubahan. Akhirnya sepanjang jln dia menangis dan hanya berhenti menangis bila dia tertidur.

 Bila sampai di Tanjong karang Ayah mertuanya menyuruh Azman Pergi berubat dgn org yg pandai dlm hal2 gangguan sebegini. Jadi Azman tidak membantah dan tidak balik kerumah hanya terus menuju Kerumah org yg dimasudkan.

Sampai disana bayi si Azman Diubatkan dan anak mereka Pulih seperti biasa.Mengambil iktibar dari peristiwa itu.Azman bertekad untuk mempelajari ilmu rawatan Walaupun bukan utk jadi perawat tetapi boleh digunakan Jika ada keperluan kecemasan ataupun untuk keluarga sendiri tanpa perlu bergantung  kepada org lain lagi.

MINYAK BIDARA

Pada 28.10.2019 Mazlan telah datang ketempt Azman di Seri Manja, petaling jaya.Sebetulnya
sehari sebelumnya dia hendak datang.. tetapi oleh kerana hujan ditempat Mazlan.. manakala
Hujan yang turun pun lama.jadi
Dia membatalkan hasrat tersebut.

Sesampainya Mazlan di seri manja.. Azman membawa Mazlan di kedai makan tidak berapa jauh dari kediaman Azman.Dikedai itu seperti biasa Mazlan hanya minum sahaja. Pada anggapan Azman sahabatnya
itu ingin menjaga dirinya dari termkn
benda kotor.. maklumlah dia boleh nampak apa yang kita tidak nampak. Bagi kita yang tidak mampu melihat Makhluk halus ini semuanya kita bedal.

Itulah kelebihan yang dikurniakan
Tuhan pada si Mazlan.Tapi ada
Kelemahan juga.. kita boleh makan apa yang kita hendak..Tampa ada rasa was-was berbanding Mazlan.
Disisi lain..Jika kedai makan tersebut
guna pelaris.. kita yang tidak nampak
akan kena dulu berbanding dia. Jadi
ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Azman dan Mazlan pun berbual
Berbagai topik termasuk cerita
Mengenai Minyak Dagu yang
Pernah Mazlan ubati pada seorang pesakit wanita. Katanya kes terkena
minyak dagu adalah kes tergolong ketegori berat..mahar rawatan juga agak tinggi sebab ia melibatkan sihir.
Katanya lagi minyak tersebut di
perbuat dari minyak dagu mayat anak dara yang telah meninggal dunia dan kebanyakan minyak dagu ini diperolehi di selatan Siam. Minyak
Ini memang ampuh untuk memikat.

Semasa bercerita Azman perhatian.. Mazlan agak tidak sihat.Bila ditanya kepadanya..dia mengatakan ada sakit kepala, selsema dan bila batuk
Ada mengeluarkan darah. Tampa berlengah Azman mengeluarkan sebotol minyak kecil dari bang milik
Azman. Azman menyuruh Mazlan mencuba minyak itu. 

Selepas Mazlan mencuba guna 
Minyak di dalam botol kecil itu di
Kepala dan beberapa tempat lain.
Selang beberapa minit...Mazlan berkata pada Azman dia dah rasa kurang sakit. Rasa bisa-bisa dan sakit kepala berkurangan.. kepala pun dah rasa ringan dan lega.

Azman ucapan "Alhamdulillah"
Semua dengan izin Allah.
Memandangkan cuaca tidak begitu mengizinkan.. pada petang itu. 
Kerana Langit diawan kelihatan berwarna hitam mungkin itu tanda
hujan akan turun.. Mazlan meminta diri untuk pulang. Sebelum pulang Dia mengucapkan terima kasih kepada Azman sebab dapat meng gunakan minyak bidara kepunyaan Azman .

HOBI YANG BERISIKO

HOBI YANG BERISIKO
Ikhsan Dari:En Azman

Satu hari mak mertua Azman di tanjung  karang menalifonnya. Dia meminta Azman melihat-lihat suaminya lepas balik dari memancing. tiba-tiba ibu jari kaki kanan bengkak dan sakit pinggang. katanya lagi ubat klinik dan sapu dah diberi.. tetapi hanya dapat memberi kesan sementara sahaja.Bila habis kesan ubat itu..ia..akan jadi kembali sakit.

Azman cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh mak mertua yang popular dipanggil "bibit "oleh orang kampung. Azman berkata pada mak mertua jangan bimbang. .Dia akan cuba membantu apa yang boleh.oleh kerana waktu itu pertengahan bulan.. dan jarak dari Seri manja ke Tanjung karang mengambil masa 1 setengah jam.. belum lagi diambil kira kos minyak dan tol.Jadi Azman mengambil keputusan merawat dari jarak jauh sahaja.

Selepas solat Isyak.. Azman pun mula merawat ayah mertuanya iaitu "Mahadi" berpandukan foto terbaru yg dikirim oleh mak mertuanya. Setelah di scan ada Mahluk halus mengikutinya pulang dari memancing masuk melalui ibu jari kaki dan tinggal di pinggang. Azman mem- baca "lahaulawala quwataillabilla".azman menarik Mahluk tersebut dan dibuang. Manakala laluan masuk dari hujung kaki ke pinggang dimusnahkan.

Pada keesokan pagi.. sebelum pergi kerja.. Azman didatangi oleh Azli adik Azman yg kedua.Dia dibilik sebelah.masa itu adik lelakinya itu belum berkahwin .. duduk sementara Sehingga dia dpt rumah sewa.Dia ada beritahu yang mlm tadi Dia bermimpi ada 2 Mahluk halus yg cuba masuk kerumah tetapi tidak dpt masuk seperti ada pagar menghalangi mereka. Azli nampak Mahluk itu di dalam mimpi dan memberi amaran pada kedua Mahluk itu. Selepas itu Mahluk tersebut menghilang.

Azman pun berterus terang apa yang berlaku mlm itu.. dan Azli pun faham penjelasan Azman.Sebenarnya Azli itu mempunyai ilmu yg sama dgn Azman. Cuma bezanya Azli terlebih dahulu mempelajari ilmu Tris berbanding Azman yang lambat sedikit.

Hobi memancing ini, adalah hobi yg berisiko.. masakan tidak.. Mereka yg mempunyai Hobi ini tidak peduli bahaya yg Datang sama ada bahaya nyata atau pun yang tidak nyata. kadang-kadang ada yang sanggup mengabaikan keluarga.. demi keinginan mereka utk memancing tercapai.

AKIBAT MENOLONG RAKAN

AKIBAT MENOLONG RAKAN
Ikhsan Dari:En Azman

Semasa berehat-rehat dirumah.Tiba-tiba Handphone berdering Emmm siapa pulak telefon.. Azman pun menjawab panggilan itu.. Rupanya seorang kenalannya di whatsapp.Dia ingin berjumpa pada mlm ini.. ada perkara penting katanya.Azman bersetuju dengan rakan kenalan dan dia  mintak berjumpa di hadapan mesjid Besar Taman Dato Harun.

Azman pun pergi Ketempat yang dijanjikan dan tidak lama kemudian rakan itu sampai.Fauzi yg berasal dari pandan indah,KL pun menceritakan apa yg terjadi terhadap dirinya.Dia berkata dia diper- kenalkan oleh seseorang untuk mempelajari tentang ilmu rawatan Islam.Kaedah rawatan tersebut hanya menguntungkan zikir sahaja dan tidak menggunakan bacaan ruqyah.Jadi dia tertarik dgn kaedah itu.. dan berjumpa dgn guru tersebut di Kajang, Selangor. Selepas itu dia cuba mengamalkan ilmu yg diajar kepadanya yang kononnya berasal dari salah satu ilmu wali sembilan 

Semasa cuba untuk mengamalkan ilmu itu.. tiba-tiba ada angin dtg di dlm bilik nya.. dan terdengar suara ghaib.Selepas itu dia tak boleh kawal diri kerana tubuh badan bergerak sendiri seperti bersilat. Perkara itu dialami selama 3 hari.. Bila dah tak tahan dengan gangguan itulah dia menghubungi Azman untuk Menolongnya. Azman menyarankan supaya Fauzi  segera berubat. Fauzi pun bersetuju dengan cadangan Azman.

Bila Azman tanya bila nak pergi.Dia  berkata mlm ini juga. Azman pun menaiki kereta Fauzi menuju ke Puchong untuk Berubat.Sampai disana Fauzi pun men- ceritakan apa yang Berlaku pada Perawat terbabit. Semasa dirawat.. Fauzi kerasukan.. dan ustaz itu dapat menanganinya.. serta ilmu dan jin yang mendapinginya  dapat dibuang. Selesai berubat Fauzi menghantar Azman pulang dan mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih pada Azman kerana sudi menolongnya.

Pada keesokan paginya.. Azman ingin pergi kerja dia merasakan ada sesuatu yang Tidak kena pada dirinya. Kepalanya dgn tiba-tiba sakit berdenyut, tengkoknya terasa panas dan dia merasakan sedang mengendong sesuatu yang berat dibahu. Untuk memastikannya.. Azman makan ubat tahan sakit Ternyata tidak mem bantu. Kemudian dia duduk bersila memohon pertolongan dari Allah dan Azman membaca surah Al-Fatihah dan ayat kursi dimana 2 ayat terakhir diulangi 7x.. Semasa bacaan tersebut Ada benda bergerak berlari- lari dibawah kulit.. tahulah Azman bahawa ada benda halus yang Menganggunya.

Azman menghubungi salah seorang kenalannya iaitu seorang perawat' yang membuka pusat rawatan Islam di medan maju tak jauh dari rumah Azman hanya lima minit perjalanan. Kawannya iaitu ustaz Haiqal setuju berjumpa Azman pada pagi esoknya.

Sesampai Azman dipusat rawatan ustaz Haiqal ..dia terkejut sbb syiling bumbung Dihadapan pintu masuk telah runtuh. Azman memberi salam dan dijawab oleh kawannya ustaz Haiqal. Azman bertanya bila berlaku runtuh tu.. dia berkata baru tadi sebelum Azman datang. Salam perkenalan kata Azman. Ustaz Haiqal mempelawa Azman ke bilik rawatan. Dia pun memulakan rawatan pada Azman.

" Innahu min Sulaiman nawain nahu Bismillahirrahmanirrahim"
Ustaz Haiqal menarik Mahluk yang menumpang di tengkuk dan dibahu Azman. Selepas itu dia Membaca ayat-ayat ruqyah sambil menepuk dibelakang badan dgn harapan menghancurkan sisa-sisa gangguan. Selesai rawatan ustaz Haiqal memberi sedikit nasihat. Dia berkata jika ingin menolong org yang ada masalah Gangguan tak kira kes saka atau pun sihir.. org yg membantu atau pun yg memperkenalkan pada Perawat juga berisiko kena ganggu.. jadi kena berhati-hati katanya.

Nasihat dari ustaz Haiqal diterima oleh Azman dengan lapang hati. Dan dia mengucapkan Terima kasih padanya kerana membantunya. Azman berkata dlm hati inilah risiko akibat menolong orang, kawan atau pun rakan jika kita tiada pendinding diri dan tidak berhati-hati.

BAU BUSUK DALAM KERETA

BAU BUSUK DALAM KERETA
Ikhsan Dari: En Azman.

Beberapa tahun yang lalu.. Azman ter- ingat kembali dimana dia dan isterinya Nur balik kampung sehari sebelum raya. Sudah menjadi kebiasaan Azman apabila ingin berjalan jauh.. dia akan memeriksa kenderaannya dalam keadaan sempurna sebelum bertolak.

Setelah berpuas hati yang keretanya dlm keadaan baik. Dia pun bertolak dari Seri Manja ke kampung mertuanya diTanjung Karang. Dalam perjalanan antara Meru hingga Dungai Buloh.. perjalanan yang mereka lalui berjalan lancar.. Bila mereka hampir menghala ke Kuala Selangor kenderaan sudah mula banyak dan ber- henti di Assam Jawa. Ah.. sudah!..dah jemm pulak".. Azman berkata pada isteri nya Nur. Pukul berapa ne.. nak sampai kalau macam ni..?

Jika dalam keadaan biasa selalunya dlm satu setengah jam dah sampai kampung tapi memandangkan hari itu adlh musim perayaan..ia memang tak boleh nak di - jangka waktunya.Setelah berbincang sebentar dengan isterinya Nur. Azman pun mengubah laluan mereka iaitu mengunakan jalan dalam.

Jalan dalam yang akan mereka lalui adalah dari Ijok, Batang Berjuntai dan terus ke Tanjung karang. Semasa melalui jalan dalam.. hari dah pun senja.. Kanan kiri adalah ladang kelapa sawit. Waktu itu hanya sebiji dua je.. kenderaan yg melalui jalan tersebut. Oleh kerana Azman berasa tidak sedap hati.. Azman menyuruh Nur isterinya untuk pasang CD ruqyah.. yang ada didlm kereta. Azman berharap moga Allah melindungi mereka agar perjalanan mereka selamat dari gangguan dan juga bahaya.

Sewaktu mereka melalui jalan raja Musa tiba-tiba CD ruqyah yg dipasang berhenti dengan sendirinya..dan dgn tiba-tiba ada bau busuk ditempat duduk belakang. Emmm.. ada juga yang nak cari pasal katanya dalam hati. Azman pun berkata pada Nur supaya bertenang dan Azman membuka tingkap kereta dengan harapan
Bau busuk itu hilang. Dia pun memberi amaran pada Mahluk halus yang berada dalam kereta. Azman pun berkata"Jangan kacau Kami.. lebih baik kau keluar..jika tidak," aku keluarkan engkau dgn paksa."

Sudah dua kali Azman berkata dan mem- beri amaran namun tidak dihiraukan oleh Mahluk itu. Amaran itu dapat didengari dgn jelas oleh Nur yg duduk disebelah. Akhirnya Azman hilang sabar.. dan dia melancarkan" jurus 4 pendat" pada Mahluk itu.. Apa yang terjadi pada Mahluk tersebut.. hanya Allah yang tahu samada ia cedera atau terbunuh.. yang pasti bau busuk dalam kereta Azman sudah tiada lagi..dan CD ruqyah yg tiba-tiba berhenti itu.. kembali semula terpasang. Azman pun meneruskan perjalanan dgn selamat tanpa ada apa-apa lagi gangguan.

DIGANGGU BELALANG PELESIT

DIGANGGU BELALANG PELESIT
Ihsan Dari: Encik Azman

Beberapa bulan yg lepas.. Keluarga Azman bersama keluarga abg ipar dan keluarga adik iparnya telah membuat Family Days dijanda baik...pahang. Mereka telah menyewa khemah⛺ 3 hari dua malam disana.

Pada mlm pertama tiada apa-apa berlaku dan pada mlm kedua mereka membuat BBQ.. Ada acara istimewa iaitu meraikan hari lahir ibu mertua yg ke 63 tahun.
 Kek🎂 dibeli oleh kakak ipar,dan sebelum acara belah kek ..🍰 En Azman disuruh untuk membaca doa selamat. 

Ada satu kejadian dimana semasa tegah makan2 adik ipar Azman dihinggapi seekor belalang pelesit..Bila Azman nampak je.. dia berkata pada Hafiz adik iparnya jangan bergerak.. Hafiz mematuhi kata-katanya. Belalang tu hinggap di lengan tangan kanan bersebelahan dengan Azman duduk. 

Lalu dijentiknya belalang tersebut oleh Azman dan belalang itu jatuh ke tanah.. yang peliknya belalang itu terus mati dengan satu jentikan. Jadi Azman beranggapan itu belalang liar .. maklumlah tapak khemah Azman bersebelahan dengan sungai air terjun. 

Malam tu.. Azman terbangun pukul 3 pagi kerana terasa ingin buang air kecil.Dia keluar khemahnya dan terkejut bila dilihat semua khemah dikerumuni banyak belalang pelesit jenis itu.. Nak balas dendam kot .. dlm hati En Azman berkata-kata. kawannya mati..😀 

Oleh kerana Azman je yang bangun waktu itu dan tak nak menganggu yang lain sedang tidur.. jadi"dia je menghalau semua belalang itu.. Bila dah pastikan dah tak ada lagi.. baru Azman mula memagar semua kawasan khemah mereka dengan pagar gaip(Ayat kursi+Ayat Yasin).. 

En Azman menunggu dalam beberapa minit.. utk pastikan belalang tersebut tidak dtg kembali..manalah tahu..kot2 belalang tu .. datang lagi.. Nampak nya tiada.. Alhamdulillah. Azman berkata dlm hati. Jadi Azman pergi ke tandas yg tidak jauh dari khemah dan kembali menyambung tidur 😴

JADI BOMOH TERJUN

JADI BOMOH TERJUN
Ikhsan Dari:En Azman

Azman melihat mesej yang terdapat pada Aplikasi whatsapp di Handphone. la dtg
nya dari sahabat baiknya iaitu Mazlan dlm mesej itu Kata mahu berjumpa di
hujung minggu.

Bila sampai harinya Azman sudah sampai
di Kuang,Sg Buluh.Dia telah sampai dulu.
Walaupun jarak antara Seri Manja, Petaling Jaya agak jauh.Ia tidak menjadi halangan bagi Kedua shbt ini.Ada masa 
Si Azman akan tmpt Mazlan Begitu juga sebaliknya si Mazlan akan Ketempat Azman. Namun ke Dua sahabat ini tetap menghormati antara satu sama lain.

Azman singgah ke kedai makan Tomyam disana tmpt biasa Mereka berjumpa. Sementara Menunggu dia telah memesan
Minuman utk menghilangkan dahaga
sambil layan whatsapp Tidak lama kemudian.. Mazlan Pun tiba dgn moto baru. Modenas 400cc. Wah dah maju nampaknya.

"Assalamualaikum".. Mazlan Memberi salam dan dijawab Azman "waalaikumussalam' Dah lama tiba? Mazlan menyoal..Lamalah jugak.. lebih 10
Minit kata Azman.Disbbkan Lama tak jumpa banyak lah Hal yg dibualkan..tau2 dah Pukul 11mlm.Semasa tengah rancak berbual Tiba-tiba Hand phone milik  Mazlan berbunyi.Dia menjawab panggilan itu.

Mazlan:Man! Boleh ikut aku tak 
Azman: Ada apa!
Mazlan: Pesakit yg tempohari
Aku rawat dah masuk hospital.
Azman:Napa pula!
Mazlan:Keluarganya risau sbb dah lima Hari tak dpt tidur.Dah mcm org tak betul.
Azman: kan engkau dah rawat.
Mazlan: Betul! Jinnya telah aku
Keluarkan tapi masuk kembali.
Mazlan:Mari lah ikut aku..
Keluarganya dah menunggu.
Azman: Baiklah"mari kita mela
Wat pesakit itu.Tapi di hospital
Mana?
Mazlan: Sekarang dihospital
Sg.buluh diwat khas.

Mereka pun pergi dirumah Keluarga pesakit di kg.paya Jaras.Sampai disana sudah Ada sebuah kereta menunggu
Untuk membawa mereka ke Hospital sg.buluh.Dlm kereta Itu ada seorg lelaki.. dia adalah Saudara pesakit.Sesampainya
Mereka diwad pesakit ada halangan. Pengawal hospital Diwad tersebut tidak memberi Kebenaran utk mereka masuk.
Kata pengawal itu..Ia adalah diLuar waktu melawat.. Hampa lah mereka dan kembali ke Rumah pesakit di paya jaras.

Sampai dirumah pesakit.Isteri Kepada pesakit itu sudah pun Menunggu.. mungkin sudah di Maklumkan oleh saudara lelaki Pesakit itu terlebih dahulu.Lalu Mereka dijemput masuk.Di dalam Rumah" saudara lelaki itu telah Memberi penjelasan apa yang Berlaku di hospital kpda isteri Pesakit tersebut. Azman lihat,Mazlan sedang berbincang dgn Lelaki itu,. entah apa yang di bicara Azman tidak ambil tahu.

Tiba-tiba Mazlan memperkenal Kan kepada keluarga pesakit Bahawa Azman sahabatnya Adalah seorg ustaz dari jauh
Iaitu Terengganu..Dia akan membantu mengubati pesakit. Mendengar Je.. pengumuman itu.. Azman terkejut hampir ketawa..Berguling 2 Kelantai.. nasib baik dia dapat kawal diri dan keadaan.

Dlm hati Azman berkata shbt nya itu cuba nak mengenakannya,.Pada mulanya Azman Engan membantu disebabkan
Tiada pengalaman mengubat Orang luar.. selalunya hanya Mengubati dlm keluarga sendiri Oleh kerana isteri pesakit seperti
percaya kata-kata di Mazlan.. Jadi Azman cuba juga Utk membantu. Dalam hati Azman berkata"Jadi Bomoh terjun aku hari ini" Azman pun berserah pada Allah semoga Dipermudahkan urusannya.

Pertama sekali Azman cuba merawat isteri pesakit itu sbb Katanya tidurnya terganggu. Azman membuang tenaga negetif yg terdapat padanya.
Kedua Azman meminta foto Suaminya yg terbaru. Dan Azman buat rawatan dengan
Jarak jauh. Akhirnya Azman Membuat air doa utk diberi Kepada pesakit di hospital
Buat minum dan mandi.

Isteri pesakit itu membuat apa Yg disuruh Azman. pada permulaan. Pesakit engan mandi Dgn air yg dah didoakan tapi Dapat dipujuk isterinya.. Akhirnya Selepas tiga hari.Pesakit ada perubahan dia.. sudah mula Kenal org.. dan sudah diberikan
Pulang kerumah.. lebih awalDari yang dijangka.

Dengar khabar apa yg diberi Tahu oleh Mazlan.. Keluarga Pesakit itu telah membawa Suami pesakit dgn perawat
lain. Nampaknya sikeluarga Sendiri tidak sabar. Mana ada Hari sakit.. esok sembuh. Org yg demam pun jika MKN ubat Baru sembuh betul dua atau tiga hari. Walaubagaimanapun Ini hak keluarga pesakit dan Azman mendoakan semoga Pesakit sembuh dan dapat 
Seorg perawat yang rasi dengannya.

BUSUNG

BUSUNG
Ikhsan Dari:En Azman

Dikampung Taliair 6 Sekinchan dahulu terdapat seorang wanita terkena busung.Wanita tersebut lebih dikenali sebagai kak Yung oleh orang kampung. Kak yung tidak bekerja hanya suri rumah tangga sepenuh masa.
 
 Punca sebenar dia terkena busung tidak lah diketahui sebabnya.. tetapi ada juga orang kampung yang mengatakan ia akibat berebut tanah.Keluarga kak Yung telah berhabis wang, tenaga dan masa untuk mengubatinya.Asal dengar sahaja orang itu boleh berubat .. pasti akan dibawa menemui orang tersebut. 
Sudah merata tempat kak Yung dibawa berubat..tetapi masih tiada perubahan kesembuhan.Adapun..jika baik sakitnya hanya seketika.. lepas itu jadi kembali.

Kak Yung juga telah dibawa ke hospital.. tetapi pihak hospital pun tidak dapat mencari puncanya.Bila discan oleh doktor yang merawat kak Yung. Katanya didalam perut kak Yung tiada apa-apa yang ditemui.Doktor pun bingung memikirkannya.Malah doktor sendiri menyarankan agar Keluarganya mem bawa kak Yung Berubat dengan cara kampong.
  
Namun begitu ..Keluarganya tidak lah berputus asa untuk mengubati anak perempuan nya. Bapa kak Yung telah berjumpa dengan Tutur iaitu emak En Azman.Dia telah menceritakan segalanya pada tutur tentang masalah kak Yung. Tutur berasa kasihan dan ingin memberi bantuan apa yang terdaya. Kebetulan anak lelakinya yang no3 Shah.. balik kampung dan ada disitu.
 
 Tutur meminta Shah untuk dibuat kan air doa supaya diberikan kepada bapa kak Yung.Shah pun buat apa yang diminta oleh ibunya.sebelumMenyerahkan air doa tersebut ..Shah berpesan dia hanya berusaha yang menentukan Allah SWT. Moga air doa tersebut bila diminum yang tak nampak didalam diperut selama ini akan dinampakkan oleh Allah.
  
Benar!.. selepas kak Yung meminum air doa yang dibuat oleh shah dan keluarga nya kembali membawanya ke hospital Bila discan kembali oleh pihak hospital Baru lah..nampak apa yang ada didalam perut iaitu berupa kotoran dan cecair yang banyak.Doktor pun Membuat pembedahan dengan segera iaitu.. menyedut keluar cecair didalam perut .. lebih kurang 5 timba baldi penuh cecair didalam perut kak Yung dikeluarkan. 

Selepas pembedahan itu..perut kak Yung yang selama ini membusung bak orang mengandung sembilan bulan kembali menjadi normal.Keluarga kak Yung lah..yang amat gembira sekali dengan keadaan itu.Kegembiraan tersebut nampaknya tidak berpanjangan..hanya bertahan lebih kurang sebulan.Kak Yung telah dijemput Ilahi tidak lama selepas itu.

En Azman hanya berjumpa sekali dengan kak Yung iaitu semasa dia berhari raya bersama keluarganya diparit 5 Sekinchan beberapa tahun yang lalu.Moga arwahnya kak Yung tenang disana.

SUARA SIAPAKAH ITU

SUARA SIAPAKAH ITU
Oleh: En Azman

Pada tahun ini 2019 berhari raya ada kelainan sedikit..kerana raya tahun ini ada sedikit cerita mistik yang berlaku.

Sudah menjadi kebiasaan bila berhari raya di sebelah mertua di Tanjung Karang.. akan ada group baraan antara family( mak bibit) panggilan popular mak mertua Azman pada hari raya keempat.
Tahun ini raya keempat jatuh pada hari Sabtu 08.06.2019
  
Semua saudara mara belah mertua akan berkumpul dan mula menziarahi antara satu sama lain hingga akhir.Permulaan
Baraan akan berkumpul di Ijok dan baraan akan berakhir di hutan melintang Perak. 

Acara ini akan diadakan setiap tahun hari raya. Antara faedahnya berkumpul,dan memperkenalkan ahli keluarga masing-masing yang lama atau yang baru,mana yang dapat menantu dan cucu baru juga diperkenalkan kepada seluruh ahli group berkenaan.

Selama ini mana yang tak kenal.. boleh bersua kenal..selain itu ia juga dapat mengerat kan tali silaturrahim. Jadi meriah lah hari raya dengan gelak ketawa
Kanak-kanak,orang dewasa dan sesama saudara.Ketua Baraan orang sawah sempadan..dan tukang baca doa adalah Kamal menantu jirannya makbibit.
  
Fatin bersama suaminya Firdaus dan anak-anaknya seramai 4 orang itu juga tidak ketinggalan mengikuti baraan family. Dia adalah menantu kepada mak bibit. Fatin naik satu kereta dengan kakak iparnya bernama Saly.
  
Semasa berhari raya rumah yang kedua di Ijok..Ada org telah menalifon Fatin.. Orang itu telah bertanya padanya adakah dia tertinggal anak.. Fatin pun menjawab.. bahawa semua anaknya telah dibawa bersama. Jadi orang itu berasa pelik... kerana dia ada terdengar suara anaknya memanggil namanya.
   
Katanya lagi dia mendengar suara anaknya dalam rumah memanggil namanya.. mama..,!mama..!tunggu... !
Pada kiraannya orang itu.. mungkin Fatin ada tertinggal anaknya di dalam rumah.. 

Oleh sebab itulah dia menalifon Fatin untuk kepastian. Orang yang menalifon Fatin itu adalah jirannya sendiri.Rumah nya hanya beberapa meter Sahaja dari rumah Fatin.
 
 Kejadian tersebut telah diberitahu oleh mak bibit mak mertua Azman.. Azman hanya mendengar apa yang disampaikan kepadanya. Bagi Azman perkara itu tidak perlu diperbesarkan.. lagipun dia bukan menganggu manusia pun.    

Hanya satu yang bermain di fikiran Azman.. Persoalannya Jika Fatin membawa semua anaknya berhari raya.. Jadi..suara siapakah itu ... So..milik siapa kah suara yang didengari jirannya itu.

DISERANG GATAL-GATAL DALAM RUMAH.

DISERANG GATAL-GATAL DLM RUMAH
Ikhsan Dari:En Azman

Pada bulan lepas.. Orang rumah Azman telah diserang gatal-gatal.. manakala En Azman sendiri terkena tempias nya.Pada permulaan anggapan Azman kemung kinan debu-debu atau habuk yg melekat di lantai ataupun habuk halus yg masuk melalui tingkap bila melekat ke pakaian dan kita pula memakainya menyebabkan kita kena gatal- gatal.

  Jadi dihari minggu Azman dan isterinya membersihkan rumah dan gatal 2 yang dialami isterinya diberi ubat krim gatal Ternyata Perkara itu tidak menyelesaikan masalah.Jadi Azman temenung sebentar dan berfikir apa punca masalah yang mereka alami.

  Azman menghubungi rakan baiknya iaitu Mazlan.Beliau tinggal di Kuang,Sg buluh, SELANGOR.Perkenalan Antara Azman dgn rakan baiknya itu terjadi adalah secara tidak sengaja.Masa itu Azman masih ingat lagi dia berhenti disebuah Kedai minum di PICC Tmn Medan, Petaling Jaya.

  Kebetulan pada ketika itu pelanggan tengah ramai..tempat duduk pula terhad. Azman terpandang ada Kerusi kosong diluar kedai yang Masa itu ada seorg pelanggan je yg duduk.Azman ke tempat duduk yg kosong itu dan bertanya pada org tersebut jika ada org lain yang duduk. Dia berkata tiada orang lain dan Azman dibenarkan duduk disitu.Azman pun cuba berbicara dgn Org itu.. ternyata dia ramah orangnya mudah diajak bersembang..Dia memperkenalkan dirinya sebagai Mazlan. Bermula dari situ mereka menjadi shbt baik.

  Berbalik kembali tentang masalah gatal-gatal yg dialami Di dlm rumahnya..Mazlan memberi tahu itu bukan disebabkan oleh habuk atau debu..tetapi ada mahluk halus yang membuat angkara.Azman percaya dgn kata2 shbtnya itu ..Sebabnya dia adlh seorg perawat dan diberi kelebihan oleh Allah boleh melihat Mahluk halus sejak kecil.

  Boleh saja Azman minta shbtnya itu menyelesaikan masalah yg dialaminya itu.. tetapi Azman lebih suka dia sendiri yg dpt menyelesaikan.Baginya ia satu kepuasan bila dapat menyelesaikan masalahnya sendiri.Bila dpt info dari Mazlan.. Azman membuat persiapan dgn isteri Nur.Tepat pukul 12 mlm Azman dan isterinya mula membaca yasin 7 mubin. Caranya setibanya ayat mubin kita berdoa minta pada tuhan agar dijauhkan musibah dan disembuhkan penyakit.

  Manakala dihapan telah tersedia 3 botol besar air mineral utk dijadikan air doa.
Selesai baca yasin.Azman mula merawat isteri Nur' utk membuang tenaga negetif yg terdapat pada bdnnya.. kebanyakan ada di belakang bdn dan kedua ibu jari kaki.Selepas itu isterinya disuruh mandi tiap hari dgn sebotol air mineral dan juga sebotol lagi utk minum.

  Manakala sebotol lagi digunakan oleh Azman utk dipercikkan dikesemua bilik dan ruang tamu.Hasilnya selepas tiga hari gatal2 yg dialami isterinya beransur kurang dan sembuh sepenuhnya belum pun sampai seminggu.Azman berasa syukur kepada Allah kerana telah menolong mengabulkan doa mereka.